Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Apr 20, 2009

Rasuah Dan Komisyen Bukan Satu Pembaziran? ~ malaysiakini

oleh Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 20 April (SK) : Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengulas kenyataan kebelakangan ini media arus perdana Umno-Barisan Nasional tidak henti-henti menyiarkan berita yang berkemungkinan bahawa tidak akan ada pertandingan dalam pilihan raya kecil Dun Penanti.

Alasan yang diberi Perdana Menteri Najib Razak kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat.

Anwar berkata dalam kenyataan beliau hari ini bahawa gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihan raya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta.

"Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera," tegas Anwar.

Menurut blog beliau, isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya sedikit masa lagi.
"InshaAllah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya," kata beliau.

"Maka seandainya Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calon," tambah Anwar.

"Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara," kata beliau lagi.

"Saya tertanya-tanya apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?," tanya Anwar.

- sumber dari : Suara Keadilan Online.

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails