Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Apr 3, 2009

Saifuddin : Akan ada kejutan besar esok ~ malaysiakini

Oleh: Rusnizam Mahat.

KUALA LUMPUR, 3 APRIL (SK) - PENGARAH Strategi keADILan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihan raya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.

Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK, Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

"Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihan raya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda," katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata 'tunggu sehingga esok'.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

"Yang pasti kejutan ini akan memberi 'nilai tambah' kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihan raya kecil ini," katanya.

sumber : Suara Keadilan Online.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 2, 2009

Program Kempen Di Rumah Panjang Nanga Kesit ~ malaysiakini

Pagi tadi sekitar jam 8.45, saya hadhir di sidang akhbar di Pasar Lubok Antu. Dalam menjawab soalan para wartawan, saya tegaskan bahawa perubahan mesti dilakukan demi rakyat Sarawak.

Seharusnya kita terkesan dengan keluhan tuai Rumah Panjang Nanga Kesit betapa mereka, meski pun menyokong kerajaan dipinggirkan sepanjang pemerintahan BN selama berpuluh tahun. Jelas, wujud ketempangan dari sudut dasar pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Semalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.

Sebelum itu, kami berkunjung ka Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.

Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.

Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM


dari blog Anwar Ibrahim.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Surat Pimpinan Pakatan Rakyat Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong ~ malaysiakini

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

Apr 1, 2009

Timbalan Presiden: 2 Calon BEBAS Bukan Ahli KeADILan ~ malaysiakini

dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali menjelaskan kedudukan dua calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Bukit Selambau yang sebelum ini dikaitkan dengan parti itu.


Katanya calon bebas Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian KeADILan Baling namun setahun dahulu, beliau dipecat dari berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.

"Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KeADILan" kata Dr Syed dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mengenai A. Jayagopal katanya yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh Lembaga Displin Parti.

"Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi KeADILan, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan.

"Jadi sekarang beliau tidak ada kaitan dengan KeADILan" katanya. - azm



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 31, 2009

Kenyataan Media : Suara Keamanan ganti Suara Keadilan ~ malaysiakini

Kenyataan Media
31 Mac 2009

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan

Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.

Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.


Jabatan Editorial Suara Keamanan


--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 29, 2009

Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK N.25 Bukit Selambau ~ malaysiakini

seorang penyokong PR yang sedang memikirkan samada ingin membantu calon BEBAS..

sempoi lahh..

AMK Bayan Baru yang turut hadir..

Salam Reformasi...!!!

keADILan Bayan Baru bersama menyertai penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk negara membanjiri kawasan Pusat Penamaan Calon PRK N.25 Bukit Selambau pagi ini hingga tengahari di Sungai Petani, Kedah.

Konvoi 8 buah kereta dari Bayan Baru Pulau Pinang bertolak pada jam 6:25 pagi dari perkarangan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru diketuai oleh YB Sim Tze Tzin dan Sdr Tan Seng Keat selaku Timbalan Ketua Bahagian Bayan Baru.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Nizar : Pilihan Raya Kecil kali ini Istimewa.. ~ malaysiakini

SIMPANG, 28 Mac (SK) : Calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru supaya rakyat Bukit Gantang meluahkan perasaan melalui peti undi pada 7 April ini.

"Pilihan raya di Bukit Gantang pada kali ini agak 'special' berbanding pilihan raya di Permatang Pauh kerana rakyat di Bukit Gantang masih segar dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional pada 5 Februari lalu, ianya merupakan satu insiden yang besar sekaligus dapat mengubah landskap Bukit Gantang dan seluruh negeri Perak amnya," kata beliau.

Tragedi yang memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia ini merupakan satu kebangkitan oleh rakyat Malaysia khususnya rakyat Bukit Gantang yang dahagakan keadilan dimana ianya dapat diterjemahkan melalui peti undi.

Menurut beliau lagi, selama 50 tahun BN memerintah negara ini, mereka telah banyak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Justeru, beliau menyeru supaya rakyat Bukit Gantang bertungkus lumus untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini dengan cara keluar mengundi pada 7 April nanti sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar bagi penduduk Bukit Gantang.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan merasmikan tapak Ekspo Rakyat di Dataran Nik Aziz, Jalan Kuala Kangsar-Simpang semalam.

Pelbagai jualan terdapat di Expo ini. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi membantu usahawan-usahawan kecil ini.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 27, 2009

Um, No Change... ~ malaysiakini

From The Economist

Malaysia's ruling party chooses a new leader, but not a new direction

PARTY conferences are seldom thrilling but this week's gathering of over 2,500 ruling-party faithful in Malaysia's capital, Kuala Lumpur, has the eyes of the nation upon it. For, as the United Malays National Organisation goes, so goes the country.

Since Malaysia's independence from Britain in 1957, UMNO's chosen leader has always become the country's leader. This year the torch is passing from Abdullah Badawi, the prime minister, to Najib Razak, his deputy, who is standing uncontested as UMNO leader and due to be sworn in as Malaysia's sixth prime minister next week.

But his ascension to the top has its difficulties. A resurgent opposition is riding a wave of discontent as the country slides into recession. Some types of old-fashioned repression, like the decision to suspend two opposition newspapers, no longer work in a digital age. The party is widely seen as corrupt and self-serving. Its record on economic growth and maintaining order still attracts support from older Malaysians but counts for much less with younger voters. Everyone in UMNO agrees that trouble lies ahead.

Can it be averted? Mr Najib talks of "massive changes". But Malaysians have heard it all before, most recently in March 2008, after UMNO's dreadful showing in a parliamentary election. The spasm of introspection soon turned into a blame game and Mr Badawi was forced to say he would resign. The ensuing scramble for positions in UMNO has done little to change a widespread view that the party has been in power too long. The only person willing to stand against Mr Najib, the consummate insider, was Razaleigh Hamzah, a veteran outsider. Such a contest might have produced a debate about the party's direction. Instead, Mr Razaleigh's candidacy was quashed by party chiefs.

The underlying problem—for UMNO and Malaysia—is, to use the favoured euphemism, "money politics", meaning backhanders paid for public-sector contracts or, where UMNO is concerned, seats at the high table. On March 17th the party's disciplinary board said it had found 15 members guilty of money politics. They included Ali Rustam, chief minister of Malacca state, who was campaigning to become deputy party leader. He was duly disqualified. (The results of the polling for senior positions were due to be announced on March 26th.) Mr Rustam did not, however, step down as chief minister, nor is he facing criminal charges. Such episodes make talk of reform ring hollow. For all his fumbling, Mr Badawi seemed to recognise this. It is unclear whether anyone in the new ruling circle does.

- sumber : Anwar Ibrahim Blog

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 26, 2009

Lainnya Pokok Ara...di Sungai Ara..!!! ~ malaysiakini!


Salam Semua,

Pernahkah anda terlihat kelibat pokok ini ?

Jika pernah dan jarang mengambil tahu, biarlah saya ceritakan sedikit tentangnya, pokok ini adalah pokok yang hebat.

Pokok ini dikenali sebagai pokok buah Tiin, pokok Ara atau nama saintifiknya moranyis (ficus carica).

Didalam kitab suci Al-Quran, Allah nukilkan dan bersumpah dengan nama pokok ini..dalam Surah AT TIIN.

Jikalau anda singgah di Masjid Al Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang, anda berpeluang melihat secara dekat pokok ini, ianya ditanam diperkarangan tempat meletak kereta masjid.
Apa yang menariknya pokok ini telah hidup segar dan berbuah dengan lebat sekali. Ianya telah ditanam oleh Tuan Haji Ahmad dan pokok ini baru berusia 2 tahun lebih. Saya ada bertanyakan dengan seorang anak muda, bernama Akmal...yang sama berkesempatan merasa buah yang telah masak..sambil menggeleng kepala..katanya "tak macam
yang dibawa dari Mekah"...mungkin buah ini sesuai dikeringkan dahulu!

Apabila soalan rasa, diajukan kepada seorang haji...katanya "buah apa pun kalau mula berbuah kerap tak berapa baik...tunggulah bila pokok cukup matang, pokok durian juga begitu" tambahnya yang bekerja sebagai bekas buruh ladang peninggalan penjajah..

"Dalam setahun dua tak dapatlah kita menilai pokok itu"...kita harus bersabar, jangan diapakan ..." begitulah kata-kata orang lama...mendalam dan penuh makna.

Antara kebaikan buah tiin ini ialah :-

a) Dapat menyembuhkan penyakit buasir.
b) Menyembuhkan penyakit Gout dan penyakit tulang.
c) Mengurangkan kolesterol.
d) Batuk berpanjangan.
e) Melawaskan kencing

Akhirnya kesimpulan dan Intisari Surah At TIIN..

"Allah menciptakan manusia terbaik rohani dan jasmani, tetapi menukarkannya kepada yang paling hina, kecuali yang beriman dan beramal soleh dan juga Allah tekankan yang ia adalah
hakim yang maha adil.

Hasil Nukilan,

HAZALI HJ YAHAYA
BAYAN BARU.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 25, 2009

Kenyataan Media Pengerusi Perhubungan PKR Kedah berkenaan Ceramah Sungai Petani

Siaran Media
24 Mac 2009

BN Masih Tidak Berubah Sikap

Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

"Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah."

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

"Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?"

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

"Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau."

"Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah." (tamat)



BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT


--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.


--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Police fire tear gas at Anwar, PAS picks Ir. Nizar for Bukit Gantang ~ malaysiakini

By Wong Choon Mei

PAS has selected Perak Pakatan Rakyat Menteri Besar Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin to contest the Bukit Gantang by-election, while further north in Bukit Selambau, Kedah, police used tear gas and water canons to break up a peaceful crowd that had come to hear Opposition Leader Anwar Ibrahim speak.

The unnecessarily tough police action has further spurred speculation that the charismatic reform icon might soon be arrested, as incoming premier Najib Abdul Razak resorts to repressive means to tighten his grip on power.

"This is downright disgusting behaviour. The police have no call to treat civilians like that," said KeADILan information chief Tian Chua.

"Sadly, it is consistent with the powers that be and we are afraid, like everyone else in the nation, that Umno-Barisan Nasional under Najib will be extremely insecure and resort to harsh action at any sign of dissent."

Meanwhile, in Perak, the well-liked 52-year old Nizar was chosen from a short-list of four candidates by his PAS party. He has impressed Perakians and Malaysians nation-wide with his steady demeanour following the controversial power grab by the Umno-BN early last month.

Nizar will face Umno's Ismail Saffian, the 49-year old former Bukit Gantang Umno information chief in the contest. Nomination day is on Mar 29 and polling on Apr 7.

The parliamentary seat fell vacant following the untimely death of PAS leader Roslan Shahrum. The late Roslan had beaten Umno's Azim Zabidi by 1,566 votes polling 20,015 votes against 18,449 in the March 2008 general elction.

Rumours that Anwar may be arrested

Meanwhile, at Bukit Selambau in Kedah, police fired round after round of tear gas and chemical-laced water into a crowd of more than 5,000 who had gathered a public field nearby to the KeADILan operations centre to listen to Anwar's political lecture.

Anwar first hit the campaign trail for the three by-elections in Bukit Gantang in Perak, Bukit Selambau in Kedah and Batang Ai in Sarawak last week.

The ceramah began at 9.30 pm and according to eyewitnesses, police set off tear gas canisters and sprayed jets of chemical-laced water into the crowd just as Anwar was about to speak.

Party members quickly ushered him to a safe room in the KeADILan building, where he and other leaders were forced to stay locked up until the police departed at about 11 pm.

Political watchers believe that Anwar's Pakatan will easily win in both Kedah and Perak, although they reserved judgement on Batang Ai until the picture was clearer.



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Siaran Media Berkenaan Isu Gantung SK dan Harakah ~ malaysiakini

Siaran Media
24 Mac 209

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukkan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, penggantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

"Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat," jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan penggantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

"Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

"Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat," katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 21, 2009

Calon PRK Bukit Selambau, KeADILan ketengahkan bakat muda ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 21 MAC (SK) - PEMILIHAN S Manikumar sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau menunjukan komitmen parti ini untuk menonjolkan bakat muda untuk memimpin rakyat.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pemilihan Manikumar adalah satu pilihan terbaik dari parti dan ini adalah kepercayaan parti terhadap orang muda.

"Calon yang dipilih oleh pimpinan adalah calon yang layak, muda serta berpendidikan, kami percaya beliau mampu membawa pembaharuan kepada rakyat Bukit Selambau dan seluruh negeri Kedah,"katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar - usahawan tempatan yang berusia 35 tahun sebagai calon KeADILan, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Manikumar yang menyertai KeADIlan semenjak dua tahun lalu merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.

Beliau yang juga pensyarah sambilan UUM itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, turut menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Shamsul menambah, sebagai pemimpin Angkatan Muda, sayap pemuda bagi KeADILan, beliau menyokong penuh dan akan memastikan seluruh jentera membantu kemenangan Manikumar.

Sementara itu, Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli berkata pemilihan Manikumar tidak akan mendapat tentangan dari pihaknya dan seluruh Angkatan Muda negeri.

"Kami menerima keputusan parti untuk memilih Manikumar sebagai calon serta akan memastikan jentera bekerja untuk kemenangan KeADILan di Bukit Selambau," katanya kepada Suara Keadilan pagi ini.


- sumber dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 19, 2009

Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Untuk N25 Bukit Selambau ~ malaysiakini

Tuan/Puan,

Harap maklum bahawa satu majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat akan diadakan di tempat, masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 20hb Mac, 2009 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

Pengumuman akan dibuat sendiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti.

Semua media dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut

Terima kasih.




SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah Pilihan Raya Kecil
N25 Bukit Selambau

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 14, 2009

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH.



TUAN /PUAN ,


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AL-ITTIFAQ, SUNGAI NIBONG KECIL, BAYAN BARU, PULAU PINANG.


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas .


2. Dimaklumkan bahawa JKKK Sungai Nibong Kecil dengan kerjasama Khariah Masjid Al-Ittifaq akan menganjurkan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, nabi junjungan kita.


3. Dengan ini, kami mengalu-alukan kehadiran pihak Tuan / Puan bagi menjayakan majlis ini.Dengan ini disertakan aturcara majlis.


Tarikh : 18/ 03/ 2009 (RABU)

Tempat : Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil (berhampiran Kompleks Bukit Jambul)


Aturcara :-


7.00 petang : Ketibaan para tetamu jemputan / penduduk kampung


7.15 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan (VIP)


- YB Muhammad Fairus Khairuddin – Timbalan Ketua Menteri 1 PP.

- YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim – Ahli Parlimen Bayan Baru.

- YB Haji Malik Abdul Kassim – ADUN Batu Maung merangkap Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Hal Ehwal Agama Pulau Pinang.

- Tuan Haji Zakaria Haji Ahmad – Penceramah bebas dari Taiping, Perak.


7.30 petang : Solat Maghrib


7.50 petang : Bacaan surah Yassin


8.15 malam : Jamuan ringan


8.40 malam : Solat Isyak


9.00 malam : Ucapan alu-aluan daripada JKKK Sg Nibong Kecil


9.10 malam : Ceramah Maulidur Rasul



Penceramah pertama.

- YB Muhammad Fairus Khairuddin – Timbalan Ketua Menteri 1 PP.


10.30 malam : Penceramah kedua.

- Tuan Haji Zakaria Haji Ahmad – Penceramah bebas dari Taiping, Perak.



Sekian, Terima Kasih


Yang menjalankan tugas,

Safinas Salleh.



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Related Posts with Thumbnails