Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 7, 2009

ADUN DAP mengaku sebar SMS hina BN dalam sidang DUN

YB Koid Teng Guan (tengah)

PULAU PINANG 4 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dari DAP, Koid Teng Guan mengaku menyebarkan khidmat pesanan ringkas yang memperlekeh dan menghina Barisan Nasional (BN) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sedang rancak berjalan, Selasa lalu.

SMS yang ditulis dalam bahasa Cina yang menyeru rakyat Pulau Pinang untuk 'kebumikan' BN dan bersembahyang untuk roh mereka pada perayaan 'Qing Ming' itu dipercayai disebarkan kepada lebih 400 individu.

Bagaimanapun, beliau yang menyesali perbuatan berkenaan tidak dapat menjelaskan bilangan SMS yang dihantarnya selepas memperolehnya daripada salah seorang penyokong parti pakatan pembangkang itu.

Sehubungan itu Teng Guan membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui perbuatan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat sepertinya.

''Saya ikhlas ingin meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan menyebar SMS 'jenaka' terhadap parti politik lawan," katanya pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat DUN di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong bersama dua Naib Ketuanya, H'ng Khoon Leng dan Tan Kah Leong membuat laporan berhubung penyebaran SMS tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 9.30 malam.

Difahamkan, ADUN Sungai Pinang itu menyebarkan SMS berkenaan semasa sidang DUN sedang berjalan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abd. Hamid ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.

''Kita ada menerima laporan serta kertas siasatan juga telah dibuka dan kita akan merekodkan keterangan daripada ADUN terbabit pada bila-bila masa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi Gerakan, Dr. Thor Teong Gee menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya meminta Teng Guan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan, sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat, Teng Guan telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai etika kerana bertindak sedemikian.

"Kejadian terbaru SMS ini menunjukkan beliau tidak menumpukan perhatian kepada prosiding sidang DUN.

''Sebelum ini, beliau juga pernah 'ditangkap' menghantar soalan bertulis yang ditiru daripada bekas ADUN Datuk Keramat, maka sudah jelas ADUN Sungai Pinang ini tidak pernah insaf,'' katanya pada sidang akhbar di Bilik Pembangkang di DUN.

Dalam pada itu, Teong Gee berkata, pihaknya difahamkan bahawa Teng Guan dan Guan Eng mempunyai hubungan persaudaraan.

"Kami tidak tahu sama ada ini benar. Jika ya, mungkin Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, akan mendapati sukar untuk mengambil tindakan terhadapnya. Jika maklumat ini tidak tepat, kami harap Guan Eng akan maklumkan kepada kami," katanya



* kbbb - inilah sikap terbuka seorang pemimpin contoh yang kita mahukan, tak seperti pemimpin yang mengaku saja sentiasa Telus & Adil pada semua, tapi langsung tak mengaku walau diasak dari segenap pelusuk...jauh sekali nak letak jawatan walau dah terbukti bersalah rasuah dan bla bla bla lagi oleh badan disiplin dalaman sendiri...

Hidup Pakatan Rakyat...!!!

Related Posts with Thumbnails