Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 3, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Wan - Presiden KeADILan


Rakyat hari ini mahu Wan Azizah dan bukan One Malaysia.

KUALA LUMPUR : Dari suri rumah kepada Ahli Politik. Menempah sejarah sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen tunggal mewakili partinya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kabinet dan kerajaan oleh Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri (PM) ketika itu mendesak beliau untuk memimpin Parti Keadilan Nasional (kini PKR) yang ditubuhkan atas desakan rakyat marhaen dan pelbagai pertubuhan politik pelbagai kaum di Malaysia.

Wan Azizah juga terpaksa terjun ke arean politik tanah air, sesuatu yang tidak dijangkanya dan langsung tidak diminatinya.

"Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, 'a small town girl' dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang.

"Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.," katanya dalam satu temubual selepas melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 31 Julai tahun lalu.

Beliau memenangi kawasan itu selama tiga penggal iaitu pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Pada PRU 2008, beliau menewaskan calon BN, Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398.

Isteri, Ibu, nenek dan pemimpin Rakyat. Itu antara jawatan yang kini digalas oleh beliau dan pada hari ini beliau menyambut hari lahir yang ke 57.

Wan Azizah juga telah dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa Datuk Seri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 12 Julai tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Disember 1952 dan berkahwin dengan Anwar pada tahun 1980 dikurniakan lima orang anak iaitu Nurul Izzah yang berusia 29 tahun, Nurul Nuha (25), Muhammad Ihsan (24), Nurul Ilham (22), Nurul Iman (19) dan Nurul Hana (17).

Nurul Izzah kini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas menumbangkan Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno dan Menteri berkaitan wanita.

Kami di erapakatan.com mengucapkan Salam Hari Lahir kepada Kak Azizah dan semoga terus cekal memimpin parti dan berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang sesuai dengan cita-cita rakyat khususnya pada tarikh keramat 08 03 08.

- sumber dari Era Pakatan

2 comments:

broooo... said...

Selamat hari lahir DS Wan Azzizah...

semoga di panjangkan umur, dikekalkan kesihatan, terus berdiri teguh memberi sokongan & dorongan buat suami tersayang DSAI bagi meneruskan "PERJUANGAN RAKYAT" serta bersedia untuk menjadi Malaysia 1st Lady tidak berapa lama lagi...

INSYAALLAH...

keADILan Bayan Baru™ said...

selamat hari kelahiran juga diucapkan dari kami di keADILan Bayan Baru kepada Kak Wan Dato' Seri Presiden... Semoga Dipanjangkan Umur serta Dimurahkan Rezeki. Amin Ya Rabbal Alamin...

Related Posts with Thumbnails