Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Apr 8, 2009

Pilihan Raya Kecil Satu Referendum Dan Mesej Jelas Rakyat Mahukan Perubahan ~ malaysiakini

dari Suara Keadilan Online : Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 8 April (SK): Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan 'Perubahan' yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata demikian di sidang akhbar yang berlangsung di Ibupejabat KeADILan, Petaling Jaya hari ini dengan penuh semangat bahawa tiga pilihan raya kecil ini menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.

"Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai kerana sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan," kata Anwar.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini dengan kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

Sementara itu, kemenangan Nizar Jamalauddin di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai pula, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak.

"KeADILan dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak," tegas Anwar.

Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.

"Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa perubahan bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air," tambah beliau.

Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum.

"Mereka berkata, Umno telah membuat kesilapan pada masa lalu dan ia kini harus diberi peluang di bawah kepimpinan Najib, mereka membawa balik Dr Mahathir itulah masalahnya," kata Anwar di sidang akhbar pagi ini.

"Mereka mengutarakan konsep perpaduan Najib - Satu Malaysia - di samping isu Ketuanan Melayu, namun semua kempen tersebut tidak berhasil," tempelak Anwar.

Beliau menegaskan supaya Najib mesti bersedia menerima hakikat bahawa gesaannya untuk perubahan dan pembaharuan telah gagal.

"Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat Pakatan Rakyat dari menunaikan janji yang telah diberikan serta tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat," jelas Anwar dalam kenyataan beliau.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini," kata anwar mengakhiri sidang akhbar beliau hari ini.



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan blogger pro-reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


http://paksuper.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails