Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Jan 5, 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu.


Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

5 Januari 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah, apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam?

Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu. Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu?

Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak.

Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

-- Biro Penerangan
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat


Related Posts with Thumbnails