Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jun 21, 2009

Kenduri Tahlil & Makan Durian Di Rumah Pak Salim, Sungai Nibong Kecil ~ malaysiakini

jemputan yang mula hadir sejak jam 12 tengahari

sdr. ziezullhakim...(baju hitam sdg berdiri) orang 'kuat' makan AMK Bayan Baru...tak sabaq-sabaq nak rekah durian...

orang kampung sedang menikmati juadah yang disediakan...

ketibaan Y.B Dato' Zahrain Mohamed Hashim, Ketua Bahagian KeADILan Bayan Baru merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru serta Y.B Dr.Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

sedang menikmati hidangan buah-buahan tempatan...

isk! manisnya isi rambutan ni...

Y.B TKM 1 sedang bersalaman dengan tuan rumah, Pak Salim yang juga AJK KeADILan Bayan Baru.

turut bersalaman dengan Pak Salim, Sdr. Francis, Ahli Majlis MPPP dan Y.B Dato' Zahrain.


Turut serta menikmati hidangan buah-buahan tempatan, dari kiri - Y.B Haji Abdul Halim, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN).

Sdr. Idriss Hassan (berkemeja hitam) sedang melayan tetamu yang hadir...

Tuan SetiaUsaha Kerja Pejabat Parlimen Bayan Baru, Sdr. Zainuddin Hanif sedang bekerja..aikk?? Hari Ahad pun kerja jugak ka..? Aik..?? periuk KBBB..??? dan perasan tak slogan baru keADILan Bayan Baru di dinding belakang tu..???

Operasi mengopek buah durian...jaga-jaga, jangan sampai ada yang cedera...

ramainya para hadirin...

sesi 'maut' makan Pulut Durian taruh sama santan daaa...sluuurrpppp...jaga Dato', jaga Y.B...kena makan buah manggis sama bagi 'sejuk' balik...

Bloggers Pak Supir @ Bond's sedang ushar rapat..pasaipa ntah?? Nak kata tak cukup makan, sat nak tanya...

turut hadir, Y.B Senator Tuan Mustafa Kamal @ Pak Mus. Di kiri - sebelah Sdr. Francis.

Aduuhhh...Y.B TKM 1 dah pening ka makan durian banyak..??? Nuu depa tuang ayaq kopi o panass...

Skuad Pemusnah di port makan rumah Pak Salim... uisshhh..tengok Pak Supir tu, belasah makan lagii...kali ke berapa ntah tuu... Jangan mare aaa... turut hadir, bloggers terkenal, ZulMamakPng @ " kaasi peecahhh laaa... " & orang lama keADILan Bayan Baru, Sdr. Swee Tuck Wah.

Kepada Tuan Rumah, jutaan Terima Kasih diucapkan atas segala hidangan... Kepada hadirin yang selamat menikmati segala hidangan tak kira buah, pulut durian mahupun nasik tengahari, diharap menjaga diet andaa... Jangan ada yang 'demam' satgi lepas banyak makan buah durian di musim panas begini...

Sekian.



Jun 18, 2009

Dato' Seri Anwar Ibrahim Yakin Dengan Pimpinan PAS ~ malaysiakini



- sumber video ehsan dari Malaysiakini

Jun 17, 2009

Isu Chin Peng: Dasar UMNO-BN Yang Haru Biru ~ malaysiakini

Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato' Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan "Hidup Rakyat" agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.

Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.

Pastinya esok media UMNO-BN akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato' Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.

ANWAR IBRAHIM

- dari anwaribrahimblog

--

Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jun 13, 2009

Suaram: Enam Banduan Cedera Parah Di Pukul Warden ~ malaysiakini

Sekurang-kurangnya 6 banduan cedera parah selepas didakwa digari dan dipukul oleh pegawai warden Penjara Sungei Buloh, Selangor, menurut badan hak asasi manusia Suaram.

Suaram mendakwa sekurang-kurangnya 20 banduan dipukul dalam kejadian semalam itu. Pihak penjara sehingga kini belum memberikan sebarang ulasan rasmi.

Penyelaras Suaram, Tah Moon Hui berkata kira-kira 10 pegawai warden memukul kumpulan banduan berkenaan atas alasan yang tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata 14 daripada yang cedera tidak diberikan rawatan perubatan.

Suaram menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kejadian itu yang dikatakan berlaku antara pukul dua hingga dan lima petang semalam.

sumber : Suara Keadilan Online


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

PAS Kutuk Serangan Di Selatan Thailand ~ malaysiakini


KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.

PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - mns_

- sumber : Harakahdaily

Jun 12, 2009

ADUN P.Pinang Rela Lepaskan Jawatan Jika Tuduhan Rasuah Dibukti ~ malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450.

- sumber : Suara Keadilan Online


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah BLOG ADUN PENANTI di http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jun 10, 2009

KeADILan Berusaha Yang Terbaik Untuk Rakyat ~ malaysiakini


PKR akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas. 

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR. 

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.

- dari sumber blog Pro-Reform

Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan” ~ malaysiakini

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA— 8hb Jun 2009

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden 

Parti Keadilan Rakyat


Jun 9, 2009

Kerajaan Pulau Pinang tawar RM10,000 untuk maklumat rasuah ~ malaysiakini


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.



Saya mahu menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan," kata ketua menteri itu kepada Malaysian Insider dalam satu wawancara melalui telefon.

Dengan menggelarkan skim pemberi maklumat itu sebagai "i-Awards" (Anugerah Integriti), Lim memberitahu beliau telah menerima beberapa laporan tanpa nama daripada kakitangan kerajaan sebelum membuat tawaran tersebut 2 Jun lalu.

Lim bagaimanapun enggan menyatakan berapakah jumlah laporan yang telah diterimanya. Tetapi beliau menambah bahawa beliau akan memberikan ganjaran tersebut "tidak lama lagi".

Selain insentif wang tunai, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, mereka yang membantu pentadbirannya dengan memberikan maklumat akan diberi prioriti untuk kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan yang lain, menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyeru Kerajaan Pusat mengadakan tender terbuka bagi penjualan bekalan perubatan di negara ini.

Menurut Lim, negara ini kerugian kira-kira RM10 bilion setahun hasil penglibatan orang tengah dalam industri tersebut.

"Kita mahu membeli produk yang paling berkualiti dengan harga yang paling baik. Saya akan menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kesihatan, menggesa supaya diadakan tender terbuka dalam hal penjualan bekalan perubatan," katanya kepada pemberita di Bayan Lepas baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak hospital membayar sehingga lebih 30 peratus untuk bekalan perubatan kerana syarikat perubatan multinasional terpaksa melalui syarikat yang diluluskan untuk menjual produk mereka.

"Adalah lebih murah sekiranya pihak hospital dibenarkan membeli bekalan terus daripada syarikat pembekal," katanya._

- dari Harakahdaily.net  

Jun 5, 2009

Selamat Bermuktamar Kepada Ahli-Ahli Pas ~ malaysiakini

Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.

Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim.

Terkesan dengan pemikiran tokoh-tokoh tersebut yang ada di antaranya disampaikan melalui tulisan, seumpama Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr Burhanudin serta Masyarakat dan Syariat oleh Prof Zulkifli, melebarkan pemahaman saya mengenai kehendak maqasid keadilan Islam. Tulisan mereka malah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.

Kini keringat dan jerih perih para pejuang Pas telah pun membuahkan hasil.Tidak ada pihak yang berhak menafikan sumbangan Pas kepada amalan demokrasi di Malaysia. Momokan ciptaan umno-bn bahawa Pas tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan Raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan.

Alhamdulillah kerjasama tersebut semakin utuh di bawah Pakatan Rakyat. Hari ini rakan-rakan kita ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia akan berhimpun untuk bermuktamar di Shah Alam buat kali ke 55. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada saudara semua dan moga doa agar Perubahan yang kita hasratkan untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM



Jun 3, 2009

Kenyataan Media Kemenangan Pakatan Rakyat Dalam PRK DUN Penanti ~ malaysiakini

Syabas diucapkan kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan YB Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah, dalam jangka masa 14 bulan ini, sudah tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihan Raya Kecil ini membuktikan KeADILan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih YB Mansor sebagai wakil mereka dan kelak bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Semoga dengan pelantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat.

ANWAR IBRAHIM

- dari AnwarIbrahimblog 

Jun 1, 2009

Tahniah ! ~ malaysiakini

TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN


YB Dr. Mansor bin Othman
ADUN PENANTI / TKM 1 PULAU PINANG

Dari Group Bloggernetwork@Malaysia

Related Posts with Thumbnails