Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

May 11, 2009

Sukaneka Islah Educare, Bayan Baru Yang ke-11 ~ malaysiakini

Antara hadiah-hadiah yang menjadi rebutan


gambar kenangan - dari kiri, Prof Madya Dr Razip, YB Halim, blogger Haby & SUK YB Dato', Sdr Zainudin.

"Guru,...pemacu insan bertakwa"..sejuk mata memandang!

Acara lari dalam guni...kuat bang!

Adik-adik berpeluang kumpulkan gula-gula, penuhkan satu beg....awas gigi!

SUK YB Dato' Zahrain berucap, bagi pihak Ahli Parlimen Bayan Baru.

YB Raveentharan, ADUN Batu Uban bersama pimpinan Islah Educare

Perbincangan antara YB Abdul Halim, Sdr Zainudin & Prof Madya Dr Razip.


Bayan Baru, 9 hb Mei 2009.

Murid-murid dan guru-guru dari Pra-sekolah Islah Educare berkesempatan mengadakan "Hari Sukaneka Islah Educare ke 11" pada hari Sabtu 9.mei.2009.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Abdul Halim bin Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama ialah YB Raventharan, Ahli Undangan Negeri Batu Uban. Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru pula diwakili oleh Setia Usaha Kerja beliau, Sdr Zainudin Hanif.

Semasa ucapan perasmian,YB Tuan Haji Abdul Halim menekankan perlunya "pendidikan awal dalam membentuk masyarakat berkualiti", beliau juga menyarankan agar Islah Educare ini diperkembangkan ke seluruh negeri Pulau Pinang. Beliau telah sudi menyumbangkan 2 buah hadiah berupa hamper untuk program ini.

Sdr Zainudin dalam ucapannya menyampaikan salam dari YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim yang tidak dapat hadir kerana berada diprogram yang lain. Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Islah Educare kerana telah berkembang maju selama 15 tahun penubuhannya.

Menurutnya, usaha mendidik anak-anak menjadi 'insan bertakwa' hendaklah disokong bagi melahirkan masyarakat yang mampu mendaulatkan Islam. Namun konsep hidup berbilang kaum hendaklah diamalkan, memandangkan Pulau Pinang ini terdiri dari masyarakat majmuk. Beliau juga menyarankan agar jiran saling kenal mengenali dan tolong menolong antara satu sama lain. YB Dato' Zahrain juga telah sudi menyumbangkan 2 buah hadiah berupa hamper.

Pada majlis tersebut kepimpinan Islah yang turut hadir ialah, pengerusinya sendiri, Prof Madya Dr Mohd Razip, Prof Dr Munirah, Prof Puan Wan Nadrah, Puan Fauziah, Puan Sharimah... & blogger Haby.


segala sumber maklumat dari blogger haby.. (Hazali bin Haji Yahaya)


1 comment:

cu tok Merah... said...

Salam semua,

"Selamat hari guru"!!!...teringat guru guru yang pernah mendidik semasa dibangku sekolah!,
...Cekgu apa khabar?, sekarang ni dah banyak cekgu yang sokong pakatan!.....banyak dah tukar selera....tahniah!!!!

Related Posts with Thumbnails