Salam Reformasi semua...
Kelmarin petang, Rabu 27hb Mei 2009, sekitar jam 6 petang, Naib Ketua 1 Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bayan Baru, Sdr. Mohd Yusoff Bin Hashim telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Lam Wah Ee di Batu Lanchang, Pulau Pinang. Beliau telah disahkan menghidap radang batu karang.
Pada jam 10 malam, saya telah menghantar SMS untuk bertanyakan khabar beliau dari hospital dan telah dimaklumkan bahawa " baru abis sahaja tembak laser & esok mungkin dah boleh keluar... " iaitu baru selesai sudah dari bilik pembedahan.
Pihak Angkatan Muda, komiti KeADILan Bayan Baru Blogspot (KBBB) serta Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang (Unit Ehsan) telah merancang pada mulanya malam semalam, ingin melakukan satu sesi Ziarah ke atas Sdr. Mohd Yusoff di hospital pada petang hari ini, namun telah dimaklumkan sendiri oleh pesakit, bahawa beliau akan "discharge", keluar dan telah dibenarkan pulang dari hospital pada tengahari tadi.
Kini beliau sedang berada di kampung halaman di Kulim, Kedah dan berehat beberapa hari setelah diberikan cuti sakit oleh pihak hospital.
Sdr. Mohd Yusoff juga yang selama ini aktif hanya sebagai 'komentar' - pemberi komen dalam blog-blog rakan Pakatan Rakyat, baru sahaja bergelar 'blogger' beberapa hari yang sudah dan blog beliau baru sahaja menyiapkan posting ke-2 mengenai isu semasa yang sedang 'hangat' di N.12 Penanti sebelum dimasukkan ke hospital.
Pihak kami mendoakan semoga kesihatan beransur pulih dan semoga cepat sembuh kepada Naib Ketua 1 AMK Bayan Baru.
Sekian,
Editor KBBB,
Hijat Panjang.
5 comments:
komen dari Perisik-Rakyat YahooGroups... - SAYA MENDOAKAN SEMOGA SDR MOHD YUSOF CEPAT SEMBUH INSYA-ALLAH..
Salam,
Semoga cepat sembuh...banyakkan bersabar atas dugaan ini!
usop....usop...siannya aku dengar hg sakit...muda2 dah sakit...bujang2 dah sakit...tu la nasihat aku hg tak mau dengaq...aku suruh kahwin cepat...air dok tendang kepala lama2...sebab tu dia sakit...aku cadangkan hg kahwin 3 serentak buat 3 sekali...USOP, HIJAT DAN ZUL MAMAK...macam gambar bujang lapok..semoga cepat sembuh usop...
Salam Semua,
Din....yang hang dok panggil depa menikah serentak ....nak sponser ka?
Zul mamak kata kalau nak sponser dia akan cepatkan!
Hijat dan Usop depa ni kena bagi baik dulu...mereka ni berpenyakit dalaman!...tak gitu ?
salam din binjai...
terima kasih kerna cadangan sebernas beras bernas...kalau ada sapa2 nak sponsor kenduri 3 serangkai kami..Alhamdulillah diucapkan...!!!
salam cu tok merah...
bukan setakat kami ni yg bujang2 pakat2 sakit dalaman...tapi memang makan 'dalam' oooo....hehehehehe...
Post a Comment