Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 12, 2008

Program Qurban 1429 Hijrah Di Pejabat KeADILan Bayan Baru, JDM Sg Nibong Kechil.


















Salam Aidiladha....


Selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, AJK-AJK, AMK & Wanita Bahagian bersama JDM, JKKK Mk 13, serta penduduk Kampung Sungai Nibong Kechil telah bersama-sama bergotong-royong menjalankan program Qurban dan kenduri secara sederhana di perkarangan Pejabat KeADILan Bayan Baru (rumah Pak Salim).

Sebanyak 3 ekor lembu korban telah selamat disembelih dan daging-daging korban telahpun berjaya diagihkan kepada seluruh penduduk sekitar.

Ustaz Syed Nazli (bekas calon keADILan DUN Pantai Jerejak 2004) serta Sdr. Zainuddin Hanif (Setiausaha Kerja Pusat Khidmat Parlimen) telah diberikan amanah untuk menyempurnakan upacara penyembelihan lembu-lembu Qurban tersebut.

Turut hadir pada sebelah tengahari, tetamu jemputan, Timbalan Ketua Menteri 1 Y.B Fairus Khairuddin, ADUN Batu Maung Y.B Haji Malik Kassim, Setiausaha Perhubungan Negeri Sdr. Mustafa Kamal (Pak Mus), Ketua Bahagian KeADILan Balik Pulau, Dr. Mansor Othman, pegawai Khas Ahli Parlimen Bayan Baru, Sdr. Jamil Mohamad Nor dan Pemangku Ketua Wanita Bahagian Bayan Baru Puan Fauziah Mahadi.

Ahli JawatanKuasa Bahagian Bayan Baru yang juga Pengasas Markas KeADILan Sungai Nibong Kechil, Sdr. Mohamad Salim Bin Said @ Pak Salim telah mengetuai kerja-kerja melapah daging-daging korban bersama petugas yang hadir, mengasingkan daging-daging yang telah dipotong kecil untuk dibungkus dan seterusnya menyiapkan bahan-bahan asas untuk majlis kenduri Qurban tersebut.

Program Qurban pada tahun ini yang turut disertai oleh kebanyakannya ahli Angkatan Muda KeADILan JDM & Bahagian Bayan Baru dan berjaya mengumpulkan anak-anak Muda PALING RAMAI di sekitar Parlimen Bayan Baru sejak parti ditubuhkan serta bergabungnya di antara Parti KeADILan Nasional (PKN) dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang tertubuhnya PARTI KEADILAN RAKYAT berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang mana Parti KeADILan Rakyat bersama Pakatan Rakyat belum memerintah negeri Pulau Pinang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails