Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jul 31, 2009

Salam Takziah...PAS Hilang Lagi Seorang ADUNnya ~ malaysiakini


KUALA LUMPUR, 31 Julai: PAS hilang seorang lagi pemimpinnya apabila satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang, iaitu Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi tadi.

(Ketika hayatnya, Dato' Haji Hamdan sangat aktif...gambar beliau bersama Dato' Seri Dr. Wan Azizah)

Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Pulau Pinang.
Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.

Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.
Ini bermakna, pengundi di situ akan mengundi lagi selepas dua kali mengundi tahun lepas iaitu pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Nasib mereka akan sama dengan jiran mereka iaitu penduduk Penanti yang terpaksa mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Nama yang popular disebut untuk menggantikan beliau kini adalah Haji Mohamad Sabu, bekas naib presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Al-Fatihah...

sumber : Siasah

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 24, 2009

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN DAN LAUNGAN AZAN – ANJURAN DUN BATU UBAN ~ malaysiakini


sumber : dari blog Wanita KeADILan & juga boleh didapati [disini]

Pada 12 Julai 2009, YB Zuraida selaku Ketua Wanita Keadilan telah dijemput menghadiri Majlis Penutup Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Laungan Azan anjuran DUN Batu Uban, Pulau Pinang. Walaupun jadual beliau amat padat pada hari itu di dalam kawasan Ampang, tetapi beliau dapat juga meluangkan masa hadir ke majlis sebagai tanda sokongan terhadap program yang amat unik ini.

Program ini dikatakan unik kerana ianya dianjurkan oleh seorang ADUN yang berbangsa India iaitu YB RAVEENTHARAN, ADUN Batu Uban. Ini adalah salah satu contoh politik baru yang diterapkan dalam amalan PKR di mana kita sebagai rakyat yang hidup berbilang kaum hendaklah sentiasa menghormati dan memahami agama dan budaya masyarakat lain. Program ini bukan sahaja dinaungi oleh seorang pemimpin berbangsa lain tetapi ahli jawatankuasanya juga terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kelihatan mereka saling bekerjasama bertungkus-lumus demi menjayakan program yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat.

Ini merupakan satu sejarah baru bagi dunia politik di Malaysia. Belum pernah kita mendengar program seumpama ini diadakan di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada warga kerja program ini dan difahamkan juga ianya akan dijadikan sebagai acara tahunan selepas ini.

Diharapkan program-program sebegini akan membuka mata masyarakat Malaysia khususnya orang-orang melayu bahawa dakwaan PKR menggadaikan agama dan bangsa adalah tidak benar sama sekali. Kami sentiasa mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada YB Raveentharan dan seluruh jawatankuasa penganjur.

majlis tilawah Al-Quran


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 19, 2009

Kenyataan Media Ketua Wanita KeADILan ~ malaysiakini


Kenyataan Media

Ketua Wanita KeADILan

17 Julai 2009

Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat

Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.

Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?

SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.

Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan.SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KeADILan


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 17, 2009

Anwar pertikaikan cara penyiasatan SPRM ~ malaysiakini

Oleh Sam Ahmad

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari semalam yang disifatkannya 'kasar' dalam menjalankan penyiasatan terhadap wakil dan Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (Pakatan) negeri Selangor.

Tindakan 'kasar' tersebut dikatakan telah menyebab kematian Setiausaha Politik (Setpol) Adun Sri Kembangan yang juga merupakan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Anwar sehari sebelum itu menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

"Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!," katanya.

Tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui posting di blognya, Anwar berkata lagi, "[...] akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock."

Sementara itu, mengulas tentang keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada petang tadi, Anwar jelas masih berhati-hati, "Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh."

Walaupun ramai memberikan reaksi positif tentang penghakiman petang tadi, namun baginya pengalaman difitnah sebelum ini membuatkannya lebih berwaspada. "Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi[,]" katanya.

Dalam posting itu juga, beliau turut mengulas tentang persoalan ekonomi di bawah BN. Beliau menyatakan kebinbangan terhadap kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada berkaitan dengan kedudukan ekonomi negara.

Menurut beliau, "MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. "

Ini menurut beliau lagi, memjelaskan kepincangan pentadbiran negara di bawah kerajaan BN lebih-lebih lagi berhadapan dengan isu yang "mendesak dan berkepentingan umum".

sumber : PerakExpress


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 15, 2009

Pakatan Rakyat Menang Di Manek Urai ~ malaysiakini


Tepat jam 9.01 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kerusi N41 Manek Urai dimenangi calon Pas-Pakatan Rakyat Mohd Fauzi Abdullah.

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Pengumuman dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra.Fauzi: Terima Kasih Rakyat, Saya Akan Pikul Tanggungjawab Dengan Amanah

Pemenang Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada rakyat kerana tidak termakan sogokan dan omong politik Umno-BN.

Beliau berkata kepercayaan yang diberikan pengundi kepada Pas akan dipikulnya dengan rasa amanah dan tanggungjawab.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Saya berterima kasih kepada semua, khususnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus disebalik persaingan Umno yang sengit. Kita dapat kekalkan kerusi N41 Manek Urai diatas kepercayaan rakyat dan sokongan dari Pas dan Pakatan Rakyat kita dapat kejayaan hari ini" kata Fauzi.

Fauzi menujukan kemenangan ini kepada kepimpinan dan akar umbi Pas yang telah memberi kepercayaan kepada beliau.

"Memang sengit pilihan raya ini, walaupun kecil, tetapi semua menteri turun ke Dun Manek Urai ini," katanya.

"Saya ucap terima kasih kepada rakyat yang tidak termakan dengan sogokan dan janji-janji yang dibuat, yang saya fikir kerana ketahanan diri mereka yang kuat. Faktor kemenangan ini juga kerana hubungan rakyat dengan akar umbi kerana kalau kita tidak hampir kepada rakyat, kita tidak mungkin dapat mempertahan Dun Manek Urai," tambah Fauzi.

Sementara itu, Exco Kelantan Husam Musa berkata Pas mampu meraih sokongan lebih besar sekiranya politik wang Umno-BN dibendung SPR.

"Kemenangan ini sesuatu yang berharga pada kami, kerana politik wang amat berleluasa, tetapi rakyat mampu bertahan dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pusingan ke enam. Kalau kena tiga lagi pusingan, dengan izin Allah, Umno tumbang," tegas Husam.

"Secara teori, Umno percaya menjadi alat untuk memenangkan kawasan luar bandar, tetapi kerana kekuatan iman dan kefahaman politik para pengundi, rakyat dapat bertahan disebalik serangan wang yang begitu dahsyat sekali," katanya.

"Saya ingat BN tentu amat kecewa sekali. Dengan pelaburan sebesar itu mereka masih gagal. Ini satu pukulan hebat kerana walaupun dengan 11 tawaran Perdana Menteri, masih mereka belum menang disini," kata Husam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar yang mengikuti perkembangan Manek Urai dari Nottingham, United Kingdom menyanggah dakwaan media arus perdana bahawa sokongan terhadap Pas semakin terhakis.

"Tidak sekali-kali berkurangan. Di kawasan Manek Urai, dengan rakyat yang banyak bergantung kepada kerajaan dari segi bantuan, namun mereka masih memilih calon Pakatan Rakyat – walaupun dengan majoriti yang kecil – tetapi ini adalah petanda positif rakyat Kelantan masih bersama-sama Pas dalam apa keadaan sekalipun," tegas beliau.

"Kita bersyukur rakyat telah cuba dirasuahkan tetapi rakyat masih lagi berpegang kepada perjuangan bersama Pas, disebalik ugutan dan rasuah dari pihak Umno-Barisan Nasional," tambahnya.

sumber : Suara Keadilan Online

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-Pakatan Rakyat di.. :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 14, 2009

Tahniah Dari Kami...Diatas Penganugerahan Pingat TYT ~ malaysiakini









Salam Reformasi..!!! Salam Perubahan...!!!

Tahniah dari kami warga Editor keADILan Bayan Baru blogspot kepada penerima-penerima Pingat Darjah Kebesaran TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini. Mereka termasuklah Ahli Parlimen Bayan Baru sendiri merangkap Ketua Bahagian (Cabang) keADILan Bayan Baru, Y.B Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim, ADUN PAS Permatang Pasir, Y.B Dato' Haji Mohd Hamdan, SetiaUsaha keADILan Bayan Baru, Idriss Hassan (PJK), Bendahari keADILan Bayan Baru, Zikri Fadzil (PJK), SetiaUsaha Kerja Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, Zainudin Haniff (PJM) serta 2 orang Ahli JawatanKuasa keADILan Bayan Baru, Ibrahim Musa (PJM) & Pak Salim Sungai Nibong Kecil (PJK).

Tahniah...!!!

ADUN Permatang Pasir & Ahli Parlimen Bayan Baru Antara Penerima Darjah Kebesaran TYT ~ malaysiakini



GEORGETOWN, 11 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran 'Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Hamdan yang pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali meninggal dunia merupakan tokoh PAS pertama negeri ini yangmendapat gelaran sedemikian.

Selain beliau 38 orang lagi yang tersenarai mendapat gelaran Dato' ialah bekas YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang kini menjawat jawatan Pegawai KewanganNegeri, Haji Farizan Darus dan penyanyi kumpulan Alleycat, mendiang Loganathan Arumugam.

Manakala Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pula merupakan satu-satunya pimpinan tertinggi kerajaan yang dianugerahkan Darjah Utama Pangkuang Negeri (D.U.P.N) yang mebawa gelaran Dato' Seri Utama.

Walau bagaimanapun beliau tidak kelihatan dalam majlis berkenaan pagi tadi.

Tiga individu dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri termasuk Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim.

Sempena ulangtahun TYT kali ini seramai 793 orang menerima pingat yang membawa berbagai gelaran.

Majlis anugerah itu diadakan selama tiga hari iaitu hari ini, Isnin dan Selasa.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika dihubungi melahirkan kegembiraan kerana Hamdan memang selayaknya menerima kerana sumbangan bakti kepada parti, masyarakat dan rakyat Pulau Pinang sepanjang menjawat jawatan Pesuruhjaya dan Adun sekarang ini.

Menurutnya, kerja buat Hamdan ketika menjadi Pesuruhjaya tempuhari tidak dinafikan memang terpuji ekoran mempunyai ideal serta agenda membangunkan PAS Negeri disamping berjaya meningkatkan sokongan pada PAS.

"YB Hamdan memang layak menerima anugerah tersebut dengan pengorbananya yang tinggi terhadap perjuangan parti. Kini sebagai Adun beliau juga aktif merancang program dan dikenali sebagai salah seorang Adun di Pulau Pinang yang aktif mendampingi rakyat, " ujarnya yang merasai penganugerahan itu menandakan satu penghargaan yang tinggi terhadap PAS. - mks._

sumber : harakahdaily


--

Jul 13, 2009

Pengundi Manek Urai Perlu Jadi Penyelamat... ~ malaysiakini


KUALA KRAI: Pengundi Manek Urai disifatkan sebagai penyelamat sekali lagi sekiranya memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kata beliau 31 tahun lalu PAS kalah teruk di Kelantan tetapi Umno tidak berjaya menguburkan PAS di negeri ini kerana masih masih mampu bertahan di dua kerusi di mana salah satunya adalah kerusi Manek Urai.

"Tapi kali ini pengundi Manek Urai akan menjadi penyelamat Rakyat Malaysia, kemenangan calon PAS akan menyampaikan mesej jelas kepada semua dan pilihan raya akan datang bakal berlaku sejarah besar ," kata beliau dalam satu ceramah membantu kempen PAS dekat sini.

Kata beliau terserah kepada pengundi Manek Urai untuk menyampaikan mesej yang bagaimana dengan menyebut: " satu Malaysia sedang menunggu adakah Manek Urai akan menyokong Pakatan Rakyat."

Pakatan Rakyat ketika ini masih mengekalkan rekod mengalahkan Umno dan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12.

Selain itu Kit Siang turut menyentuh mengenai angka 11 yang beliau sifatkan sebagai angka keramat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat pada jam 11 pagi bertarikh 11 Julai. Ini angka keramat PM baru. Tetapi saya harap pengundi Manek Urai boleh hapuskan angka 11 ini dengan angka 14 (hari membuang undi),' katanya.

Mengulas mengenai janji Najib, tokoh vateran DAP itu mempersoalkan kenapa tidak dalam 11 pekara yan dijanjikan itu tidak termasuk pendekatannya untuk menghapuskan jenayah dan rasuah sedangkan Perdana Menteri ketika mengumumkan enam komitmennya - beliau mahu menyelesaikan masalah itu.

"Dalam perkara ini beliau nampaknya tidak serius. Tidak mungkin selepas 100 hari menjadi PM masih belum jumpa cara mengatasi masalah jenayah dan rasuah ini untuk diumumkan kepada rakyat. Sebenarnya beliau tidak yakin kerana terlalu banyak skandal yang berlaku termasuk selepas beliau mengambil alih pentadbiran," ujar beliau.

sumber : blog SiasahDaily


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 4, 2009

Jambatan Pulau Pinang ke-2 Terlalu Mahal, Pakatan Gesa Kos Dikaji Semula ~ malaysiakini


Kerajaan digesa mengkaji semula kos projek pembinaan jambatan Pulau Pinang kedua yang menelan belanja RM22 billion hanya untuk fasa satu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata rakyat sudah tentu tidak mampu menanggung kos setinggi itu dan menyarankan BN meneliti semula pelan laluan jambatan itu bagi mengurangkan harga projek.

Projek Jambatan Pulau Pinang II dilancarkan pada November 2006 dan dijangka siap pada Mei 2012.

Jambatan 24 kilometer itu akan menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang.

Pembinaan projek ini bagaimanapun tertangguh ekoran lonjakan kos projek, akibat kenaikan kos bahan binaan serta kegagalan Kumpulan UEM memberikan sebut harga yang tetap.

"Saya tidak menolak rasional meneruskan dengan projek jambatan itu, tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua diteruskan di laluan yang dicadangkan yang menelan belanja yang besar," kata Anwar.

Projek ini berbilion ringgit ini dibina dengan bantuan pinjaman dari Republik Rakyat China, dalam usahasama Kumpulan UEM dan China Harbour Engineering Co. Ltd (CHEC).

Walaupoun kosnya begitu tinggi, Kerajaan BN sudah pun mengeluarkan surat tawaran RM22 billion kepada CHEH-UEM untuk melaksanakan fasa pertama projek.

Pakatan Rakyat mencadangkan laluan projek ini dialihkan ke bahagian utara Pulau Pinang yang lebih hampir kepada Tanah Besar Semenanjung sebagai cara berkesan untuk mengurangkan kos.

"Berdasarkan kepada maklumat industri yang saya perolehi, ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan supaya meneruskan projek di laluan alternatif dan kalau ini dapat diteruskan ia dapat menjimatkan belanja RM4 bilion ringgit termasuk gantirugi kepada syarikat yang dianugerah projek itu," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar berkata kerajaan perlu komited kepada perbelanjaan yang bijak dan menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat dari projek-projek mega sebegini, supaya ia dilabur kepada sektor kesihatan dan pendidikan.

"Saya sekali lagi pertikai kedegilan kerajaan. Apa komitmen yang mereka buat sehingga mereka tidak mahu ubah perkara ini sedangkan mereka boleh fast-track pembinaan ini. Dari RM4 bilion ini, bayangkan kita boleh bina 400 hospital dan 400 sekolah tetapi sedikitpun tidak dipedulikan," tegas Anwar.

Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat tidak mempertikai projek ini diteruskan oleh usahasama Kumpulan UEM-China Harbour bahkan berpendapat komitmen usahasama ini diteruskan.

Apa yang ditekankan adalah laluan projek ini ditukar bagi menurunkan kos pembinaan supaya ia tidak membebankan warga Pulau Pinang dalam jangka masa panjang.

"Kita tidak pertikai jika rundingan dijalankan dan mereka bina projek ini di laluan alternatif. Ini lebih viable kerana projek yang dicadangkan ini menelan belanja lebih tinggi dan lebih sukar untuk rakyat pulau pinang bayar kos dengan caj yang lebih tinggi kerana kos yang tinggi," kata Anwar.

sumber : Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jul 3, 2009

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang ~ malaysiakini


Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Georgetown
pada 30 Jun 2009:

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu sedar bahawa Kampung Buah
Pala masih utuh sehingga kini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
yang berjaya menghalang mereka daripada diusir pada pertengahan tahun
2008.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan mahupun
membenarkan sebarang tindakan untuk merobohkan Kampung Buah Pala.

Sebarang tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju (developer) adalah menerusi
perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan.
Pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah telah ditawarkan oleh syarikat pemaju
kepada penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya dipersetujui dan diterima
oleh kebanyakan keluarga kecuali penduduk-penduduk yang masih berada di
Kampung Buah Pala.

Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh
mereka yang masih menghuni di Kampung Buah Pala untuk menolak sebarang
tawaran pampasan dan melawan kes mereka di mahkamah.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak bersimpati dengan rintihan penduduk di situ, maka
syarikat pemaju berkenaan sudah tentu telah berjaya mengusir penduduk-penduduk
pertengahan tahun lalu sebaik sahaja mereka memperolehi perintah mahkamah.

Pengusiran tersebut berjaya disekat kerana usaha-usaha yang diambil oleh P.
Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II dan Abdul Malek selaku Ahli Exco
Pulau Pinang yang menghalang syarikat pemaju daripada memasuki perkampungan
tersebut dengan jentolak beberapa kali di pertengahan tahun lalu.

Oleh yang demikian, kesemua pihak mestilah sedar bahawa hanya kerana usahausaha
yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, penduduk Kampung
Buah Pala masih berupaya menghuni di kawasan itu.

Tan Sri Koh Tsu Koon mesti menjelaskan sepenuhnya mengapa beliau
menjual Kampung Buah Pala dengan harga RM10 sekaki persegi pada tahun
2007 tanpa rundingan dengan penghuni-penghuni di sana

Tanah tapak Kampung Buah Pala yang merupakan milik Kerajaan Negeri telah
diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebanyak dua kali oleh
Exco Kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada
18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005 dengan premium berharga RM6.42 juta atau RM20
sekaki persegi.

Saya tidak memahami rasionalnya Kerajaan Negeri BN meluluskan
projek ini tanpa berunding dengan penduduk-penduduk mahupun menjualnya pada
harga serendah itu.

Lanjutan daripada itu, Exco di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengurangkan
premium sebanyak 50% kepada RM3.21 juta atau RM10 sekaki persegi, mengikut
2 cadangan Timbalan Ketua Menteri dari UMNO.

Koh Tsu Koon perlu menjelaskan perkara ini kepada penduduk Kampung Buah Pala
mengapa beliau menjual kampung tersebut pada harga yang murah iaitu hanya
RM10 sekaki persegi pada 2007 apabila harga pasaran di kawasan perdana
tersebut berkali-kali ganda dan jualan dibuat tanpa sebarang rundingan dengan
penduduk.

Dalam usahanya untuk membantu penduduk Kampug Buah Pala, Kerajaan
Negeri Pulau Pinang tidak patut dipersalahkan dan menjadi sasaran oleh
Hindraf

Masalah ini berpunca daripada BN, Gerakan, MIC, UMNO dan MCA yang menjadi
dalang, mengabaikan kepentingan penduduk kampung, dan menjual tanah
Kampung Buah Pala.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa atas tindakan Hindraf yang tidak
bertanggungjawab kerana mensasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan
yang diambil oleh syarikat pemaju dalam pengusiran penduduk di Kampung Buah
Pala.

Hindraf mahukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertindak melawan
perintah mahkamah yang diperolehi oleh syarikat pemaju bagi mengusir penduduk
di situ. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat
yang mentadbir di bawah kedaulatan undang-undang dan terpaksa akur kepada
perintah mahkamah yang dikeluarkan.

Selain itu, timbul cadangan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tanah
tersebut secara paksaan bagi tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah.
Tetapi dengan melakukan sedemikian, pihak syarikat pemaju sahaja yang akan
mengaut keuntungan yang banyak tanpa perlu membelanjakan sesen pun.

Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan penyelesaian yang baik,
tetapi pengambilan tanah secara paksaan sepertimana yang dicadangkan itu akan
melibatkan kos raksaksa di luar kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kos
pampasan yang terlibat bukan sekadar jutaan ringgit atau puluhan jutaan ringgit,
tetapi jauh lebih tinggi lagi!

Jelas sekali bahawa Hindraf tidak dapat membezakan siapakah rakannya dengan
membandingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan tindakan-tindakan
zalim UMNO yang merobohkan kuil-kuil Hindu. Kita tidak nampak pun Hindraf
menganjurkan protes besar-besaran terhadap perobohan beberapa kuil Hindu di
Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya dipersalahkan atau menjadi sasaran
Hindraf bilamana kita sedang cuba membantu seberapa yang boleh dan tidak
terlibat dalam perobohan mana-mana kuil Hindu di Pulau Pinang.

Mengapakah Hindraf tidak mengadakan demonstrasi terhadap UMNO atau Gerakan,
MCA mahupun MIC yang menjadi dalang di sebalik isu Kampung Buah Pala?

Sikap seperti ini mencetuskan syak wasangka samada berkemungkinan Hindraf kini telah
dipengaruhi MIC dan BN apabila mereka sepatutnya berjuang dalam
mempertahankan perobohan kuil-kuil bukannya menentang Kerajaan Pulau Pinang
yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang adil bagi penduduk
Kampung Buah Pala.

Hindraf perlu mengiktiraf usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau
Pinang untuk masyarakat India, kuil-kuil dan sekolah-sekolah rendah Tamil.

Kami bukan hanya mempunyai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kaum India yang
pertama di Malaysia, malah kesemua 28 sekolah rendah Tamil telah diberi
peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta sama seperti yang diperolehi oleh sekolah
rendah kebangsaan Cina, Sekolah Agama Rakyat, sekolah wawasan dam sekolah
menengah bebas Cina.

Selain itu, Pulau Pinang telah mendirikan papan-papan tanda jalan (road signs)
berbahasa Tamil yang pertama di negara ini bersama-sama tanda jalan dalam
Bahasa Arab, Cina dan Inggeris di Georgetown. Sedangkan Hindraf tidak pernah
membangkitkan perkara papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Dengan menghentam Kerajaan Pulau Pinang, secara tidak langsung Hindraf
membantu UMNO dan BN dengan meletakkan kesemua kejayaan yang diusahakan
oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam keadaan berisiko.

Kita mungkin tidak ada lagi Timbalan Ketua Menteri II berkaum India,
tiada lagi peruntukan dana untuk sekolah-sekolah rendah Tamil dan tidak ada lagi
papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Hindraf sepatutnya rasional dan bukannya bertindan secara emosi dan marah,
dan patutlah mengkaji semula siapakah musuh dan rakan sebenar masyarakat India.

Apa yang lebih mustahak ialah untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan
masyarakat India samarata bersama masyarakat Cina dan Melayu sebagai warga
Malaysia, di mana pemimpin Cina boleh menjaga masyarakat Melayu dan pemimpin
Melayu dapat menjaga kebajikan masyarakat Cina.

Malah pemimpin India juga mampu untuk menjaga masyarakat semua kaum.
DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada BN atau
diintimidasikan oleh BN, UMNO mahupun Hindraf yang melihat segala masalah
daripada sudut sempit kaum Cina, India atau Melayu.

DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa isu-isu
India bukannya masalah masyarakat India, isu-isu masyarakat Cina bukanlah
masalah kaum Cina mahupun isu-isu Melayu bukanlah masalah kaum Melayu. Kami
menganggap semua masalah sebagai isu rakyat Malaysia.

Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia di bawah prinsip keadilan, kebenaran,
kebebasan, demokrasi dan kebajikan rakyat bagi memastikan kita melawan rasuah
dalam usaha menjana pertumbuhan dan kemakmuran di samping memastikan
setiap rakyat dapat berkongsi keuntungan dengan adil.

Sungguhpun kami berasa kecewa terhadap kenyataan Hindraf yang mengutuk
secara melulu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Hindraf
mempunyai hak di bawah peruntukan hak asasi manusia untuk berhimpun secara
aman dalam membangkitkan isu yang mereka prihatin.

Saya telah pun mengarahkan pegawai-pegawai saya supaya menghormati hak-hak
mereka dan menerima sebarang memorandum yang dihantar selaras dengan
prinsip tanpa keganasan Mahatma Gandhi.

Saya juga menyeru pihak berkuasa polis supaya tidak mengambil sebarang tindakan
yang akan membawa kepada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak akan terjejas oleh tindakan-tindakan
penduduk yang menuduh Kerajaan Negeri sungguhpun pelbagai bantuan telah
dihulurkan. Kerajaan Negeri akan terus membantu penduduk-penduduk Kampung
Buah Pala, dan akan membantu sekiranya penduduk yang daftar ingin menerima
tawaran pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah daripada syarikat pemaju
Kampung Buah Pala.

Setakat ini, Kerajaan Negeri juga tidak memberi sebarang kelulusan mahupun
persetujuan kepada syarikat pemaju untuk merobohkan mana-mana bangunan.

Sebarang tindakan sedemikian adalah atas keputusan syarikat pemaju sendiri
mengikut perintah dan kuasa Mahkamah TInggi dan Mahkamah Persekutuan.

LIM GUAN ENG

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails