Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jun 24, 2026

Jentera Batu Maung siap siaga hadapi PRU






Perjumpaan Jentera Pilihan Raya DUN Batu Maung (N.37) Parlimen Bayan Baru telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

Turut hadir memberikan amanat dan kata-kata semangat ialah Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, selaku Timbalan Pengarah JPRN Pulau Pinang merangkap Ketua Operasi Pilihan Raya Negeri P.Pinang serta mantan ADUN Batu Maung. Kehadiran beliau telah menyuntik motivasi dan keyakinan kepada seluruh jentera yang hadir.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Pengarah Pilihan Raya Bayan Baru, Sdr. Aidil Ibrahim Mafi,  Pengarah Pilihan Raya DUN Batu Maung, Sdr. Anuar Achik, Ketua Wanita Bayan Baru, Sdri. Rodziah Kassim serta Ketua AMK Bayan Baru, Sdr. Faris .

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jentera DUN Batu Maung atas komitmen, kesungguhan dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan. Lebih membanggakan, DUN Batu Maung telah mencipta sejarah sebagai jentera pertama yang berjaya menganjurkan pertemuan seumpama ini dengan kehadiran yang amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan kesiapsiagaan dan kesatuan yang kukuh dalam menghadapi cabaran PRU16.

Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi memastikan gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan cemerlang ke arah mencapai kemenangan yang dihasratkan.


https://vt.tiktok.com/ZSC8oUf9o/




No comments:

Related Posts with Thumbnails