Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

May 10, 2009

KeADILan Kecam Polis Ceroboh Kemuliaan Dewan ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 8 Mei (SK) : KeADILan Selangor mengecam keras tindakan polis yang kasar dan tidak profesional dalam menangani keadaan kecoh di persidangan DUN Perak.

Ketua Penerangan KeADILan Selangor, Dr Tan Yee Kew berkata dalam kenyataan akhbar beliau hari ini bahawa polis yang bertindak seperti samseng jelas telah dipergunakan oleh Barisan Nasional sebagai alat untuk membantu mereka dalam rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak.

Sehari sebelum sidang Dun, pihak polis telah menahan lebih daripada 60 orang termasuk wakil rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat serta aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam kejadian yang berasingan.

"Kemudian polis bertindak lebih ganas setaraf samseng telah mengheret Speaker Pakatan Rakyat, YB V.Sivakumar dari tempat duduk Speaker dan keluar dari dewan," jelas Tan dalam kenyataan itu.

"Persoalannya, siapakah yang memberi arahan kepada pasukan polis untuk memasuki dewan dan menganggu persidangan dewan? Di mana letaknya kemuliaan Dewan dengan tindakan polis itu?," tanya Tan.

"Polis yang juga merupakan kakitangan awam tidak seharusnya campur tangan dalam persidangan Dun Perak. Akan tetapi, polis telah berkelakuan sebagai boneka BN untuk merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat dianggap perbuatan yang sungguh menjijikkan," kata beliau.

"KeADILan Selangor juga kecewa dengan perilaku Adun BN dalam persidangan Dun yang tidak langsung mengikuti Perlembagaan, tetapi menggunakan taktik kotor untuk mencapai matlamat," jelas Tan lagi.

Berikutan laporan polis oleh DAP Perak bahawa ADUN BEBAS Jelapang, Yee Hik Foong menggunakan sembur pemedih mata (pepper spray) ke mata Adun Aulong Yaw Tian sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu juga telah di rakamkan dalam dalam berita Mandarin 8TV jam 8 malam semalam.

Sesungguhnya, persidangan Dun tidak dapat dijalankan secara normal dalam keadaan yang kecoh seperti ini.

"Kami menyeru agar Dun Perak dibubarkan untuk diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat memilih semula wakil rakyat mereka serta mengembalikan pentadbiran negeri kepada landasan yang betul dan sah," katanya mengakhiri kenyataan akhbar beliau.


sumber dari Suara Keadilan Online.




--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

DAN YANG PALING TERKINI... layarilah http://n12adunpenanti.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails