Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Feb 21, 2009

Laporan Polis Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ~ malaysiakini

Laporan Polis Ke Atas Gani Patail dan Musa Hassan

LAPORAN POLIS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
20hb Februari 2009

—————————

Saya, ANWAR BIN IBRAHIM, merujuk kepada LAPORAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT KECEDERAAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEMASA DALAM TAHANAN POLIS (Suruhanjaya Tersebut) yang telah dipersembahkan kepada DYMM SPB YANG DIPERTUAN AGONG PADA 6 APRIL 1999.

Saya melaporkan bahawa Laporan Polis Travers Rpt:3977/98 yang dibuat pada jam 2.00 pagi 21.9.1998 oleh ACP Koh Hong San (kini Commissioner Datuk Koh Hong Sun) ("Koh"),mengandungi maklumat palsu bertulis yang direka. Sekalipun menyedari Laporan Polis ini mengandungi maklumat yang palsu berkaitan perkara yang mustahak, Koh telah menggunakannya dalam suatu prosiding penghakiman sepertimana ditunjukkan sebagai Ekshibit A1 Suruhanjaya Tersebut.

Dakwaan ini saya buat adalah berasaskan maklumat dalam pengetahuan saya sendiri dan keterangan dokumen dan penemuan yang direkodkan dalam Suruhanjaya Tersebut antara lainya yang penting seperti berikut:

Petikan keterangan bersumpah Koh dalam VOLUME II-NOTES OF EVIDENCE muka surat antara 18 hingga 33.

"On the 20th September 1998 at about 8.10pm. I received instruction from Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato Kamaruddin bin Mohd. Ali to arrest Dato' Seri Anwar Ibrahim at his house Number 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. I was instructed by my Chief Police Officer, Dato' Kamaruddin to arrest Dato' Seri Anwar under Section 377B Penal Code"

Dalam muka surat 19

"I went over to him, I touched his left arm and said I was arresting him under Section 377D".

"The instruction which I received was to arrest Dato Seri Anwar under Section 377B. But when I told Dato Seri I was arresting him under Section 377D. I made a mistake. It should be Section 377B."

Dalam muka surat 24,25 dan 26.

"Shortly after,I left the place and went to my original place waiting for further instruction.Later we were told to walk to the 11th Floor.My officers and I were told to go upstairs.Dato Ramli told us.We went up to to the 11th Floor to discuss the question of arrest of Dato'Seri Anwar.We had a meeting at the 11th Floor at the Meeting Room.If I'm not mistaken,those who were present were Dato'Ramli,ASPAbdul Aziz,ASP Thomas,Supt.Robiah and a few others that I could not remember.Dato'Ramli chaired the meeting."

"Dato Ramli left the discussion shortly after. Then he came back and instructed me to arrest Dato Seri Anwar under ISA. At the time when we had the discussion and before Dato Ramli left, I knew that I had arrested Dato Seri Anwar under Section 377B. I cannot remember whether I told Dato Ramli that I had arrested Dato Seri Anwar earlier for an offense under Section 377B. I now say that I did tell Dato Ramli that I have earlier arrested Dato Seri Anwar under Section 377B".

"I cannot remember how long after he left that he returned. He came back and then told me that I should now make a formal arrest under ISA. I was given the relevant documents to be served on Dato Seri Anwar. With the documents I went down to see Dato Seri Anwar at 1.43am on 21st September 1998. I went to the cell and I served the documents on Dato Seri Anwar and then I left. At the time I served him with the documents he was conscious. I spoke to him. He responded to whatever I told him. He spoke to me. After I served him I left the cell and subsequently lodged a formal report of arrest."

Keterangan bersumpah Koh sebahagiannya seperti diatas,mengesahkan pengakuan Koh bahawa maklumat bertulis yang dibuatnya sendiri dan terkandung dalam Travers Report 3977/98 bertarikh 21.9.1998 itu adalah palsu. Saya mengsyakki Koh,telah mereka keterangan palsu sedemikian itu adalah untuk menyembunyikan kecederaan yang saya alami setelah dibelasah oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor(TSRN)Ketua Polis Negara ketika itu,daripada pengetahuan masyarakat umum. Dakwaan saya ini diperkukuhkan dengan catatan rekod prosiding Suruhanjaya Tersebut seperti petikan diperturunkan dibawah;

Petikan rekod prosiding Suruhanjaya Tersebut "VOLUME 1-PART TWO"muka surat 66 perenggan 6.1.

It was strongly submitted that, had the offence for which DSA was arrested remained one under Section 377 of the Penal Code, DSA would have had to be produced in Court within 24 hours, and a charge under the I.S.A was added on to obviate this necessity, because the face of DSA was such a sorry mess after the assault that it would have been most inexpedient to expose him to the public view. Again, there is a sharp conflict of evidence as to when the I.S.A charge was decided upon. TSRN insists that this matter had already been discussed earlier and the decision was taken at 8.20pm on the night of the 20th September 1998, by four senior officers, including himself, and communicated to a larger group a little later. TSRN could have applied to the Commissioners that they be called to give evidence in support of his testimony, but did not do so. He claims that the arrest under Section 377B was the result of a miscommunication. With the presence of the A.G's representative at the Ops Theatre on the 30th floor, and almost everybody carrying a handset, it is difficult to follow how such a miscommunication could have taken place. Dato' Yaacob was emphatic that there was no communication of the decision to effect an arrest under the ISA until after a discussion which went on till well past midnight. There would have been no need for such a discussion if the decision had been made earlier.

Saya percaya "the A.G's representative at the Ops Theatre on the 30th Floor"yang dimaksudkan oleh Suruhanjaya Tersebut ialah Datuk Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Peguam Negara)("Gani Patail"). Dakwaan saya ini diperkukuhkan oleh keterangan bersumpah SAC I Dato'Meor Chek Hussein bin Mahayuddin(Meor), ketika itu Komander Pasukan Gerak Tugas Khas PDRM, sepertimana petikan keterangan beliau dalam Suruhanjaya Tersebut seperti berikut;

Petikan keterangan bersumpah Meor dalam VOLUME II NOTES OF EVIDENCE muka surat antara 7 hingga 17.

After leaving the lockup I went up to the 30th floor at Bukit Aman to see my senior officers including Timbalan Pengarah 1, DCP Dato Mohd Yusof and other senior officer to brief them of what happen.

Apart from Dato Mohd Yusof, I remember there were Tan Sri Abdul Rahim Noor, Tan Sri Norian Mai, Deputy IGP, DCP Dato Mohd Yusof Said, TP 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, DCP Ali Hanafiah Hashim, Datuk Ghani Patail from AG's Chamber present.

I arrived at the 30th floor at around 10.00pm. The others who were there were CP Datuk Mohd Jamil Johari and other officers which I cannot remember. It was not a formal briefing because I did not see anyone taking down notes. The briefing was not given in the conference room but it was outside. The briefing was given in a spontaneous manner.

When I arrived on the 30th floor, these officers were already in the hall. These officers were already seated in the hall and this is the time I had briefed them on what had happened to Dato Seri Anwar and where he was taken. After the briefing I did not receive any instruction from any officers present. They merely listened.

Then I left the place and went back to my office to debrief my officers.My office is near the main entrance to Bukit Aman.On the ground floor.My office is another building.

I did not at any time assault Dato'Seri Anwar Ibrahim.

After I left the 30th Floor,I was not involved in this case.

Selanjutnya daripada keterangan saksi W15,SUPT.Abdul Halim bin Hj.Siraj pula, dalam muka surat 130 hingga 139 dalam Suruhanjaya Tersebut, menjelaskan peranan SAC I Musa Hassan (kini Tan Sri Musa Hassan,Ketua Polis Negara)("Musa Hassan"). Serta keterangan-keterangan dan dokumen-dokumen lain dalam milik saya berkaitan penglibatan Musa Hassan dalam penangkapan dan penahanan saya, maka saya mempunyai alasan yang kukuh untuk mengsyakki bahawa Musa Hassan pada waktu yang matan itu turut berada di-Tingkat 30 Bukit Aman bersama sama dengan pucuk impinan tertinggi PDRM dan juga Gani Patail,sepertimana yang dijelaskan oleh Meor.

Saya menegaskan bahawa Musa Hassan dan Gani Patail pada waktu yang matan itu juga telah mempunyai pengetahuan bahawa saya telah dicederakan oleh TSRN, sebaik ditangkap dan ditahan di-lokap Polis Bukit Aman. Saya juga ada alasan yang kukuh untuk mengsyakki bahawa kedua-dua Musa Hassan dan Gani Patail terlibat dan/atau mengambil bahagian dalam mesyuarat bersama-sama TSRN dan beberapa Pegawai Tertinggi PDRM membincangkan dan membuat keputusan serta kemudianya mendorong Koh untuk memberikan maklumat palsu dan atau mengelirukan berkaitan dengan tangkapan dan kecederaan keatas diri saya dalam Travers Report No:3977/98 bertarikh 21.9.1998 jam 2.00 pagi yang kemudiannya dikemukakan dalam suatu pembicaraan kehakiman sepertimana ditunjukkan sebagai Ekshibit A1 dalam Suruhanjaya Tersebut.

Berdasarkan kepada urutan peristiwa yang dinyatakan diatas khasnya berkaitan penglibatan Musa Hassan dan Gani Patail secara langsung dan nyata dalam episode tersebut, saya ada alasan yang kukuh untuk mengsyakki bahawa laporan Polis Brickfields 4350/08 bertarikh 28th Jun 2008 yang dibuat oleh seorang Mohd.Saiful Bukhari Azlan (Saiful) terhadap diri saya, telah diubahsuai dan/atau dipesongkan serupa dengan caramana Travers Report No:3977/98 bertarikh 21.9.1998 dilakukan. Saya juga ada alasan yang kukuh untuk mengsyakki bahawa laporan Polis Saiful dibuat adalah sebagai tindakan lanjutan kepada konspirasi jenayah dengan niat bersama untuk menyebabkan saya bolih disabitkan atas kesalahan yang bolih diseksa dengan hukuman penjara yang lama demi kepentingan peribadi Musa Hassan dan Gani Patail serta kepentingan politik sesaorang atau orang-orang tertentu.

Saya telah dinasihati bahawa perbuatan "mereka keterangan palsu" adalah suatu kesalahan jenayah yang serius terhadap "Keadilan Awam" dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahan.

Saya membuat laporan ini demi keadilan dan mendesak pihak berwajib menjalankan siasatan yang rapi, telus dan saksama serta mengambil tindakan-tindakan yang wajar yang dibenarkan oleh undang-undang keatas pesalah atau pesalah-pesalah berkenaan yang terlibat atau sesiapa yang bersubahat melakukannya.

Bersama-sama ini,saya sertakan salinan muka-surat muka-surat daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang disebut diatas untuk rujukan.

ANWAR IBRAHIM
20 Februari 2009



--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails