Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 16, 2008

Siaran Media dari Pejabat Ketua Pembangkang: Usul Tubuh SPRM Masih Mempunyai Kelemahan.



Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim---
Kuala Lumpur, 15 Disember 2008---


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.

"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.

Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan. (tamat)

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim


-- For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



Biro Penerangan
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Related Posts with Thumbnails