Dari Malaysian Insider Oleh Neville Spykerman
SHAH ALAM, Dis 2 – Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini memulakan langkah awal untuk menarik sokongan kakitangan awam negeri sejurus selepas mengangkat sumpah secara rasmi sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.
Dalam ucapan sulungnya, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu menzahirkan bahawa kejayaannya semasa berada di kerajaan persekutuan adalah atas sokongan kakitangan Perbendaharaan.
Anwar dipecat dari kedua-dua jawatan itu pada September 1998.
Pelantikan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dilihat perlu untuk menangani 'hubungan tegang' yang masih wujud antara kerajaan negeri dan kakitangan awam Selangor.
Justeru Anwar berkata beliau optimistik bahawa beliau mampu untuk menangani masalah yang wujud.
Ketua Pembangkang itu dilantik ke jawatan tersebut pada 13 November lalu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menarik pelaburan dari rantau Timur Tengah dan menjadikan Selangor sebagai hab kewangan Selangor.
"Walaupun saya ketua Khalid dalam PKR tetapi di Selangor, dia adalah ketua saya. Jadi jangan risau," kata Anwar yang juga Penasihat PKR sambil menambah beliau akan berada lingkungan sebagai anggota sepasukan untuk membantu Selangor.
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di.. :-
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://n12adunpenanti.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
No comments:
Post a Comment