Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jun 5, 2009

Selamat Bermuktamar Kepada Ahli-Ahli Pas ~ malaysiakini

Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.

Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim.

Terkesan dengan pemikiran tokoh-tokoh tersebut yang ada di antaranya disampaikan melalui tulisan, seumpama Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr Burhanudin serta Masyarakat dan Syariat oleh Prof Zulkifli, melebarkan pemahaman saya mengenai kehendak maqasid keadilan Islam. Tulisan mereka malah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.

Kini keringat dan jerih perih para pejuang Pas telah pun membuahkan hasil.Tidak ada pihak yang berhak menafikan sumbangan Pas kepada amalan demokrasi di Malaysia. Momokan ciptaan umno-bn bahawa Pas tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan Raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan.

Alhamdulillah kerjasama tersebut semakin utuh di bawah Pakatan Rakyat. Hari ini rakan-rakan kita ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia akan berhimpun untuk bermuktamar di Shah Alam buat kali ke 55. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada saudara semua dan moga doa agar Perubahan yang kita hasratkan untuk Rakyat Malaysia keseluruhannya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM



1 comment:

Anonymous said...

DIAM JOE DAH MAI said...

Berlapang dada semua marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah pada yang menang....bagi yang kalah terus lah berkhidmat..

Johari Kassim oh Johari Kassim di sebalik daripada isu YDP MPSP

http://diamjoedahmai.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails