Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Nov 19, 2020

Isu Yang Dibangkitkan oleh MP Bayan Baru YB Sim Tze Tzin Dalam Perbahasan Belanjawan 2021

 



1. Potongan 40% Bajet Kementerian Pertanian dan Agensi bakal memangsakan petani, nelayan dan penternak.

2. Mencadangkan “Save Malaysia Sales” untuk membantu kedai-kedai fizikal seluruh negara. 

3. Pembasmian kemiskinan seharusnya based on needs not based on race.

4. Perikatan Nasional harus dengar titah Tuanku, hentikan bajet-bajet bermotif politik contohnya JASA.


Teks ucapan MP Bayan Baru dalam Perbahasan Belanjawan 2021:

Tuan Yang Dipertua,

 Malaysia sedang menghadapi tiga krisis. Krisis Pandemik, Krisis Ekonomi dan Krisis politik. Rakyat sedang memerhati bagamaimana kerajaan menggunakan belanjawan 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Rakyat juga menaruh harapan yang tinggi kepada Menteri Kewangan yang merupakan seorang pemimpin korporat yang non-partisan.

 Selepas meneliti belanjawan saya dapati Belanjawan ini tidak mempunyai idea baru yang memberangsangkan. Orang Bayan Baru kata bajet ini same old same old. Mereka kecewa.

 Saya teliti bajet Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

 Sebenarnya, sector pertanian dan industry makanan merupakan sector yang paling berpotensi untuk dikembangkan. Rakyat Malaysia telah sedar tentang kepentingan food security semasa global lock down.

 Akan tetapi, peruntukan pengurusan MAFI, bukan sahaja tidak ditambah, malah diturunkan.

 Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikan RM50, tetapi peruntukan LKIM dipotong RM37 juta. Pi mai pi mai tang tu juga.

 Subsidi harga padi dipotong RM50 juta. Mampukah kerajaan membayar subsidi harga padi kepada semua petani?

Bajet pengurusan Kementerian MAFI dipotong RM92 juta atau 40%

 Bukan sahaja itu, Semua agensi yang membantu petani seperti MADA, KADA, MARDI, FAMA, LPNM, Bioekonomi, LPP, IADA, Institut Kemahiran Pertanian semua dipotong peruntukan. Ada yang dipotong sampai 33%

 Petani, nelayan dan penternak yang miskin bakal terjejas kerana MAFI tidak berupaya berfungsi secara optimum membantu mereka menyelesaikan masalah

 Malaysia mengimport lebih kurang RM50 bilion makanan dari luar negara setiap tahun.

 Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk memajukan sector pertanian mengikut comparative advantage negara kita untuk mengimbangi deficit pengimportan.

Tetapi pengusaha sektor pertanian menghadapi masalah access to credit untuk memodenkan pertanian mereka. Dulu ada Tabung "Funds for Food", masa PH, kami perkenalkan Tabung pinjaman Agrofood sebanyak RM1 bilion pada kadar faedah rendah. Tetapi dalam Belanjawan ini, kita tak nampak ada tambahan pinjaman kepada tabung tersebut. Pinjaman Agrofood ini penting untuk meningkatkan value chain pengusaha pertanian ke tahap petani moden dengan menggunakan agrotek yang moden.

 Saya mengalu-alukan peruntukan pinjaman untuk memodenkan vesel nelayan. Tetapi jangan lupa Berilah pinjaman kepada petani di Cameron Highlands dan Kundasang untuk membina teknologi greenhouse untuk melipat-gandakan hasil sayuran.

 Berilah juga pinjaman membantu penternak ayam dan khinzir yang traditional untuk mecapai close house system. Ia akan membantu meningkatkan produktiviti, mengurangkan risiko penyakit dan memelihara alam sekitar.

 Peruntukan Pembangunan dalam belanjawan 2021 adalah 67.3 bilion iaitu hanya 4.6 % daripada GDP. Sebagai negara yang membangun, peruntukan pembangunan seharusnya lebih tinggi. Secara purata, negara membangun seharusnya membelanjakan 25% daripada KDNK untuk tujuan pembangunan

 Pada pendapat saya, sektor strategik adalah dalam sektor infrastruktur seperti lebuhraya di kawasan luar bandar, dan infrastruktur komunikasi 5G.

Maka, projek seperti Pan Borneo Highway sangat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan socio-ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan National Fiberization Plan yang berupaya 5G adalah penting untuk dilaksanakan pada masa sekarang demi pembangunan masa depan negara.

 Baru-baru ini, dalam 11.11 Singles Day Online Shopping Sales.

 Malaysia mencatat sejarah sebagai negara ke-5 terbesar di dunia dalam membeli barangan secara online dari segi Gross Merchandise Value.

 Negara terbesar adalah China, kedua USA, ketiga Russia, Keempat Perancis dan kelima adalah Malaysia.

Saya amat terkejut,

Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih mempunyai kuasa membeli yang amat tinggi. Tetapi malangnya, ringgit Malaysia mengalir keluar.

Baju, beg, jam tangan, dan sebagainya, boleh dikatakan majoriti Made in China.

Maka wang ringgit mengalir keluar dari Malaysia.

Pada masa yang sama, Malaysia kurang menjual barangan made in Malaysia ke luar negara.

Data Alibaba menunjukkan top 5 barangan kegemaran rakyat China yang mereka beli dari Malaysia adalah no.1 white coffee, no.2 julie's biscuits, no.3 white coffee, no.4 white coffee, dan no.5 white coffee.

Malaysia kurang menjual barangan yang lebih bernilai tinggi.

Ini amat membimbangkan. Kerajaan harus berbuat sesuatu.

Pada masa yang sama, Saya juga rasa simpati dengan kedai-kedai fizikal di seluruh Malaysia, sempena rakyat giat membeli barangan di atas talian, kedai-kedai fizikal sedang sengsara. Ada banyak yang sudah lingkup.

Peniaga-peniaga kecil ini sangat penting kerana mereka menyara hidup keluarga mereka.

Saya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan Malaysia, di kedai-kedai fizikal atau online shop milikan rakyat Malaysia.

Saya cadangkan kerajaan melancarkan "Save Malaysia Sales" untuk menyelamatkan kedai-kedai fizikal seluruh negara.

Semua pembelian walaupun kecil-kecilan, akan membantu satu keluarga survive dalam krisis ekonomi ini.

Ini adalah semangat kita jaga kita yang sebenar.

Tuan Yang dipertua,

Dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman

Kerajaan memperuntukan 11.1 bilion untuk pemerkasaan Bumiputra, RM177 juta kepada kaum Cina, RM100 juta kepada kaum India.

Pembahagian kekayaan mengikut kaum itu adalah politik lama.

Padahal Kemiskinan itu berlaku di semua kaum, di semua wilayah dan semua bangsa.

Kita tahu bahawa kemiskinan berlaku majoriti kepada kaum Melayu Bumiputra, tetapi lagi serius di kalangan bumiputra Sabah dan Sarawak. Kemiskinan di kalangan orang India juga amat teruk. Begitu juga ada miskin bandar di kalangan orang Cina.

Kemiskinan itu seperti virus Covid, ia boleh menjangkit tak kira bangsa atau agama.

Kita perlu ada pemikiran baru iaitu dalam soal pembasmian kemiskinan, ia harus berlandaskan keperluan, need based, bukan race based.

Belanjawan ini seharusnya menyatupadukan masyarakat.

Saya berharap kerajaan Perikatan Nasional boleh memikirkan soal kemiskinan dengan pencerahan baru.

Tuan Yang Diperua

Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Yang DiperTuan Agong, berulang kali memohon ahli-ahli politik utamakan kebajikan rakyat dan hentikan politicking.

Saya sangat setuju dengan titah Tuanku.

Belanjawan ini memberi peluang kepada kerajaan menunjukkan keikhlasan bagaimana boleh menyatupadukan politik partisan.

Sejujurnya saya teliti, peruntukan untuk JASA itu bermotif politik

Peruntukan kepada Pengerak Komuniti Negara itu bermotif politik

Pemberian bakul makanan bantuan Covid hanya kepada parti-parti pemerintah, itu bermotif politik.

Peruntukan kawasan dihentikan di kawasan Pembangkang itu bermotif politik.

Belanjawan ini seharusnya untuk membantu rakyat yang sangat terkesan dengan Covid, kehilangan kerja, perniagaan yang semakin merundum. Bukan bermotif politik.

Saya menyeru supaya pihak kerajaan menunjukkan keikhlasan.

Saya menyeru pihak kerajaan patuhilah titah Tuanku.

Hentikan segala langkah politik untuk menyakinkan rakyat bahawa Perikatan Nasional ini betul-betul menjunjung titah Tuanku.

Sekian Terima kasih.


YB Sim Tze Tzin ๆฒˆๅฟ—ๅ‹ค

Ahli Parlimen Bayan Baru

Mar 28, 2020

Hari ke - 9 PKP : Sumbangan kepada penduduk setempat diteruskan









Hari ke - 9 PKP -: Sumbangan barangan keperluan asas oleh Adun Batu Uban YB Kumaresan Aramugam diteruskan kepada penduduk Kadun Batu Uban seperti di Bukit Gambir, Lorong Sg Dua,  Lip Sin, Taman Brown dan Lebuh Nipah.

Kami juga perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya 2 org dibenarkan untuk petugas.

Sumbangan ini terhad maka, golongan yg betul-betul susah diberikan keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sumbangan makanan kepada staf Klinik Kesihatan (frontliners) juga diteruskan.

Sekiranya ada penduduk di Kadun Batu Uban memerlukan bantuan untuk tempoh kawalan pergerakan ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Adun Batu Uban:

En. Cheah        0164805452
En.  Parthiban 0195550669

atau berhubung dengan MPKK kawasan anda:

Tmn Lip Sin      : En. Ngo 0174782238
Sg Dua              : En. Zul 01114726559
Tmn Brown      : Pn. Prema 0125184497
Batu Uban        : En. Faizal 0175384663
Tmn Pekaka    : En. Kelvin 0125290228
Bukit Jambul   : En. Puad 0124471196

Kami juga sangat mengalu-alukan sekiranya ada yang yang sudi untuk menderma barangan dapur ,makanan, topeng muka, dan sanitizer kepada kami untuk diedarkan kepada Petugas ‘FRONT LINE’ serta golongan yang paling terkesan di kawasan KDUN Batu Uban ini boleh berhubung dengan nombor di atas.

Terima kasih

#batuubanN35
#harapanbatuuban
#PenangLawanCovid19
#stayathome
#dudukdirumah
#kamiprihatin
#KeADILanBayanBaru

https://www.facebook.com/581605132206165/posts/1043397122693628/?d=n

Mar 26, 2020

Hari ke-8 PKP - Bantuan dari Pejabat Parlimen Bayan Baru dan Pejabat Adun-Adun Dalam Parlimen Bayan Baru serta MPKK diteruskan













Hari ke-8 bantuan dari Pejabat Parlimen Bayan Baru dan Pejabat Adun-Adun Dalam Parlimen Bayan Baru serta MPKK diteruskan kepada beberapa penerima yang sukar bergerak keluar untuk mencari makan bagi meneruskan kehidupan. Penerima-penerima adalah dari ketiga-tiga KADUN iaitu Dun Batu Uban, Dun Pantai Jerejak & Dun Batu Maung.

Untuk makluman semua kami menerima permohonan yang tinggi dan setakat ini kami hanya mengutamakan pemohon dari kalangan warga emas uzur, sakit atau orang kurang upaya yang sukar bergerak dan sakit kronik. Mereka lebih memerlukan.

Kepada yang yang sudi untuk menyumbang barangan dapur ,makanan, topeng muka, dan sanitizer kepada kami untuk diedarkan kepada Petugas ‘FRONT LINE’ serta golongan yang paling terkesan di kawasan Bayan Baru ini boleh berhubung dengan no di bawah ini

Parlimen Bayan Baru
En Aidil - 011 1105 7720
Cikgu Chan - 012 485 0728

Kadun Batu Uban
En. Cheah        - 0164805452
En.  Parthiban - 0195550669

Kadun Pantai Jerejak
En Boon Heng - 012 597 6019
En Ilfik - 011 2420 3132

Kadun Batu Maung
En Adzlan - 017 335 0030
En Ziezul - 012-504 4836

#keADILanBayanBaru
#P52BayanBaru
#batuubanN35
#PantaiJerejakN36
#BatuMaungN37
#PakatanHarapan
#PenangLawanCovid19
#stayathome
#dudukdirumah
#kamiprihatin

Lagi gambar di link di bawah
https://www.facebook.com/581605132206165/posts/1042474882785852/?d=n

Mar 25, 2020

Team Keadilan Bayan Baru terus begerak membantu penduduk



Setelah seminggu Perintah kawalan Pegerakan dilaksanakan, Team Keadilan Cabang Bayan Baru bersama Pejabat Parlimen Bayan Baru Yb Sim Tze Tzin serta Pejabat Adun Batu Uban YB Kumaresan Aramugam , Pejabat Adun Pantai Jerejak YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  dan Pejabat Adun Batu Maung YB Dato' Hj Abdul Halim Hussain serta MPKK-MPKK di dalam kawasan Parlimen Bayan Baru telah bergerak dengan mengedarkan bantuan asas kepada penduduk terutamanya kepada mereka yang terdiri dari golongan Ibu tunggal , warga emas, OKU dan keluarga B40 yang mana terpaksa bercuti tanpa gaji serta peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat menjalankan urusan perniagaan akibat terkesan dengan penularan virus Covid-19 ini.

Tidak lupa juga sumbangan untuk klinik-klinik serta petugas-petugas bahagian kesihatan, pasukan keselamatan dan juga petugas-petugas MBPP.

Team Keadilan Bayan Baru juga telah membantu PBT bagi memastikan kawalan dipasar-pasar sekitar bayan baru mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan virus ini.

Kepada anda yang sudi untuk menyumbangkan barangan dapur ,makanan, topeng muka, dan sanitizer kepada kami untuk diedarkan kepada Petugas ‘FRONT LINE’ serta golongan yang paling terkesan di kawasan Bayan Baru ini boleh berhubung dengan no di bawah ini

Parlimen Bayan Baru
En Aidil - 011 1105 7720
Cikgu Chan - 012 485 0728

Kadun Batu Uban
En. Cheah      - 0164805452
En. Parthiban - 0195550669

Kadun Pantai Jerejak
En Boon Heng - 012 597 6019
En Ilfiq - 011 2420 3132

Kadun Batu Maung
En Adzlan - 017 335 0030
En Ziezul  - 012-504 4836

#keADILanBayanBaru
#TeamBayanBaru
#P52BayanBaru
#batuubanN35
#PantaiJerejakN36
#BatuMaungN37
#PakatanHarapan
#PenangLawanCovid19
#stayathome
#dudukdirumah
#kamiprihatin


Untuk melihat gambar klik link di bawah

https://www.facebook.com/581605132206165/posts/1041426139557393/?d=n

Mar 22, 2020

Keadilan Bayan Baru Telah Mengagihkan Barangan Makanan Kepada Yang Memerlukan









Semalam, Pejabat Parlimen Bayan Baru dan Keadilan Bayan Baru telah memulakan pemberian makanan kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Bantuan adalah kepada warga emas, OKU yang betul-betul terdesak sahaja.

Kami dapati masih terdapat banyak keluarga kais pagi makan pagi, kerana apabila tak kerja, mereka terus tak ada pendapatan. Masalah urban poor ini harus ditangani.

Saya kesal kerana kerajaan PN telah tarik balik peruntukan Parlimen Bayan Baru pada saat-saat rakyat paling memerlukan bantuan. Wabak tak kenal mana kawasan PN, mana kawasan PH. Apabila PH mentadbir, kami mencipta sejarah dengan memberi peruntukan kepada MP pembangkang.

Takpe lah, kami tetap meneruskan kerja-kerja berkhidmat kepada rakyat.

Maka, kami telah melancarkan kempen derma topeng muka, sanitizers dan makanan. Kami mohon pihak yang berkemampuan memberi sumbangan kepada kami untuk diedarkan kepada golongan yang paling terkesan.

Semalam pasukan sukarela kami telah mula memberi sumbangan kepada lebih kurang 10 keluarga. Oleh kerana MCO, kerja-kerja bantuan tertakluk kepada arahan pihak berkuasa. Kami mohon maaf, kami tidak dapat membantu semua yang memohon.

Terima kasih kepada penderma dan sukarelawan kalian!

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru


Mar 7, 2020

DEKLARASI ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT PULAU PINANG






Kami,

Mengutuk sekeras kerasnya tindakan khianat segelintir anggota dan pimpinan parti KEADILAN Negeri Pulau Pinang.

Pengkhianatan ini telah mencabuli mandat rakyat pada PRU 14 menolak rejim Kleptokrasi demi kepentingan kelompok  dan individu.

Kami,
Anggota2 KEADILAN Cabang dan seluruh Pulau Pinang berikrar dengan semangat juang yang tinggi tetap berdiri teguh dan taat setia tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Presiden YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh pimpinan di peringkat Negeri dan Nasional.

Kami mengulangi janji,
Untuk terus setia bersama Parti KEADILAN Rakyat dan akan bekerja kuat untuk masa depan dan kesejahteraan rakyat negeri Pulau Pinang.

Sedaya upaya,
Kami tidak akan mensia- siakan kepercayaan, amanah, serta mandat rakyat di berikan oleh rakyat Pulau Pinang kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Kami akan bertindak wajar mengutamakan golongan terpenting seperti penyelesaian kepada masalah perumahan rakyat, kemelut ekonomi generasi muda, wanita, jaringan keselamatan sosial bagi warga emas dan memerangi ancaman jenayah dadah.

Kehidupan selesa buat nelayan, petani, peniaga dan penjaja kecil, pekerja industri, swasta dan penjawat rendah awam serta seluruh segmen masyarakat yang memerlukan menjadi keutamaan kami.

Kami akan terus menyokong kepimpinan yang menegakkan prinsip-prinsip dan membantu rakyat menikmati dasar yang terbaik - sejajar dengan idealisme KEADILAN.

"MASA DEPAN BERSAMA"
#KalisMasaDepan

Sila klik link ini: https://www.facebook.com/581605132206165/posts/1028232844210056/?vh=e&d=n

Mar 1, 2020

Kenyataan Terbuka : Cabang Bayan Baru Tetap Setia Menyokong Kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim

01.03.2020
Kenyataan Terbuka.

Berkenaan penularan video satu kumpulan yang dikatakan telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru  di Sunshine Square Bayan Baru pada 29 feb 2020.

Keadilan Cabang Bayan Baru melalui setiausaha pengelola masih belum menerima apa-apa permohonan keluar dari kumpulan tersebut dan Keadilan Cabang Bayan Baru  juga akan menyiasat sekiranya benar seramai 700 ahli yang dikatakan juga berbuat demikian.

Untuk makluman juga, kumpulan yang mengisytiharkan keluar parti adalah ahli biasa dan  seringkali menentang keputusan parti dan kepimpinan parti.

Sekiranya benar mereka yang telah mengisytiharkan keluar parti ianya boleh dilucutkan keanggotaan serta merta mengikut Fasal 9 kurungan (a) Permintaan anggota itu sendiri dan (c) Dengan pengisytiharan anggota itu sendiri bahawa beliau keluar parti.

Hasil maklumat juga, kumpulan kecil ini adalah dari kalangan ahli yang penyokong tegar Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang telah pun dipecat dari Parti Keadilan Rakyat atas masalah disiplin dan mengkhianat kepada parti sehingga menyebabkan Kerajaan PH tumbang.

Sekali lagi Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru menegaskan seluruh Jawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan dari Cabang Bayan Baru dibawah kepimpinan Ketua Cabang nya YB Sim Tze Tzin setia bersama Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulfazdli Md Noordin
Ketua Penerangan Cabang

Bersama,

Sim Tze Tzin
Ketua Cabang

Azrizal Tahir
Timbalan Ketua Cabang

Mohd Suhairi Abdullah
Setiausaha Cabang

Mohd Aidil Fitri Ibrahim
Setiausaha Pengelola Cabang

Latifah Husainsa
Ketua Wanita Cabang

Rodziah Bt Kassim
Setiausaha Wanita Cabang

A.Kumaresan
Ketua AMK Cabang

Ziezull Hakim
Timbalan AMK Cabang

Masturah Afandi
Setiausaha AMK Cabang

Feb 18, 2020

๐•‚๐”ธ๐•Œโ„•๐•‹๐”ผโ„ ๐”น๐”ผโ„๐”พ๐”ผโ„๐”ธ๐•‚ แด˜แด€ส€สŸษชแดแด‡ษด ส™แด€สแด€ษด ส™แด€ส€แดœ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *๐Ÿ„น๐Ÿ„พ๐Ÿ„ผ ๐Ÿ„ณ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ต๐Ÿ…ƒ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…*

*๐Ÿ„ธ ๐Ÿ…‚๐Ÿ„ด๐Ÿ„น๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ท๐Ÿ…ƒ๐Ÿ„ด๐Ÿ…๐Ÿ„ฐ / ๐Ÿ„ฑ๐Ÿ…‚๐Ÿ„ท*

⛱️ *๐•‚๐”ธ๐•Œโ„•๐•‹๐”ผโ„ ๐”น๐”ผโ„๐”พ๐”ผโ„๐”ธ๐•‚ 2⃣2⃣โ„๐•’๐•ฃ๐•š*
แด˜แด‡แดŠแด€ส™แด€แด› แด˜แด€ส€สŸษชแดแด‡ษด ส™แด€สแด€ษด ส™แด€ส€แดœ
แด…แด‡ษดษขแด€ษด แด‹แด‡ส€แดŠแด€sแด€แดแด€ :
แดแด˜แด‹แด‹ sษข.แด€ส€แด€ & แดแด˜แด‹แด‹ แดแด€สแด€ษดษข แด˜แด€sษชส€

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

๐Ÿ—“๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—™๐—˜๐—•๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ -๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ

⏰  *3 ptg - 9 mlm*
๐Ÿ—“ *SELASA Hingga SABTU*
_(CUTI AHAD & ISNIN)_

๐Ÿฌ ๐—š๐—œ๐—”๐—ก๐—ง ๐—•๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
_(Hadapan Pizza ๐Ÿ•Hut)_

๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™ž :
▪Ibu Emas
_(EFT Pembayaran Terus Ke Dalam Akaun)_

▪Ibu Tunggal
_(EFT Pembayaran Terus Ke Dalam Akaun)_

▪Warga Emas
_(EFT Pembayaran Terus Ke Dalam Akaun)_

▪BSH _(Bantuan Sara Hidup)_
๐Ÿ“ _*Tarikh Kemaskini BSH secara manual sebelum 1 Mac 2020*_

๐™‹๐™š๐™ง๐™ข๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™–๐™ง๐™ช :
▪Ibu Emas
▪Anak Emas
▪Ibu Tunggal
▪Warga Emas
▪e KASIH

๐™‡๐™–๐™ž๐™ฃ² :
▪Khairat Kematian
▫️Warga Emas  _(waris)_
▫️Ibu Tunggal _(waris)_

▪Daftar SPR
▪Tukar Alamat Mengundi
▪Daftar E Wallet
▪Pengesahan Pendapatan
▪Pengesahan Pendapatan Tanpa Slip Gaji  _(Borang PB2)_
▪Pengesahan Salinan² Dokumen

*Yuⷥsͨmⷥaͬrͯ Shͣaͨiͦkⷮ Isͭmͣaͮiͨlⷭ*
แด˜แด‡ษดสแด‡สŸแด€ส€แด€s แด‹แด€แดœษดแด›แด‡ส€ ส™แด‡ส€ษขแด‡ส€แด€แด‹
แด˜แด€ส€สŸษชแดแด‡ษด ส™แด€สแด€ษด ส™แด€ส€แดœ

Feb 17, 2020

Pemimpin yang perihatin

Adun Batu Uban YB A.Kumaresan bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pn Vasuki mengadakan lawatan ke rumah mereka yang memerlukan bantuan dalam kadun Batu Uban
#batuubanN35
#harapanbatuuban
#penang2030
#kamiprihatin
#ziarahkasih

Program Kadun Batu Maung









Perjumpaan & sessi dialog bersama peniaga-peniaga di Kompleks Makanan Bukit Gedong. Antara masalah yang diadu adalah berkenaan kebersihan, keselamatan & penyelenggaraan yang kurang baik. Jabatan² yang terlibat seperti Perlesenan & JPP MBPP akan mengambil tindakan demi keselesaan semua.

Turut bersama dalam perjumpaan tersebut Ahli Majlis MBPP En Suhairi, Penghulu DBD En Mohd Biyamin Razak, Pegawai Khas Ahli Parlimen B.Baru En Aidil Ibrahim, Peg. Khas Adun Bt Maung En Ziezull Hakim, Pegawai² dari Perlesenan En Amar, Pegawai² dari JPP En Zulkifli , MPKK Bukit Gedong Fatihah Razak, Din Izzudin & wakil² peniaga.

Feb 16, 2020

Program Kadun Batu Uban 16 Feb 2020








Pagi tadi MPKK Sungai Dua Bersama Pejabat Adun Batu Uban telah menjalankan program Jom Sihat dan Program Mencegah Kebakaran.

Alhamdulillah sambutan amamt menggalakan terutamanya dari wanita suri rumah.

Program dimulakan dengan senaman Zumba dibawah Pimpinan Tengku Ila, atas permintaan penduduk MPKK akan berusaha untuk mengadakan kelas zumba buat penduduk dikalangan wanita untuk menyertaainya di Dewan MPKK Sungai Dua.

Seterusnya YB Kumaresan Aramugam Adun Batu Uban telah merasmikan program pagi ini yang turut dihadiri Penghulu Kawasan Tn Tajuddin Ramli dan Sdr Aidil Pegawai Khas Ahli Parlimen Bayan Baru.

Tn Fadzil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama anggota telah memberikan taklimat berkenaan cara awal mencegah kebakaran dan seterusnya mengadakan demo untuk memadam kebakaran.

Bagi kanak-kanak MPKK juga telah sediakan pertandingan mewarna mengikut kategori umur 4-6thn & 7-9thn, semua kanak-kanak ini berbakat dan sukar untuk memilih juara.

Ucapan terima kasih kepada Perbadanan Pengurusan Desa Permai Indah - MC , Tabika Kemas Desa Permai Indah, Jarina Maju Mini Market,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Pejabat Adun Batu Uban, Pejabat Parlimen Bayan Baru dan petugas-petugas sukarela yang membantu menjayakan program ini.https://www.facebook.com/149979728942969/posts/572501653357439/?d=n

Program-program Kadun Pantai Jerejak Pada 15&16 Febuari 2020











1. Sesi santai bersama penduduk-penduduk Lorong Mahsuri, Pantai Jerejak di Pulau Pinang.

Alhamdulillah, tengah hari ini diluangkan dalam sesi santai bersama penduduk-penduduk Lorong Mahsuri, Pantai Jerejak di Pulau Pinang.

Pejabat DUN Saya telah menganjurkan sesi gotong royong pada sebelah pagi bagi menceriakan persekitaran dan mengurangkan risiko terkena penyakit selain mengeratkan semangat kejiranan.

Sesi santai juga diadakan bagi mendengar sendiri permasalahan penduduk. Pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pihak Bomba dan Polis Diraja Malaysia ikut hadir.

Pelbagai maklumbalas telah diterima yang merangkumi permasalahan parking, kereta usang terbiar yang tidak ditunda, kereta yang park di bahu jalan dan menyebabkan kesesakan, perniagaan tanpa permit, pembuangan sampah secara meluas, tikus di surau, isu landskap dan lain-lain.

Pegawai-pegawai agensi Kerajaan yang hadir telah memberi respon dan ambil nota untuk tindakan susulan. Sebagi ADUN Pantai Jerejak, saya juga akan meneliti semua isu yang dibangkitkan dengan dekat dan bantu cari penyelesaian.

Saya juga sempat menyampaikan sumbangan barangan dapur berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan minuman daripada Mutiara Food Bank kepada beberapa warga yang memerlukan.

InsyaAllah, saya akan memperbanyakkan program seperti ini bagi menyantuni dan menjaga kebajikan rakyat terbanyak.

2. Sesi taklimat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang mengenai Projek Tebatan Banjir Bayan Baru

Dalam jadual balik kawasan yang padat, saya sempat menerima taklimat terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang mengenai Projek Tebatan Banjir Bayan Baru yang juga akan memberi manfaat besar kepada warga Pantai Jerejak.

Projek Tebatan Banjir ini bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan yang kerap terkesan dan telah bermula sejak Oktober 2018 lagi. Saya telahpun menerima taklimat awal tahun lepas daripada kontraktor.

Taklimat hari ini bagi saya mendapat maklumbalas terkini, cabaran-cabaran yang dihadapi serta bagaimana Kerajaan boleh tolong mempermudahkan pembinaan.

Projek ini dijangka siap akhir tahun ini. Saya telah menyatakan harapan saya bahawa projek ini akan menetapi jangka masa yang diberi bagi menawarkan kelegaan dan keselesaan kepada warga Pantai Jerejak.

Saya akan meneliti dengan dekat segala perkembangan dan bantu mempermudahkan urusan. Semoga berkat usaha semua, rakyat terbanyak akan menerima manfaat.

3. Perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Program balik kawasan yang padat kali ini diakhiri dengan perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Flat 13 tingkat dan 104 unit ini siap dibina pada tahun 1996. Penduduk flat ini mengalami dua permasalahan besar, iaitu bumbung dan piping bocor yang menjejaskan kehidupan isi rumah di banyak unit.

Kos kerja-kerja pembaikan bumbung dianggarkan berjumlah RM 81,775 dan kos kerja-kerja penukaran paip dianggarkan berjumlah RM 89,000.

Disebabkan kos yang banyak, Perbadanan Pengurusan Flat Taman Mas telah mendekati pejabat DUN saya untuk nasihat dan bantuan.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui "Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang" yang bersetuju menanggung 80% daripada kos pembaikan.

Baki 20% perlu ditanggung oleh Perbadanan Pengurusan Flat. Namun begitu, setelah permohonan daripada para penduduk Flat, Pejabat DUN saya bersetuju menyumbang RM 16,355, iaitu baki 20% untuk pembaikan bumbung.

Peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pejabat DUN Pantai Jerejak ini telah mengurangkan secara signifikan kos yang perlu ditampung oleh penduduk setempat.

Sebagai ADUN Pantai Jerejak, saya akan meneruskan usaha membela dan menjaga kebajikan warga Pantai Jerejak bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Adun Pantai Jerejak
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu
Related Posts with Thumbnails