Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Feb 10, 2009

Perutusan Takziah atas Pemergian En Sim Mok Yu ~ malaysiakini


Kenyataan Media
9 Februari 2009

Perutusan Takziah atas Pemergian En Sim Mok Yu

Saya mewakili seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat merasa sedih di atas pemergian seorang tokoh pejuang pendidikan Cina tanahair En Sim Mok Yu pada 5 Februari 2009. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sepanjang hayat beliau, mendiang Sim, beliau telah memperjuangkan agar layanan saksama diberikan kepada pendidikan Cina. Beliau tidak pernah patah semangat walaupun pernah ditahan dan diseksa ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1987.

Setelah dibebaskan, Sim terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perjuangan bahasa ibunda dengan memegang jawatan Penasihat Umum Dong Jiao Zong. Beliau juga mengecam politik perkauman dan dasar kerajaan Barisan Nasional yang tidak adil dan tidak demokratik.

Hubungan mendiang Sim dengan Parti Keadilan Rakyat mula terjalin apabila beliau menghadiahkan tulisan kaligrafi beliau sendiri yang tertera nama parti sempena penubuhan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga pernah menghadiahkan tulisan kaligrafi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan beliau ke Melaka pada tahun 2007 bagi merakamkan harapan terhadap Ketua Pembangkang agar menghapuskan politik perkauman dan membina masyarakat saksama.

Sesungguhnya mendiang Sim adalah seorang yang berani bukan sahaja memperjuangkan hak bahasa ibunda, akan tetapi tetap cekal melawan kezaliman kuasa pemerintah. Semangat perjuangan beliau pasti menjadi iktibar buat golongan muda untuk memperjuangkan sistem pendidikan saksama dan masyarakat demokrasi.


DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

3 comments:

kekwa66 said...

Ya, Takziah! Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...itu saja yg dapat saya ungkapkan atas jasa beliau sepanjang hayatnya.

kekwa66 said...
This comment has been removed by the author.
kekwa66 said...

Ooops...Kak Wan..tarikh kematian mendiang Sim salah tulis tu, tahun 2009!bukan 2000! Pagi tadi pusat bandar Melaka sesak dengan orang awam, yg berdiri di kaki lima kedai, tepi jalan..sebab nak tengok perbarisan dan pengiringan jenazah mendiang Sim buat kali terakhir. Agak2 1KM panjangnya orang2 yang mengiringi jenazah Sim. mungkin tak pernah ada dalam sejarah!

Related Posts with Thumbnails