Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Oct 11, 2009

BAGAN PINANG: PAS TIDAK KALAH SEMANGAT, MARUAH DAN MORALNYA ~ malaysiakini

Keputusan tidak rasmi (keputusan rasmi: PAS 2578 AMENO-BN 8013 Majoriti : 5435) menunjukkan BN menang besar dengan majoriti lebih 5000 berbanding majoriti pilihan raya umum yang lalu. Namun PAS tidak pernah kecewa, putus asa, lemah semangat dengan keputusan tersebut. Dari sudut maruah, moral dan semangat juangnya PAS tidak pernah kalah.

PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang. Bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, merayu undi, akhlak pimpinan dan penyokongnya, ternyata PAS menang berbanding dengan UMNO BN. Calonnya pengamal rasuah, berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, mengugut, memukul, menipu dan saya percaya unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN.

Penyokong PAS jangan kecewa dan putus asa, peluang untuk memenangi pilihanraya yang lain akan datang masih terbentang luas. Bagan Pinang bukan ukuran kekuatan BN dan kelemahan PAS. BN baru menang 2 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi 7 kerusi dalam pilihanraya kecil.

Saya percaya media akan mengulas kejayaan BN kali seumpama kejayaan besar dalam pilihanraya umum. UMNO BN sangat percaya kemenangan di Bagan Pinang petanda rakyat mula yakin kepada BN.

Kita cabar UMNO BN, kalau betul andaian tersebut, segera bubarkan DUN Perak, adakan pilihanraya seluruh DUN Perak, kita lihat rakyat bersama dengan siapa di Perak.

Kepada calon PAS, pimpinan PAS, jentera dan para petugas PAS dan Pakatan Rakyat, jangan kecewa dengan keputusan ini. Perjuangan kita belum berakhir, aturkan strategi bagi mendekati rakyat, saya percaya maklumat dan bahan kempen tidak sampai ke akar umbi. Ceramah kita tidak menepati sasaran, ceramah kecil-kecilan tidak langsung diadakan dari rumah ke rumah. Kekalahan sewajarnya meningkatkan lagi semangat juang kita untuk lawan UMNO BN habis-habisan.

- dari sumber blog Set Pol MB Perak [DISINI]


6 comments:

mazlano said...

Betul Bagan Pinang bukan ukuran kekuatan BN dan Penerimaa rakyat sejagat. Tapi percayalah pada PRU 13 nanti BN kan kembali kuat dan Pakatan HAram PAS,DAP dan PKT akan terkubor di Selangor,Perak, Kedah. PP dan Kelantan juga akan melihat kebangkitan Rakyat yang dulunya menentang BN tapi akan kembali memberi sokongan .PERCAYA lah

Cu tuk Merah... said...

Salam mazlano,

Dalam prk selalunya akan memihak kepada BN,namun akhir2 ini jelas sebaliknya yang terjadi...apa yang terjadi bukan lah satu petunjuk jelas kebangkitan kembali BN,cuba baca apa kata mantan Mufti Perlis..selagi BN masih bersikap tidak endahkan rintahan rakyat dan memandang sepi teguran cendiakawan....jangan harap fenomena akan berubah!....jauh lagi la impian mu!
bangun selepas kekalahan teruk prk yang lepas2 ...bukan satu yang boleh dibanggakan!
nak tau mengapa?
............aaaaaaaaaaarrr..

PUTRA MERDEKA said...

PAS KALAH!!!
Akhirnya terima lah kekalahan, terimalah kegagalan, jangan jadikan diri kamu binasa dengan runsing dan tak tentu arah yang akhirnya menyebabkan kamu disumbat ke hospital gila! Terimalah bahawa kegagalan ini merupakan asas kepada kegagalan yang semakin mendatang! terimalah bahawa kekalahan ini merupakan langkah pertama untuk kamu dan parti kamu PAS berkubur!!!
Terima lah...jangan bunuh diri tapi kalau nak pun jangan nyusahkan orang lain...faham!!!

PAS KALAH!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PAS KALAH!!!

Orang Perak said...

Sekiranya dibubar DUN Perak sekarang,
PR akan tersungkur. Rakyat dalam PRU12 dulu hanya undi protes. Sekarang mereka dah berbalik kepada BN. Buat malu PR je nanti.
Pilihanraya melibatkan belanja yang besar. Buat apa membazir. PAS dan PKR memangla tidak memikirkan pembaziran. Mereka hanya memikirkan nak songlap duit rakyat sahaja.

haby.. said...

Salam Semua,
Dengar khabarnya "Keadilan Bayan Baru" nak di tutup!...itu yang lama tak ada berita baru,sebabnya kunun tak ada yang tertarik....nak baca.Alahai mengapa begitu singkat pemikiran kau orang !....kalau orang tak baca ,macam mana orang boleh komen?
...jangan jadi "kasim selamat"...lebih suka buta dari celik sebab tak mau melihat 'aib'
...orang lama kbbb...aaaaaaaaarrr

Anonymous said...

tu lah aku harap selepas orang tak percaya kat anua berahi ni lagi, maka akan banyak tutuplah cawangan dan ranting PKR ni..sebab dulu pun aku PKR la ni anua buatkan akau tak percaya dah....aku tunggu sumpah tak juga sumpah...sekarang rasakan kau!!!!

Related Posts with Thumbnails