Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

May 19, 2009

Pendengaran Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan ~ malaysiakini


Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Hari: Khamis

Tempat: Mahkamah Persekutuan Putrajaya

Tarikh: 21hb Mei 2009 (Khamis)

Jam: 9.00 Pagi

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

May 16, 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myanmar ~ malaysiakini

Kenyataan Akhbar
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
14 Mei 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myanmar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:

Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.


YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Dato' Seri Abdul Hadi
YB Lim Kit Siang



--
For more information, kindly visit KEADILAN trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; and latest political news and video clip: http://mediarakyat.net/. If you find them worth reading, do help us promote them to your friends.

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 12, 2009

Nizar, Menteri Besar Perak Yang Sah ~ malaysiakini

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

11 Mei 2009, Petaling Jaya- Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.

Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini untuk membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa perubahan.

ANWAR IBRAHIM

 Ketua Pembangkang


–PRESS STATEMENT FOR IMEEDIATE RELEASE–

11 May 2009, Petaling Jaya- We welcome the decision of the Kuala Lumpur High Court to declare Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful Perak Menteri Besar. He should be reinstated immediately.

The High Court's decision is a triumph of the Rule of law and affirms that the Constitution is the highest law of the land. Its ruling reasserts Constitutional provisions for the separation of powers and a delineation of the jurisdiction of the executive, legislature and the judiciary. Given this confirmation of the legitimacy of the Pakatan Rakyat government in Perak we urge that the resolutions passed by Perak State Assembly convened under the tree in Ipoh on 3rd March 2009 be respected.

After the dark and sinister events that transpired on 7th May in Perak the restoration of justice and of the principles of democracy is long overdue. For three months the people of Perak have endured the unprecedented abuse of power by the BN while the institutions of the state, the police and the mainstream media have conspired to confer legitimacy upon the sham BN administration.

We reiterate our call for the Assembly to be dissolved immediately and for the people of Perak to renew their mandate for their government at the ballot-box.

ANWAR IBRAHIM

 Leader of Opposition

- dari Anwar Ibrahim blog 

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/  

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 11, 2009

TERKINI: Datuk Seri Ir. Nizar MB Perak yang SAH..!!!


Salam Reformasi...!!!  Salam Perubahan...!!!

Berita di terima dari SMS/MKINI - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, umum Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menteri besar SAH Perak.

Berita di terima dari SMS/Adilnews.net - KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi: Nizar masih MB sah Perak. hakim Abdul Aziz kata Nizar tidak pernah hadapi undi tak percaya dalam DUN.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.



Sukaneka Islah Educare, Bayan Baru Yang ke-11 ~ malaysiakini

Antara hadiah-hadiah yang menjadi rebutan


gambar kenangan - dari kiri, Prof Madya Dr Razip, YB Halim, blogger Haby & SUK YB Dato', Sdr Zainudin.

"Guru,...pemacu insan bertakwa"..sejuk mata memandang!

Acara lari dalam guni...kuat bang!

Adik-adik berpeluang kumpulkan gula-gula, penuhkan satu beg....awas gigi!

SUK YB Dato' Zahrain berucap, bagi pihak Ahli Parlimen Bayan Baru.

YB Raveentharan, ADUN Batu Uban bersama pimpinan Islah Educare

Perbincangan antara YB Abdul Halim, Sdr Zainudin & Prof Madya Dr Razip.


Bayan Baru, 9 hb Mei 2009.

Murid-murid dan guru-guru dari Pra-sekolah Islah Educare berkesempatan mengadakan "Hari Sukaneka Islah Educare ke 11" pada hari Sabtu 9.mei.2009.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Abdul Halim bin Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama ialah YB Raventharan, Ahli Undangan Negeri Batu Uban. Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru pula diwakili oleh Setia Usaha Kerja beliau, Sdr Zainudin Hanif.

Semasa ucapan perasmian,YB Tuan Haji Abdul Halim menekankan perlunya "pendidikan awal dalam membentuk masyarakat berkualiti", beliau juga menyarankan agar Islah Educare ini diperkembangkan ke seluruh negeri Pulau Pinang. Beliau telah sudi menyumbangkan 2 buah hadiah berupa hamper untuk program ini.

Sdr Zainudin dalam ucapannya menyampaikan salam dari YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim yang tidak dapat hadir kerana berada diprogram yang lain. Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Islah Educare kerana telah berkembang maju selama 15 tahun penubuhannya.

Menurutnya, usaha mendidik anak-anak menjadi 'insan bertakwa' hendaklah disokong bagi melahirkan masyarakat yang mampu mendaulatkan Islam. Namun konsep hidup berbilang kaum hendaklah diamalkan, memandangkan Pulau Pinang ini terdiri dari masyarakat majmuk. Beliau juga menyarankan agar jiran saling kenal mengenali dan tolong menolong antara satu sama lain. YB Dato' Zahrain juga telah sudi menyumbangkan 2 buah hadiah berupa hamper.

Pada majlis tersebut kepimpinan Islah yang turut hadir ialah, pengerusinya sendiri, Prof Madya Dr Mohd Razip, Prof Dr Munirah, Prof Puan Wan Nadrah, Puan Fauziah, Puan Sharimah... & blogger Haby.


segala sumber maklumat dari blogger haby.. (Hazali bin Haji Yahaya)


May 10, 2009

KeADILan Kecam Polis Ceroboh Kemuliaan Dewan ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 8 Mei (SK) : KeADILan Selangor mengecam keras tindakan polis yang kasar dan tidak profesional dalam menangani keadaan kecoh di persidangan DUN Perak.

Ketua Penerangan KeADILan Selangor, Dr Tan Yee Kew berkata dalam kenyataan akhbar beliau hari ini bahawa polis yang bertindak seperti samseng jelas telah dipergunakan oleh Barisan Nasional sebagai alat untuk membantu mereka dalam rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak.

Sehari sebelum sidang Dun, pihak polis telah menahan lebih daripada 60 orang termasuk wakil rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat serta aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam kejadian yang berasingan.

"Kemudian polis bertindak lebih ganas setaraf samseng telah mengheret Speaker Pakatan Rakyat, YB V.Sivakumar dari tempat duduk Speaker dan keluar dari dewan," jelas Tan dalam kenyataan itu.

"Persoalannya, siapakah yang memberi arahan kepada pasukan polis untuk memasuki dewan dan menganggu persidangan dewan? Di mana letaknya kemuliaan Dewan dengan tindakan polis itu?," tanya Tan.

"Polis yang juga merupakan kakitangan awam tidak seharusnya campur tangan dalam persidangan Dun Perak. Akan tetapi, polis telah berkelakuan sebagai boneka BN untuk merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat dianggap perbuatan yang sungguh menjijikkan," kata beliau.

"KeADILan Selangor juga kecewa dengan perilaku Adun BN dalam persidangan Dun yang tidak langsung mengikuti Perlembagaan, tetapi menggunakan taktik kotor untuk mencapai matlamat," jelas Tan lagi.

Berikutan laporan polis oleh DAP Perak bahawa ADUN BEBAS Jelapang, Yee Hik Foong menggunakan sembur pemedih mata (pepper spray) ke mata Adun Aulong Yaw Tian sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu juga telah di rakamkan dalam dalam berita Mandarin 8TV jam 8 malam semalam.

Sesungguhnya, persidangan Dun tidak dapat dijalankan secara normal dalam keadaan yang kecoh seperti ini.

"Kami menyeru agar Dun Perak dibubarkan untuk diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat memilih semula wakil rakyat mereka serta mengembalikan pentadbiran negeri kepada landasan yang betul dan sah," katanya mengakhiri kenyataan akhbar beliau.


sumber dari Suara Keadilan Online.




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 7, 2009

Kibaran Bendera Tanda Protes..!!! ~ malaysiakini


Salam Reformasi..!!! Salam Perubahan Semua...!!!




Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengibarkan Bendera ' Hitam' tanda protes.


Bendera tersebut mula dikibarkan awal pagi ini.




- sumber gambar : blog N12 ADUN Penanti



* p/s - ini berikutan dari Krisis Perlembagaan yang sedang teruk dan nazak di negeri Perak dan sidang Dewan paling 'bersejarah' akan dicipta di DUN Perak hari ini.


May 5, 2009

PRESS RELEASE BERSIH ~ malaysiakini



5 May 2009

May 7th - 1BLACKMalaysia, Democracy First, Elections Now

We the Coalition for Free and Fair Elections (BERSIH) call upon all Malaysians to wear black to work, to school, in play or at home the coming May 7th (Thursday) to present "1BLACKMalaysia" to Prime Minister Najib Razak as our strongest protest to the on-going Perak coup he has orchestrated.

Despite the court's scheduled hearing on the legality of Zambry Abdul Kadil's legality as the Menteri Besar on May 5th and 6th, a sitting for the Perak State Legislature has been scheduled to begin on May 7th bypassing the speaker V. Sivakumar.

A motion has also been tabled to replace the speaker, who has vigorously defended the Legislature's rights and power throughout the coup, with R. Ganesan, a non-lawmaker from the Malaysian Indian Congress (MIC).

To prevent the public from knowing what would happen in the assembly, a "media curfew" was imposed whereby only 13 selected media outlets are granted access, on top of a general lockdown of the city of Ipoh, where the Legislature is seated. While the Zambry regime had since retracted the "media curfew" under strong public outcry, the initial move reveals a regime that fears public scrutiny.

These latest developments show total disregard of Najib Razak on rule of law and constitutional democracy in Malaysia. He has also ignored the voters' wrath on unconstitutional means of power grab, as showed in the Bukit Gantang by-election where the margin for the ousted MB Mohammad Nizar increased by over 2000 votes.

Najib's slogan: "1Malaysia, people first, performance now" is now a cruel joke on Malaysians. Is this the old "1Authoritarian-and-CorruptMalaysia" getting worse? What "people first" when people are forced to be blind, deaf, mute and immobile with the media curfew and city lockdown? What "performance now" when the "performance" in law-breaking may never be known?

In response to all these, we urge all Malaysians to wear black on May 7th. It will be a peaceful but powerful message of civil disobedience that we the people are politicians' bosses and no politicians defiant of public opinion can escape punishment at the next poll. Civil disobedience is a peaceful act that every citizen can participate and make a difference. In history, civil disobedience led by Mahatma Ghandi, Martin Luther King and the Polish people had successfully ended tyranny and injustice without bloodshed or disruption.

Let's paint every state and territory, every town and village black with our clothes, headbands, hats, turbans, veils, armbands, ribbons and stickers on that day. Let everyone see a sea of black walking into an office, a market, a mosque, a temple, a church, a college, a park, a bus, a commuter or LRT car, a ferry or an aeroplane .

Let us be united in one BLACK colour and let show the world that the 1Malaysia under Najib Razak is "1BLACKMalaysia" living in darkness.

Let's show the world that Malaysians will stand up against any invasion of democracy, freedom and peace by unscrupulous politicians. We will not allow coup be the way to power in Perak, or anywhere in Malaysia. No one shall take away our democracy, freedom and peace. Najib may hijack our unelected institutions like the judiciary, civil service, police and Election Commission, but he will never win our heart and mind. And he is no reformist until he dares to face elections in Perak.

Let us show Najib in one colour - "1BlackMalaysia!". Let us tell him in one voice for Malaysia: "Democracy First!" Let us pose him the one solution for Perak: "Elections now!"

Yes, Mr Prime Minister of Malaysia, and the World, listen to us: 1BlackMalaysia! Democracy First! Elections Now!

This statement is also endorse by Centre for Orang Asli Concerns, Centre for Plicy Intiatives (CPI) and Anwar Ibrahim Club (AIC)__._,_

.

__,_._,___




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

May 4, 2009

Operasi Pembersihan Pendatang Asing Tanpa Izin ~ malaysiakini

Salam Semua,

2.Mei.2009, Bukit Jambul, Bayan Baru,

Satu operasi bersepadu menahan dan memeriksa pendatang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Rela. Operasi telah diadakan dihadapan Kompleks Bukit Jambul.

Ramai juga pendatang telah berjaya ditahan, antaranya langsung tiada dokumen pengenalan diri dan ada yang telah tamat permit kerja tetapi masih belum kembali ke tanahair masing-masing.
Nah, macam mana kejadian seperti diatas sering dan saban hari berlaku di negara Malaysia tercinta? Adakah tidak ketat undang-undang di negara Malaysia ini..Pelikkkan..???

Semoga operasi seperti ini dapat dilakukan lagi dari masa ke semasa.

Terima kasih.
Sumbangan gambar dari :-

Hazali Bin Hj.Yahaya.




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Kenyataan Media Dr Syed Husin Ali berkenaan Kelulusan Kabel Elektrik Dasar Laut ~ malaysiakini

KENYATAAN MEDIA
30 April 2009

KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT

Parti Keadilan Rakyat merasa terperanjat kerana kelulusan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina kabel kuasa elektrik menghubungi Sarawak dengan Semenanjung bagi bekalan elektrik dari Bakun.

Kerajaan mendakwa harga kabel dan penyaluran elektrik ini lebih murah daripada menjana kebolehan (kapasiti) yang perlu di Semenanjung. Kami menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan angka-angkanya untuk diperiksa.

Selanjutnya, kami meminta Kerajaan menunjukkan di manakah EIA dan rancangan pengurusan risiko yang menjadi asas bagi membuat keputusan ini. Adakah ini satu lagi kes buat dulu kemudian keluarkan EIA?

Kami ingin bertanya: adakah Kerajaan bersedia Semenanjung terdedah kepada kemungkinan malapetaka kegagalan? Misalnya, apa akan jadi kepada kabel yang dicadangkan itu seandainya berlaku malapetaka seperti yang menimpa hubungan internet akibat gempa bumi berdekatan Taiwan pada bulan Disember 2006? Dengan internet boleh dilakukan "rerouting" (pelencongan) - bahkan inipun mengganggu internet selama beberapa minggu. Tetapi ini tidak boleh dilakukan kepada elektrik, ataupun boleh dilakuan hanya dengan harga yang mahal. Buktikan kepada kami penilaian risiko yang telah dibuat.

Kita ketahui sekarang ini rakyat Sarawak, terutama sekali mereka di kawasan pedalaman, tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup. Mengapakah mereka tidak diberi keutamaan supaya medapat bekalan elektrik yang termampu?. Menteri yang bertanggungjawab tentu menyedari tentang sentimen yang meluas bahawa Persekutuanlah yang mendapat manfaat lebih daripada sumber-sumber hasil Sarawak. Kami yakin rakyat di Persekutuan pun mahu rakyat Sarawak mendapat manfaat utama dari Bakun. Kami tidak ingin melihat keadaan berterusan manakala orang kampung terpaksa membayar sampai RM60 sebulan bagi bekalan elektrik kira-kira 4 jam sehari saja.

Akhirnya, ada beberapa kenyataan ganjil yang dilaporkan oleh media. Akhbar The Star melaporkan menteri berkenaan menyatakan Semenanjung akan diberi bekalan sebanyak 10,000 megawatt. Bagaimana ini boleh berlaku manakala Bakun hanya boleh menjana 2,400 megawatt?



DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, PKR

__________________________________________________________________________________________


MEDIA STATEMENT
30 April 2009

APPROVAL OF UNDERSEA POWER CABLE

Parti Keadilan Rakyat is shocked by the recent government approval of undersea cable linking Sarawak with the Peninsula and elsewhere for power supply from the Bakun dam.

The Government asserts it will be cheaper to have the cables and transmission than to build the necessary generating capacity in the peninsula. We urge the government to produce the figures for public examination.

Further we would like the Government to show: where is the EIA and the risk management plan on which the decision to go ahead was based? Is this yet another case of do first and EIA afterwards?

We wish to ask: Is the government prepared to expose the peninsula to potentially catastrophic failure? For instance, wouldn't there be catastrophic consequences if something similar to what happened to internet connections at the end of December 2006 as a result of an earthquake off Taiwan were to happen with the proposed cables? While there can be re-routing with the internet -- and even then there was severe disruption that lasted for weeks -- there cannot be with electricity, or not without extremely expensive redundancy. Show us the risk assessment.

Given the totally inadequate provision of electricity to the people of Sarawak, especially in the rural areas, shouldn't the first priority be to make sure that every household in Sarawak has access to affordable electricity supply? The Minister responsible is surely familiar with the widespread sentiment amongst Sarawakians that the peninsula benefits unfairly from the resources of Sarawak. We are certain that the people of the peninsula want Sarawakians to be the first beneficiary of Bakun. We do not want the situation to continue where poor rural folk have to pay RM60 a month for something like 4 hours of electricity a day.

Finally, there are some strange statements in the reports. For instance, The Star reported the Minister concerned as saying that the peninsula will be supplied with 10,000 megawatts. How can that be when Bakun has a rated generating capacity of 2,400 megawatts?



DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, PKR




--
For more information, kindly visit KEADILAN trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; and latest political news and video clip: http://mediarakyat.net/. If you find them worth reading, do help us promote them to your friends.




--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 29, 2009

Dr. Mansor Othman Sebagai Calon PKR Di N.12 Penanti ~ malaysiakini

– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KeADILan bagi kawasan Penanti pada pilihan raya kecil pada 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KeADILan Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KeADILan Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KeADILan. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

MB Selangor Saman SPRM & Kerajaan Malaysia ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 APRIL (SK) - Menteri Besar Selangor memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said berikutan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Saman berkenaan telah difailkan melalui peguamnya, Sankara N Nair dari Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam writ saman berkenaan, Abdul Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar yang disiarkan pada yang dibuat Ahmad Said pada 21 Februari 2009, yang bertajuk "There is evidence Khalid misused powers" yang ditulis oleh Audrey Dermawan dan diterbitkan The New Straits Times di mukasurat dua akhbar terbabit.

Menurut Sankara Nair, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.

"Oleh itu kita dapati mereka telah melanggar akta tersebut," kata Sankara mengenai tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mendakwa anak guamnya merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah.

Dalam artikel berkenaan, Ahmad Said telah mendakwa Abdul Khalid telah terlibat dengan salah laku dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Sankara menambah, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.

"Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guam saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau," katanya.



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 24, 2009

Press Statement By Dr Syed Husin Ali On PM's Move To Liberalise 27 Services Sub-Sectors ~ malaysiakini

Press Statement
24 April 2009


LIBERALISATION MOVE RAISES QUESTIONS

PM Najib Razak's announcement on the moves to liberalise the 27 services sub-sectors raise a number of basic questions.

Firstly, what does he really mean by "liberalization"? Is it merely confined to the lifting of 30% bumiputera equity? What are the efforts for socio-economic upliftment of the poor and marginalized from all ethnic groups? In this connection what does liberalization of the health and social services imply? Najib needs to explain this very clearly because liberalization is closely related to privatization. Health is one of the key social services that can be used by a responsible government to promote and preserve the welfare of the people at large. It should never be privatized.

Secondly, in the context of globalization - which is often seen as a new form of neo-colonialism underpinned by the free market system - the processes of liberalization, deregulation and privatisation are closely interlinked. Does this mean the denial of the role of the state? With the serious recessions now being experienced in the West, isn't free market and neo-liberalism already found wanting? Can these processes guarantee greater welfare for the ordinary people? Or will they only further the interests of big businesses from the global capitalist centres and the local counterparts that collaborate with them?

Thirdly, Najib hopes that his liberalization move will improve Malaysian international economic competitiveness which has been sliding over the past few years. But is competitiveness the only or main thing? Is it useful to have improved competitiveness if it does not guarantee greater benefits to the workers, farmers and other low income groups, but instead create concentration of wealth, wider socio-economic gaps and worsening of comparative poverty?

Finally, Najib seems to assume that with his liberalization move there will be more inflow of foreign direct investments. This need not necessarily happen. Isn't the Prime Minister aware that many negative factors, such as chronic corruption and absence of independent judiciary, together with constant violations of basic human rights can drive away potential investors? Furthermore, why should there be such obsession on the FDI for growth and development? Why don't we draw lessons from those developing and developed countries that have managed to industrialise and develop by depending more on the mobilization of domestic capital?



Dr Syed Husin Ali
Deputy President
Parti Keadilan Rakyat




--
For more information, kindly visit KEADILAN trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; and latest political news and video clip: http://mediarakyat.net/. If you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
For more information, kindly visit KEADILAN trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; and latest political news and video clip: http://mediarakyat.net/. If you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 21, 2009

Kenyataan Media Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali Berkenaan Pilihan Raya Kecil Penanti ~ malaysiakini

Kenyataan Media
20 April 2009


KEDUDUKAN FAIRUS DAN PILIHAN RAYA KECIL PENANTI

Bekas TKM 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dengan rasminya telah melepaskan kerusinya sebagai ADUN Penanti. Keputusan ini dibuat olehnya sendiri.

Beliau membuat keputusan ini pada awal pagi 16hb April berikutan perbincangannya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu selepas tamat mesyuarat Biro Politik sebelum tengah malam 15hb April.

Speaker DUN Pulau Pinang telahpun menyerahkan surat Fairus kepada pihak SPR. Kami berharap SPR akan bertindak secara profesional mengikut undang-undang dan tidak terpengaruh oleh sikap sesetengah pihak berkuasa yang seolah-olah cuba hendak mengelak pilihan raya kecil dari diadakan.

Umno berhak untuk tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Penanti yang sepatutnya diadakan tidak lama lagi. Mungkin Perdana Menteri dan Umno bimbang kalah dan lebih bimbang lagi jikalau kalah dengan perbezaan undi lebih besar. Kami mengalu-alukan sekiranya Umno memutuskan tidak akan bertanding.

Pucuk pimpinannya boleh memberikan sebarang alasan yang disukainya untuk tidak menyertai pilihan raya kecil ini. Tetapi, kenapa soal pembaziran baru sekarang ditimbulkan, pada hal kerajaan Umno-Bn tidak habis-habis membazirkan wang rakyat? Mengapa soal main politik ditimbulkan sekarang pada hal pemimpin-pemimpin Umno-Bn tidak sudah-sudah bermain politik melalui media yang mereka kuasai?

Akhir sekali, bagi pihak KeADILan saya meminta YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media tentang kes Fairus ini. Ia hanya menguntungkan pihak lawan PAKATAN RAKYAT. Hari ini Anwar dan Lim telah sempat berbual dan saya percaya semua kekeliruan telah mereka selesaikan.

Marilah semua parti, pemimpin dan ahli dalam PAKATAN bersatu untuk memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya kecil Penanti jika diadakan.


Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat.



--
For more information, kindly visit KEADILAN trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; and latest political news and video clip: http://mediarakyat.net/. If you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 20, 2009

Rasuah Dan Komisyen Bukan Satu Pembaziran? ~ malaysiakini

oleh Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 20 April (SK) : Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengulas kenyataan kebelakangan ini media arus perdana Umno-Barisan Nasional tidak henti-henti menyiarkan berita yang berkemungkinan bahawa tidak akan ada pertandingan dalam pilihan raya kecil Dun Penanti.

Alasan yang diberi Perdana Menteri Najib Razak kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat.

Anwar berkata dalam kenyataan beliau hari ini bahawa gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihan raya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta.

"Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera," tegas Anwar.

Menurut blog beliau, isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya sedikit masa lagi.
"InshaAllah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya," kata beliau.

"Maka seandainya Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calon," tambah Anwar.

"Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara," kata beliau lagi.

"Saya tertanya-tanya apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?," tanya Anwar.

- sumber dari : Suara Keadilan Online.

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails