KUALA LUMPUR, 27 APRIL (SK) - Menteri Besar Selangor memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said berikutan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Saman berkenaan telah difailkan melalui peguamnya, Sankara N Nair dari Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi.
Dalam writ saman berkenaan, Abdul Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar yang disiarkan pada yang dibuat Ahmad Said pada 21 Februari 2009, yang bertajuk "There is evidence Khalid misused powers" yang ditulis oleh Audrey Dermawan dan diterbitkan The New Straits Times di mukasurat dua akhbar terbabit.
Menurut Sankara Nair, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.
"Oleh itu kita dapati mereka telah melanggar akta tersebut," kata Sankara mengenai tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mendakwa anak guamnya merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah.
Dalam artikel berkenaan, Ahmad Said telah mendakwa Abdul Khalid telah terlibat dengan salah laku dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.
Sankara menambah, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.
"Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guam saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau," katanya.
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers pro-reformasi di..
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
http://007malaya.blogspot.com/
http://chetokun.blogspot.com/
http://paksuper.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
1 comment:
kyrie shoes
jordan shoes
michael kors handbags outlet
nike sneakers
adidas stan smith
yeezy boost 500
supreme
christian louboutin shoes
birkin bag
kobe basketball shoes
Post a Comment