Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jun 9, 2009

Kerajaan Pulau Pinang tawar RM10,000 untuk maklumat rasuah ~ malaysiakini


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.



Saya mahu menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan," kata ketua menteri itu kepada Malaysian Insider dalam satu wawancara melalui telefon.

Dengan menggelarkan skim pemberi maklumat itu sebagai "i-Awards" (Anugerah Integriti), Lim memberitahu beliau telah menerima beberapa laporan tanpa nama daripada kakitangan kerajaan sebelum membuat tawaran tersebut 2 Jun lalu.

Lim bagaimanapun enggan menyatakan berapakah jumlah laporan yang telah diterimanya. Tetapi beliau menambah bahawa beliau akan memberikan ganjaran tersebut "tidak lama lagi".

Selain insentif wang tunai, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, mereka yang membantu pentadbirannya dengan memberikan maklumat akan diberi prioriti untuk kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan yang lain, menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyeru Kerajaan Pusat mengadakan tender terbuka bagi penjualan bekalan perubatan di negara ini.

Menurut Lim, negara ini kerugian kira-kira RM10 bilion setahun hasil penglibatan orang tengah dalam industri tersebut.

"Kita mahu membeli produk yang paling berkualiti dengan harga yang paling baik. Saya akan menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kesihatan, menggesa supaya diadakan tender terbuka dalam hal penjualan bekalan perubatan," katanya kepada pemberita di Bayan Lepas baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak hospital membayar sehingga lebih 30 peratus untuk bekalan perubatan kerana syarikat perubatan multinasional terpaksa melalui syarikat yang diluluskan untuk menjual produk mereka.

"Adalah lebih murah sekiranya pihak hospital dibenarkan membeli bekalan terus daripada syarikat pembekal," katanya._

- dari Harakahdaily.net  

No comments:

Related Posts with Thumbnails