Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 21, 2009

Calon PRK Bukit Selambau, KeADILan ketengahkan bakat muda ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 21 MAC (SK) - PEMILIHAN S Manikumar sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau menunjukan komitmen parti ini untuk menonjolkan bakat muda untuk memimpin rakyat.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pemilihan Manikumar adalah satu pilihan terbaik dari parti dan ini adalah kepercayaan parti terhadap orang muda.

"Calon yang dipilih oleh pimpinan adalah calon yang layak, muda serta berpendidikan, kami percaya beliau mampu membawa pembaharuan kepada rakyat Bukit Selambau dan seluruh negeri Kedah,"katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar - usahawan tempatan yang berusia 35 tahun sebagai calon KeADILan, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Manikumar yang menyertai KeADIlan semenjak dua tahun lalu merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.

Beliau yang juga pensyarah sambilan UUM itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, turut menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Shamsul menambah, sebagai pemimpin Angkatan Muda, sayap pemuda bagi KeADILan, beliau menyokong penuh dan akan memastikan seluruh jentera membantu kemenangan Manikumar.

Sementara itu, Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli berkata pemilihan Manikumar tidak akan mendapat tentangan dari pihaknya dan seluruh Angkatan Muda negeri.

"Kami menerima keputusan parti untuk memilih Manikumar sebagai calon serta akan memastikan jentera bekerja untuk kemenangan KeADILan di Bukit Selambau," katanya kepada Suara Keadilan pagi ini.


- sumber dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails