Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Feb 4, 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal Bidas Timbalan Presiden

Kemelut politik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semakin kusut apabila ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng secara terbuka hari ini membidas timbalan presiden PKR.

Mengulas laporan media kenyataan Syed Husin Ali yang menyarankan Tan supaya meninggalkan parti itu, Tan berkata orang yang sepatutnya keluar ialah Syed Husin.

"Syed mengetuai penggabungan Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi lewat tahun lalu, mahkamah memutuskan PRM masih wujud. Jika berlaku penggabungan, bagaimana ia masih wujud?"

Justeru, Tan berkata jawatan Syed Husin sebagai timbalan presiden PKR boleh dipertikaikan dan lembaga disiplin parti perlu menyiasat dan mengkaji semula jawatan berkenaan.

Tan dilaporkan tidak berpuas hati apabila syor PKR agar dia dilantik sebagai pengerusi Lembaga Bekalan Air Pulau Pinang ditolak dan dia juga gagal mendapatkan lot rumah kedai untuk saudaranya.

Pada sidang medianya hari ini, Tan juga berkata beliau percaya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.

"Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya... mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," kata Tan.

Tan berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, daripada DAP.

Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti DAP, PKR dan PAS.

Terdahulu, Tan mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim.


- Malaysiakini

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails