Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 3, 2010

PKR Pulau Pinang Ramal 5 Lagi Ahlinya Akan Keluar Parti

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi.

Tanpa menyebut ahli parti dari negeri tertentu, Mansor (kiri) yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan ahli PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi.

"Saya nampak ada kira-kira lima ahli parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi," katanya ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli Exco negeri yang lain melawat mangsa kebakaran di Kampung Sungai Nibong Tengah di Bayan Baru, hari ini.

Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, keluar parti itu.

Mansor juga meminta ahli parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu.

"Kami tidak bimbang dengan ahli yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun," katanya.

- Bernama

* p/s - adakah antara mereka yang bakal 5 itu adalah :-
1) Fauziah Mahadi (mantan pemangku Ketua Wanita Bayan Baru & mantan ahli Majlis MPPP) ?
2) Jamil Mohd Noor (PA Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru & mantan Pengarah P/Raya Parlimen Bayan Baru) ?
3) Ismail Mohamed Ali (Pengerusi Tetap Bayan Baru, Setiausaha Kerja Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru & mantan Pegerusi JKKK) ?
4) Annuar Ismail (mantan Ketua Penerangan Bayan Baru & mantan Juru Kamera Ahli Parlimen BEBAS) ? atau
5) Jaafar Ismail @ Jaafar Botak (mantan Pengerusi JKKK & mantan Pegawai Khas Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru)...???

" LAWAN TETAP LAWAN...!!! SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails