Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 31, 2009

Kenyataan Media : Suara Keamanan ganti Suara Keadilan ~ malaysiakini

Kenyataan Media
31 Mac 2009

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan

Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.

Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.


Jabatan Editorial Suara Keamanan


--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 29, 2009

Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK N.25 Bukit Selambau ~ malaysiakini

seorang penyokong PR yang sedang memikirkan samada ingin membantu calon BEBAS..

sempoi lahh..

AMK Bayan Baru yang turut hadir..

Salam Reformasi...!!!

keADILan Bayan Baru bersama menyertai penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk negara membanjiri kawasan Pusat Penamaan Calon PRK N.25 Bukit Selambau pagi ini hingga tengahari di Sungai Petani, Kedah.

Konvoi 8 buah kereta dari Bayan Baru Pulau Pinang bertolak pada jam 6:25 pagi dari perkarangan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru diketuai oleh YB Sim Tze Tzin dan Sdr Tan Seng Keat selaku Timbalan Ketua Bahagian Bayan Baru.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Nizar : Pilihan Raya Kecil kali ini Istimewa.. ~ malaysiakini

SIMPANG, 28 Mac (SK) : Calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru supaya rakyat Bukit Gantang meluahkan perasaan melalui peti undi pada 7 April ini.

"Pilihan raya di Bukit Gantang pada kali ini agak 'special' berbanding pilihan raya di Permatang Pauh kerana rakyat di Bukit Gantang masih segar dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional pada 5 Februari lalu, ianya merupakan satu insiden yang besar sekaligus dapat mengubah landskap Bukit Gantang dan seluruh negeri Perak amnya," kata beliau.

Tragedi yang memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia ini merupakan satu kebangkitan oleh rakyat Malaysia khususnya rakyat Bukit Gantang yang dahagakan keadilan dimana ianya dapat diterjemahkan melalui peti undi.

Menurut beliau lagi, selama 50 tahun BN memerintah negara ini, mereka telah banyak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Justeru, beliau menyeru supaya rakyat Bukit Gantang bertungkus lumus untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini dengan cara keluar mengundi pada 7 April nanti sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar bagi penduduk Bukit Gantang.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan merasmikan tapak Ekspo Rakyat di Dataran Nik Aziz, Jalan Kuala Kangsar-Simpang semalam.

Pelbagai jualan terdapat di Expo ini. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi membantu usahawan-usahawan kecil ini.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 27, 2009

Um, No Change... ~ malaysiakini

From The Economist

Malaysia's ruling party chooses a new leader, but not a new direction

PARTY conferences are seldom thrilling but this week's gathering of over 2,500 ruling-party faithful in Malaysia's capital, Kuala Lumpur, has the eyes of the nation upon it. For, as the United Malays National Organisation goes, so goes the country.

Since Malaysia's independence from Britain in 1957, UMNO's chosen leader has always become the country's leader. This year the torch is passing from Abdullah Badawi, the prime minister, to Najib Razak, his deputy, who is standing uncontested as UMNO leader and due to be sworn in as Malaysia's sixth prime minister next week.

But his ascension to the top has its difficulties. A resurgent opposition is riding a wave of discontent as the country slides into recession. Some types of old-fashioned repression, like the decision to suspend two opposition newspapers, no longer work in a digital age. The party is widely seen as corrupt and self-serving. Its record on economic growth and maintaining order still attracts support from older Malaysians but counts for much less with younger voters. Everyone in UMNO agrees that trouble lies ahead.

Can it be averted? Mr Najib talks of "massive changes". But Malaysians have heard it all before, most recently in March 2008, after UMNO's dreadful showing in a parliamentary election. The spasm of introspection soon turned into a blame game and Mr Badawi was forced to say he would resign. The ensuing scramble for positions in UMNO has done little to change a widespread view that the party has been in power too long. The only person willing to stand against Mr Najib, the consummate insider, was Razaleigh Hamzah, a veteran outsider. Such a contest might have produced a debate about the party's direction. Instead, Mr Razaleigh's candidacy was quashed by party chiefs.

The underlying problem—for UMNO and Malaysia—is, to use the favoured euphemism, "money politics", meaning backhanders paid for public-sector contracts or, where UMNO is concerned, seats at the high table. On March 17th the party's disciplinary board said it had found 15 members guilty of money politics. They included Ali Rustam, chief minister of Malacca state, who was campaigning to become deputy party leader. He was duly disqualified. (The results of the polling for senior positions were due to be announced on March 26th.) Mr Rustam did not, however, step down as chief minister, nor is he facing criminal charges. Such episodes make talk of reform ring hollow. For all his fumbling, Mr Badawi seemed to recognise this. It is unclear whether anyone in the new ruling circle does.

- sumber : Anwar Ibrahim Blog

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 26, 2009

Lainnya Pokok Ara...di Sungai Ara..!!! ~ malaysiakini!


Salam Semua,

Pernahkah anda terlihat kelibat pokok ini ?

Jika pernah dan jarang mengambil tahu, biarlah saya ceritakan sedikit tentangnya, pokok ini adalah pokok yang hebat.

Pokok ini dikenali sebagai pokok buah Tiin, pokok Ara atau nama saintifiknya moranyis (ficus carica).

Didalam kitab suci Al-Quran, Allah nukilkan dan bersumpah dengan nama pokok ini..dalam Surah AT TIIN.

Jikalau anda singgah di Masjid Al Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang, anda berpeluang melihat secara dekat pokok ini, ianya ditanam diperkarangan tempat meletak kereta masjid.
Apa yang menariknya pokok ini telah hidup segar dan berbuah dengan lebat sekali. Ianya telah ditanam oleh Tuan Haji Ahmad dan pokok ini baru berusia 2 tahun lebih. Saya ada bertanyakan dengan seorang anak muda, bernama Akmal...yang sama berkesempatan merasa buah yang telah masak..sambil menggeleng kepala..katanya "tak macam
yang dibawa dari Mekah"...mungkin buah ini sesuai dikeringkan dahulu!

Apabila soalan rasa, diajukan kepada seorang haji...katanya "buah apa pun kalau mula berbuah kerap tak berapa baik...tunggulah bila pokok cukup matang, pokok durian juga begitu" tambahnya yang bekerja sebagai bekas buruh ladang peninggalan penjajah..

"Dalam setahun dua tak dapatlah kita menilai pokok itu"...kita harus bersabar, jangan diapakan ..." begitulah kata-kata orang lama...mendalam dan penuh makna.

Antara kebaikan buah tiin ini ialah :-

a) Dapat menyembuhkan penyakit buasir.
b) Menyembuhkan penyakit Gout dan penyakit tulang.
c) Mengurangkan kolesterol.
d) Batuk berpanjangan.
e) Melawaskan kencing

Akhirnya kesimpulan dan Intisari Surah At TIIN..

"Allah menciptakan manusia terbaik rohani dan jasmani, tetapi menukarkannya kepada yang paling hina, kecuali yang beriman dan beramal soleh dan juga Allah tekankan yang ia adalah
hakim yang maha adil.

Hasil Nukilan,

HAZALI HJ YAHAYA
BAYAN BARU.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 25, 2009

Kenyataan Media Pengerusi Perhubungan PKR Kedah berkenaan Ceramah Sungai Petani

Siaran Media
24 Mac 2009

BN Masih Tidak Berubah Sikap

Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

"Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah."

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

"Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?"

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

"Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau."

"Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah." (tamat)



BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT


--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.


--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Police fire tear gas at Anwar, PAS picks Ir. Nizar for Bukit Gantang ~ malaysiakini

By Wong Choon Mei

PAS has selected Perak Pakatan Rakyat Menteri Besar Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin to contest the Bukit Gantang by-election, while further north in Bukit Selambau, Kedah, police used tear gas and water canons to break up a peaceful crowd that had come to hear Opposition Leader Anwar Ibrahim speak.

The unnecessarily tough police action has further spurred speculation that the charismatic reform icon might soon be arrested, as incoming premier Najib Abdul Razak resorts to repressive means to tighten his grip on power.

"This is downright disgusting behaviour. The police have no call to treat civilians like that," said KeADILan information chief Tian Chua.

"Sadly, it is consistent with the powers that be and we are afraid, like everyone else in the nation, that Umno-Barisan Nasional under Najib will be extremely insecure and resort to harsh action at any sign of dissent."

Meanwhile, in Perak, the well-liked 52-year old Nizar was chosen from a short-list of four candidates by his PAS party. He has impressed Perakians and Malaysians nation-wide with his steady demeanour following the controversial power grab by the Umno-BN early last month.

Nizar will face Umno's Ismail Saffian, the 49-year old former Bukit Gantang Umno information chief in the contest. Nomination day is on Mar 29 and polling on Apr 7.

The parliamentary seat fell vacant following the untimely death of PAS leader Roslan Shahrum. The late Roslan had beaten Umno's Azim Zabidi by 1,566 votes polling 20,015 votes against 18,449 in the March 2008 general elction.

Rumours that Anwar may be arrested

Meanwhile, at Bukit Selambau in Kedah, police fired round after round of tear gas and chemical-laced water into a crowd of more than 5,000 who had gathered a public field nearby to the KeADILan operations centre to listen to Anwar's political lecture.

Anwar first hit the campaign trail for the three by-elections in Bukit Gantang in Perak, Bukit Selambau in Kedah and Batang Ai in Sarawak last week.

The ceramah began at 9.30 pm and according to eyewitnesses, police set off tear gas canisters and sprayed jets of chemical-laced water into the crowd just as Anwar was about to speak.

Party members quickly ushered him to a safe room in the KeADILan building, where he and other leaders were forced to stay locked up until the police departed at about 11 pm.

Political watchers believe that Anwar's Pakatan will easily win in both Kedah and Perak, although they reserved judgement on Batang Ai until the picture was clearer.



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Siaran Media Berkenaan Isu Gantung SK dan Harakah ~ malaysiakini

Siaran Media
24 Mac 209

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukkan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, penggantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

"Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat," jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan penggantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

"Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

"Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat," katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 21, 2009

Calon PRK Bukit Selambau, KeADILan ketengahkan bakat muda ~ malaysiakini

KUALA LUMPUR, 21 MAC (SK) - PEMILIHAN S Manikumar sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau menunjukan komitmen parti ini untuk menonjolkan bakat muda untuk memimpin rakyat.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pemilihan Manikumar adalah satu pilihan terbaik dari parti dan ini adalah kepercayaan parti terhadap orang muda.

"Calon yang dipilih oleh pimpinan adalah calon yang layak, muda serta berpendidikan, kami percaya beliau mampu membawa pembaharuan kepada rakyat Bukit Selambau dan seluruh negeri Kedah,"katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar - usahawan tempatan yang berusia 35 tahun sebagai calon KeADILan, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Manikumar yang menyertai KeADIlan semenjak dua tahun lalu merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.

Beliau yang juga pensyarah sambilan UUM itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, turut menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Shamsul menambah, sebagai pemimpin Angkatan Muda, sayap pemuda bagi KeADILan, beliau menyokong penuh dan akan memastikan seluruh jentera membantu kemenangan Manikumar.

Sementara itu, Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli berkata pemilihan Manikumar tidak akan mendapat tentangan dari pihaknya dan seluruh Angkatan Muda negeri.

"Kami menerima keputusan parti untuk memilih Manikumar sebagai calon serta akan memastikan jentera bekerja untuk kemenangan KeADILan di Bukit Selambau," katanya kepada Suara Keadilan pagi ini.


- sumber dari Suara Keadilan Online.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 19, 2009

Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Untuk N25 Bukit Selambau ~ malaysiakini

Tuan/Puan,

Harap maklum bahawa satu majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat akan diadakan di tempat, masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 20hb Mac, 2009 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

Pengumuman akan dibuat sendiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti.

Semua media dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut

Terima kasih.




SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah Pilihan Raya Kecil
N25 Bukit Selambau

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 14, 2009

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH.



TUAN /PUAN ,


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AL-ITTIFAQ, SUNGAI NIBONG KECIL, BAYAN BARU, PULAU PINANG.


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas .


2. Dimaklumkan bahawa JKKK Sungai Nibong Kecil dengan kerjasama Khariah Masjid Al-Ittifaq akan menganjurkan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, nabi junjungan kita.


3. Dengan ini, kami mengalu-alukan kehadiran pihak Tuan / Puan bagi menjayakan majlis ini.Dengan ini disertakan aturcara majlis.


Tarikh : 18/ 03/ 2009 (RABU)

Tempat : Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil (berhampiran Kompleks Bukit Jambul)


Aturcara :-


7.00 petang : Ketibaan para tetamu jemputan / penduduk kampung


7.15 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan (VIP)


- YB Muhammad Fairus Khairuddin – Timbalan Ketua Menteri 1 PP.

- YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim – Ahli Parlimen Bayan Baru.

- YB Haji Malik Abdul Kassim – ADUN Batu Maung merangkap Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Hal Ehwal Agama Pulau Pinang.

- Tuan Haji Zakaria Haji Ahmad – Penceramah bebas dari Taiping, Perak.


7.30 petang : Solat Maghrib


7.50 petang : Bacaan surah Yassin


8.15 malam : Jamuan ringan


8.40 malam : Solat Isyak


9.00 malam : Ucapan alu-aluan daripada JKKK Sg Nibong Kecil


9.10 malam : Ceramah Maulidur Rasul



Penceramah pertama.

- YB Muhammad Fairus Khairuddin – Timbalan Ketua Menteri 1 PP.


10.30 malam : Penceramah kedua.

- Tuan Haji Zakaria Haji Ahmad – Penceramah bebas dari Taiping, Perak.



Sekian, Terima Kasih


Yang menjalankan tugas,

Safinas Salleh.



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 13, 2009

Musim Bunga Menjadi Sungguh! ~ malaysiakini


Salam Semua,

Betapa indah bandar Bayan Baru dihiasi secara semulajadi, menyambut satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Musim bunga tahun ini sungguh menarik kerana pohon pohon Sakura berbunga dengan lebat sekali, berbeza dari tahun tahun yang sebelumnya.

Apa yang menariknya ialah jalan di sepanjang hadapan Hospital Pantai, jalan hadapan PISA, jalan Relau, jalan Sungai Ara, berwarna warni dan ramai pelancong luar dan dalam negeri tidak melepaskan peluang merakamkan gambar untuk kenang kenangan.

Saya ada bertanyakan seorang pelajar dari Yamen, apakah yang beliau amat mengingati tentang negaranya...kata nya "Suasana musim bunga",menurut beliau lagi, jika semua pohon berbunga lebat, itu membawa "petanda baik" dan mereka amat berharap agar musim bunga akan menjadi di setiap tahun.

Bagi kawan sekerja saya Mr Yoda yang berasal dari negara Jepun pula katanya, pada musim bunga penduduk sekitar akan berpakaian tradisi kimono dan beriadah dibawah pohon sambil menikmati makanan. Mereka amat mengharapkan musim bunga menjadi setiap tahun, kerana mereka amat mengharapkan temasya musim bunga...tambahnya yang bekerja untuk FPL...

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk menikmati keindahan pemandangan musim bunga jalan dikawasan Bandar Bayan Baru,saya paparkan untuk tatapan bersama .


Mar 10, 2009

Pertemuan Dengan Pak Lah ~ malaysiakini

Pertemuan empat mata PM-Anwar cetus spekulasi

Mar 10, 09 8:18pm
Pertemuan empat mata antara perdana menteri dengan ketua pembangkang di sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini membuka spekulasi wujud rundingan antara dua tokoh politik negara itu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman yang diasaskan oleh seorang tokoh agama Syeikh Mahmud al-Majzub.

anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 04Majlis yang turut dihadiri beberapa ulama luar negara itu bersempena sambutan Maulud Rasul.

Isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengiringi suaminya ke majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir di situ, menafikan wujud rundingan sulit antara Abdullah dengan Anwar seperti dispekulasikan oleh seorang penulis politik.

Mohd Sayuti Omar, yang berada di madrasah waktu itu, berkata kedua-dua pemimpin itu berada di rumah Syeikh Mahmud lebih 90 minit, termasuk untuk makan.

"Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1.40 petang.

"Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.

"Satu perundingan juga dikatakan berlaku (antara dua tokoh politik itu) dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!" tulis Mohd Sayuti di blog peribadinya.

anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 02Bagaimanapun satu sumber dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini petang ini, satu pertemuan tertutup dengan Abdullah berlangsung atas permintaan Syeikh Mahmud.

Pertemuan selama 20 minit itu membangkitkan beberapa isu, antaranya penyerahan kuasa Abdullah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ia sudah terlambat," kata perdana menteri, menurut sumber PKR itu, apabila dipersoalkan oleh Anwar berhubung kelayakan Najib memimpin negara.

Abdullah juga didakwa memberitahu Anwar bahawa masih ramai ahli-ahli parlimen Umno yang setia padanya walaupun parti itu bakal diketuai oleh Najib bulan depan.

Dalam pertemuan itu juga, perdana menteri dan penasihat PKR berjanji untuk sentiasa membuka ruang berkomunikasi antara mereka berdua.

Dalam blognya, tidak menafikan pertemuan empat mata itu, Anwar hanya berkata "terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan perdana menteri di Hulu Langat tengah hari tadi."

- dari sumber malaysiakini.

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama' dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama' yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

-dari anwar ibrahim blog.

dan pautan cerita boleh didapati di [sini] dan juga [di sini]


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 9, 2009

Martabatkan Ketuanan Rakyat Tanpa Mengira Keturunan ~ malaysiakini

Ahad, 8 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KETUANAN RAKYAT.. Anwar ketika memberi Pidato Kebangsaan di Shah Alam petang ini. Gambar Yuis/SK

KUALA LUMPUR 8 Mac (SK)- KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat perlu tegak di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan dam konteks Malaysia.

Beliau memulakan ucapan pidato di Auditorium Majlis Bandaraya Shan Alam (MBSA) sempena 'Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat' petang tadi dengan mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu dan ketuanan rakyat tidak berkaitan tentang kekuasaan semata-mata.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kebudayaan punyai oleh masyarakat berbilang kaum. Maka kerajaan harus ditentukan oleh rakyatnya sendiri.

Fahaman ketuanan satu kaum yang disebarkan oleh Umno sungguh tidak berasas. Mereka dengan sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah.

"Rakyat ternyata lebih bijak dari peramal politik seperti tukang tenung politik yang meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang," kata Anwar

"Jentera dan dana yang digunakan oleh BN menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat - Keadilan, DAP dan Pas yang terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia," jelas beliau.

Beliau juga menyentuk soal institusi parlimen di negara ini dengan berkata "Parlimen adalah institusi untuk menjaya dan melaksanakan prinsip ketuanan rakyat. Kita mahu parlimen benar-benar menyuarakan hasrat rakyat, membahaskan kepentingan rakyat,"

"Ketika membahaskan Belanjawan Negara yang dibentang oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Kewangan, kami telah menolak belanjawan tersebut kerana tidak mengambil kira iklim ekonomi dunia yang meleset parah berikutan kemelut ekonomi Amerika Syarikat," beliau berkata.

Isu krisis ekonomi yang melanda negara ini, beliau menyatakan supaya kerajaan mengambil pendekatan baru yang lebih drastik untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari merudum.

"Menteri Kewangan dahulu dan Menteri Kewangan sekarang terus menafikan malah sering mengulangi bahawa asas ekonomi Malaysia kukuh. Hanya dua minggu yang lalu Menteri Kewangan bagaikan terpinga-pinga mengatakan tiada siapa yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan menghadapi kegawatan seteruk sekarang," telah beliau.

"Pakej ransangan awal lesap menjadi debu melainkan syarikat dan kontraktor terpilih. Pakej ransangan kedua masih kecil dan tidak berupaya memulih keyakinan," katanya.

Belai memberi jaminan bahawa ahli-ahli parlimen akan menggegarkan Parlimen untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan.

"Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan negara yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang kucar kacir.

Perkara mahkamah yang dibangkitkan adalah mahkamah dan institusi kehakiman dibentuk agar berlakunya tata hukum dan keteraturan yang adil dalam negara.

"Tetapi rakyat menyaksikan bagaimana mahkamah dinodai untuk mencapai nafsu dan cita-cita kotor penguasa. Maka rakyat bangun menuntut mahkamah dan sistem kehakiman dibersihkan dari noda kuasa pemerintah. Sehingga hari ini rakyat terus memperjuangankan cita-cita ini," tegas Anwar lagi.

"Peguam-peguam kita terus berhujah dimahkamah, mengemukakan hujah undang-undang dan budibicara agar mahkamah berdiri di atas prinsip hukum dan keadilan. Rakyat telah menyaksikan beberapa hakim yang berani, rakyat juga menyaksikan jumhur hakim yang tunduk kepada tekanan mereka penguasa," katanya.

Menyentuh soal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sebaik dilancar menjadi momokan lembu dicucuk hidung dan Suruhanjaya Kehakiman tidak diyakini kewibawaannya.

"Suara rakyat yang sudah sekian lama dibungkam dan ditindas, meronta dan menjerit. Mereka turun ke jalan raya dengan aman yakin bahawa suara rakyat suara keramat. Mereka menuntut hak mereka yang dikurnia Maha Pencipta serta yang termaktub di dalam Perlembagaan," jelasnya lagi.

"Kita tidak berkompromi sama sekali dengan rasuah, kita bersyukur lantaran langkah awalan tersebut, kita telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat serta dapat mengagihkan Kita peluang yang lebih kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera," tambah beliau.

Beliau membanding antar negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu seperti Kelantan yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani.

Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 billion. Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam 9 tahun, sebanyak RM 11.87 billion dan telah mencipta 30,000 pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut memberi tumpuan kepada program perumahan untuk rakyat terbanyak, memperbaiki sistem pengangkutan awam dan menangani kesesakan jalan yang semakin rumit.

"Selangor dan Perak telah mengurangkan beban rakyat dizaman kemelesetan ini dengan memberikan air percuma kepada rumah-rumah termiskin. Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina."

"Kita percaya bahawa sumbangan terpenting yang boleh kita lakukan adalah untuk pendidikan anak-anak. Kita mahukan generasi akan datang bersaing di dalam ekonomi serantau dan dunia," jelas anwar lagi.

Mengenai perjuangan bahasa Melayu, Anwar berkata, suatu ketika dahulu pelajar-pelajar sekolah menyanyikan lagu "Bahasa Jiwa Bangsa".

"Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tetapi satu perjuangan kebangsaan, perjuangan membentuk rupa bangsa Malaysia yang bersatu padu,"

"Tetapi semalam mereka yang memperjuangan Bahasa Melayu ditembak dengan gas pemedih mata kerana mempertahankan bahasa melayu dan hak bahasa ibunda," tambah Anwar mengakhiri ucapan pidato beliau.

- dari Suara Keadilan

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 8, 2009

Pidato Kebangsaan 'Ketuanan Rakyat'

Pada 8 Mac 2009, Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Pidato beliau akan menumpu pada isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia. Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.

Butiran program:

Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 4.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara

Juga jangan lupa melawat laman web http://www.keadilanrakyat.org/pk2009/

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 3, 2009

Laporan Gotong Royong Di Rumah Warga Emas ~ malaysiakini


warga emas yang perlukan belaian kasih sayang anak-anak..





entah berapa hari atau jam warga emas ini tidak menjamah makanan..



kerja-kerja menyiapkan pelantar/ pangkin sudah siap..


bumbung rumah yang bocor di sana dan sini..


rumah yang rosak perabung,bumbung..






keadaan ruang tamu,rumah yang amat menyedihkan..


kerja-kerja menyiapkan pelantar / pangkin..





Salam Semua,


Satu Majlis Gotong Royong yang di anjurkan bersama oleh JKKK Sungai Nibong Kecil MK12 dan juga Wanita Bahagian Bayan Baru telah berjaya dilaksanakan pada 28.Feb.2009. jam 3.00 Petang.

Saya bagi pihak JKKK Sungai Nibong Kecil MK12, mengucapkan JUTAAN terima kasih diatas segala kerjasama sehingga majlis dilaksanakan dengan jayanya.

Juga kepada Penyumbang Wang dan bahan bahan.

a)Saudara Zainudin Hanif...penyumbang kayu palet.
b)Saudara Imam Yussof..Penyumbang Kayu Panjang.
c)Saudara Hijat...Siaran...dan keperluan
d)Saudara******(berbangsa Cina)...penyumbang Wang. - buat panggilan melalui telefon.

Puan Fauziah (pemangku Ketua Wanita PKR Bayan Baru), Sdri Ramlah, Sdri Shafinas, Sdr Idriss, Sdr Zikri, Pak Ghazali (Timbalan Pengerusi JKKK Sg Nibong Mk 12), Sdr Nazrul, Sdr Shamsudin, Sdr Helmi, Sdr Marzuki & Mr. Ravi.

Semoga kejayaan ini akan memberi dorongan kepada JKKK melipat gandakan usaha murni kemasyarakatan demi kepentingan ramai.

Terima Kasih,

Hazali Hj Yahaya
Pengerusi JKKK Sg Nibong Mk 12,
Bayan Baru, Pulau Pinang.

Sekian,

Webmaster,
HP.
Related Posts with Thumbnails