Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Feb 1, 2010

Ahli Majlis Tertinggi SUPP Sertai PR

Ketika gerombolan BN sibuk melobi dan cuba merasuah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk wakil rakyatnya agar melompat parti, pada hari ini pemimpin mereka pula yang berhijrah untuk menyertai Pakatan Rakyat. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing kepada erapakatan.com di sini hari ini.

Menurut Chiew, ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Wong Chin Yong secara rasminya telah meninggalkan parti lamanya itu untuk menyertai gagasan PR melalui DAP.

"Beliau memohon menyertai DAP sejak Jumaat lalu dan hasil mesyuarat kepimpinan parti (DAP) hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima beliau," katanya.

Beliau memberitahu, Wong Chin juga telah membayar yuran keahlian RM100 sekaligus menjadi ahli DAP seumur hidup.

"Kita juga tidak menawarkan apa-apa jawatan kepada beliau dan permohonannya untuk menyertai DAP diterima atas dasar komitmennya yang konsisten dalam perjuangan dan itu selari dengan dasar parti," tambahnya.

Chiew yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kidurong menjelaskan, Wong Chin ialah seorang pemimpin kanan kepada Menteri Muda Sarawak, iaitu Dr. Soon Choon Teck dan ini pastinya akan memberi tekanan kepada SUPP yang dilanda krisis sejak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, dalam pilihanraya negeri Sarawak 2006, SUPP kehilangan lapan kerusi Dun dan ia merupakan antara kekalahan terburuk dalam sejarah parti itu.

SUPP juga merupakan satu-satunya sekutu BN yang hilang kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU), 8 Mac 2008 serta dipingggirkan oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dalam rombakan kabinet negeri baru-baru ini walaupun parti itu merupakan rakan setia BN di Sarawak sejak sekian lama.

Sarawak dijangka akan berdepan dengan pilihanraya negeri dalam masa terdekat dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai telah menemui Taib Mahmud baru-baru ini. -erapakatan


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails