Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Apr 30, 2010

Rasuah Politik Di Hulu Selangor...

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi. ~ malaysiakini

* p/s - apa hal ? rasuah politik namanya ni...kompom petisyen kita akan valid pada benda-benda macam ni... politik wang yang makin terserlah ke'halal'annya di pihak puak gerombolan yang akan memakan diri mereka sendiri...


--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tok Guru Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh...

KUALA LUMPUR : Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.

"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.

Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.

Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.

"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.

Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.

"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.

"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu. ~ EraPakatan

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat Bayan Baru di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Timbalan Menteri Turut Selar Pihak Polis

Saya berasa kesal dengan kematian Aminulrasyid Amzah, dan marah kerana polis memperlekehkan nyawa rakyat. Remaja ini tidak seharusnya mati di tempat kejadian. Masa depan seseorang remaja terkubur begitu sahaja hanya kerana kesilapan polis ketika membuat tafsiran.

Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.

Isu remaja ditembak mati polis telah mencungkil perbincangan umum, terutamanya di laman sosial, Facebook. Tidak kurang pelayar internet yang menganggap bahawa polis membunuh mereka yang tidak berdosa.

Kita ketepikan isu sama ada Aminulrasyid Amzah disyaki melakukan jenayah atau tidak buat sementara. Bagaimanapun polis tidak harus menembak mati remaja ini. Polis mempunyai banyak cara untuk menghentikannya, termasuk menembak dengan menghala ke atas, menembak ke arah tayar keretanya, tetapi bukan menembak ke arah seorang remaja berumur 15 tahun.

Saya amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Saya amat yakin, Aminulrasyid Amzah bukanlah penjenayah yang terkenal dengan rekod buruknya, malah beliau tidak mempunyai rekod jenayah. Dalam keadaan sedemikian, saya anggap beliau cemas dan cuba melarikan diri kerana memandu tanpa lesen. Tetapi, polis seharusnya boleh menafsir pada ketika itu. Realiti membuktikan bahawa polis yang bertugas salah tafsir. Malah, hukum mati bukan jawapannya seandainya kesalahan memandu tanpa lesen dibawa ke mahkamah.

Sementara sesetengah pihak menyalahkan pengundi Cina tidak mengundi BN kerana tidak tahu bersyukur, kita seharusnya faham bahawa isu seperti Aminulrasyid Amzah adalah punca pokok mengapa Cina hilang yakin kepada kerajaan BN. Isu ini menjurus kepada hilang yakin rakyat terhadap polis, tidak kira warna kulit mangsanya, dan ini menyebabkan imej kerajaan terjejas.

Saya berharap, sementara kerajaan mengendalikan kes Aminulrasyid Amzah ini, kerajaan juga harus bertekad untuk memperkemaskan pasukan polis, termasuk menggunakan segala penyelasaian untuk memperbaiki imej polis, barulah meningkatkan kewibawaan kerajaan BN di kalangan rakyat.

*Wee Ka Siong ialah Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cinanya.


~ 26 Melayu Di Raja

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 29, 2010

Thamrin Ghafar - Sudah Tiba Masanya Saya Menyokong Pakatan Rakyat..

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional.
Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.
Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.
Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baru bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. ~ SuaraKeadilan

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 27, 2010

BN Belanja RM64 Juta, Tapi Terlepas 2 DUN Dalam Hulu Selangor

Perdana Menteri, Najib Razak telah membelanjakan sejumlah RM64 juta untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Meskipun begitu UMNO Barisan Nasional sekadar menang tipis dengan 1725 undi sahaja. Lebih dari itu Barisan Nasional kehilangan undi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.

Bekas Menteri Undang- undang Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak redha dengan kemenangan UMNO-APCO-MIC-Barisan Nasional yang diraih dengan cara kotor dan dipalit rasuah.

"Perdana Menteri Najib Razak belanja lebih daripada RM64 juta untuk menang pilihan raya kali ini. Kita berdepan dengan keadaan dimana pembelian undi berleluasa," kata Zaid.

Beliau juga kesal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup mata, enggan mengambil sebarang tindakan terhadap rasuah undi yang disuakan kepada pengundi parlimen itu.

"Kita tewas kerana amalan membeli undi itu halal dinegara kita. Jika kita tidak atasi masalah ini, kita akan berdepan dengan masalah besar dimasa-masa akan datang," ujarnya lagi.

(TVS)

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 23, 2010

Ahli PKR Keluar Parti : Si Penipu & Yang Kena Tipu...

Sejak kebelakangan ini seiring dengan kehangatan kempen PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO terus berkempen dengan cara kotor dengan menipu dan sekali gus dia juga kena tipu apabila Media Arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO mengumumkan kononnya pemimpin PKR teluar parti dan masuk UMNO.

Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.

Kelmarin dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

"Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai," demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Beberapa hari lepas juga seorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.

Namun wanita itu berbohong dan UMNO berbohong seperti yang dinyatakan oleh kenyataan, "sebenarnya dia tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai." Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

Inilah cara kempen UMNO yang sudah dilihat sangat terdesak dan melakukan apa saja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun dengan mengggunakan kaedah penipuan.

Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun tambahan seterusnya.

Buka itu sahaja, rasanya ada bayaran yang agak lumayan dengan kerja jahat itu. selain itu adalah peluang didamping oleh orang seperti Zahrin, Salahuddin dan yang seronoknya kalau untuk Bagan Serai Mohsin Tempirai boleh duduk disebelah untuk episod berikutnya kalau ada, itupun kalau dia berani !.

- dari blog Cina Islam

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 22, 2010

Pengerusi Tetap Bayan Baru Dalam Kenangan...

mantan bersama mantan besor yang kini boss nya..dlm progrem memancing paling Grand Bayan Baru anjurkan...

dhina yg turot sama ikut jejak langkah mantan peng tetap...

mantan ketua penerangan yg dilantik oleh zahren, tapi tak aktif, ditukaq dgn org lain...kritik kuat pimpinan Bayan Baru la ni, mcm dia tu bagus sangat...

orang kuat zahren, masok Bayan Baru pun dengan zahren, anda semua perlu ingat orang ini, sekarang adalah duri dalam daging keADILan Penang, tapi masih jadi orang harapan pimpinan Penang, baguih la tu...nanti lingkop bahana baru padan dengan muka hangpa...

bukan main aktif ka mantan ni..???

mantan bersama mantan2 yang lain di PRK Kuale Gannu...

sesi serah memo di dewan Tabong Haji...

masakan kegemaran pengerusi jkkk seluroh Bayan Baru...slurrppp, Kerang Masak Seraii..

tanda simbolik 'melompat'

mantan peng jkkk serta pengawal peribadi zahren semasa kempen PRU 12 dan sekarang aktif dalam NGO PAJIM ~ Pertubuhan Anak Jati, kononnya membela ketuanan MeLaYu...bila nak keluaq parti Jaapaq?


Tahniah atas tindakan deras-tik bersama-sama sdr Dhina, telah isytiharkan cara rasmi keluaq parti Ahad sudah & SaYoNaRa diucapkan sama mantan Pengerusi Tetap Bayan Baru ini...

Apo nak buek, parti keADILan bukannyo lubok duit mamu, masih terngiang kata2 mamu pada kami para angkatan muda bayan baru, " kita kena cari takpun bergantung pada dahan yang kuat, jgn berpaut pada dahan yang rapoh..tadak apa.."

Jelaslah kami samua paham dah akan maksud serta kata2 hikmat mamu tu, la ni kan mamu bertugas sbg SUK Pusat Khidmat MP BEBAS di D' Piazza Mall Bayan Baru, jadik sebab musabab tu la keluaq dari parti dengan berbohong kata 200 orang ikut sekali, cehhh, zulmamak de blogger call Dhina tanya, berapa orang? Dhina kata.." saya sama Ismail saja 2 orang, yang lagi 5 orang tak kenai sapa depa.." kah kah kah...sapa la mamat lagi 5 orang yang misteri tu? Mat rempit ka?

Apa la mamu, awatnya tak ajak si Annuar Ismail dengan Jaapaq Botak sekali..?? Depa kan taat setia jugak kat MP Bebas? Annuar Ismail, turut hadir dengan mamu di Dewan Tabung Haji Bayan Lepas dalam Progrem Melayu apa ntah anjuran GPMS dan Perkosa, turut ada kat situ MP Bebas yang terkejut berok, terpaksa terima Memorandum dari pengundi2 Bayan Baru yang desak dia LETAK JAWATAN...

Annuar Ismail dalam rakaman yang ada untuk bahan bukti Lembaga Disiplin, dia kata " dato' seri jangan risau, yang tu memorandum baru 2ribu lebih saja, ada lagi puloh ribu pengundi dok sokong Dato' Seri sebagai MP Bayan Baru.." ada betoi ka hang boh selagu camtu Annuar..??? Tunggu dan jawab la nanti kat Lembaga Disiplin...

Balik cerita kepada bekas Pengerusi Tetap ni, dia dulu ni pernah nak saman sorang blogger 'penakut' Bayan Baru..kah kah kah kah kah kah, pasaipa aku kata penakut? Sebabnya mamu ni dah call blogger ni mintak dia tarik balik artikel dalam blog pasai ketelanjuran dia sebagai Pengerusi JKKK Sg Nibong Tengah, dia dah lakukan sedikit onar dalam tugasan dia selaku Pengerusi...

Jadi dia ugut nak saman blogger ni, blogger ni pun siap buat surat mohon maap, jumpa dia dan tarik balik artikel dalam blog, kata mamu, dato' zahrin pun marah pasai war2 kat ramai pasai kerja2 onar tu..tapi dia mengaku, bukan tak mengaku buat onar...tu yang sempoi tuu... Yang pelik sikit, blogger ni cuma publish artikel setelah dapat email dari seseorang yang merahsiakan identitinya, pasai semua benda dalam email tu diSAHkan sahih, pasaitu la blogger ni publish...tup tup, kabooommm..meletop daaa..

Dan episod terakhir perjalanan mamu ni sebagai Pengerusi Tetap yang telah hadir dalam 'Press Conference' MP BEBAS Bayan Baru di KL...tapi masa tu dia tak keluaq parti lagi, saja la tunggu masa PRK mai, dia jadual la keluaqqq...

Habeh seantero Melesia pakat2 keluaq parti, macam musim menuai padi la pulak, kekekekekeke...sampaikn yg paling lawak, 2 orang makcik kat Perak, sorang tu bukan ahli PKR pun, tapi pernah la 'offer diri' nak jawatan Timbalan Ketua Wanita dan nak masok ahli, tapi akhirnya takdak sapa layan makcik ni..bukan ahli punnn...sorang lagi, dah keluaq dengan ADUN Bebas Behrang haritu, sebelum kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang...kali ni musim PRK Ulu Selangor, dia mungkin nak kelaim kali ke-2 kot, ishtihar pulak keluaq parti...laaaa isk ada jugak lagu ni..??? Hahahahaha...

Semuga pejuang2 tak berani mati ni yang takot akan risiko, amanlah hangpa semua disana dan diiringi dengan kata2..SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA dan janganlah dikemudian hari nanti akan jadi umpama hantu raya tak BERTUAN...

Memang benarlah... Dari AmNo hangpa mai, kepada AmNO jualah hangpa melingkop masok balikkk... Salam Takziah juga dari kami pengundi2 serta ahli2 keADILan seluruh kawasan Bayan Baru kepada hangpa nooo...

Kalau takot diPUKOI Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai...
Kalau hangpa dah tak larat poket dok terKopak, Toksah Dok cari pasai silap2 dok Hospital Pantai... Hahahahahahaha...

Sekian hendaknyaaa...

Amin Ya Rabbhal Alaminnn.. Al- Fatihah..

sumber gambar dari koleksi di pkrbayanbaru.com dan dari lain2 pusat sumber...

ada jugak blog pautan kat [SINI] & [SINI]


--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 20, 2010

Letak Jawatan : Penafian Dari PKR Bagan Serai

Salah seorang yang mendakwa keluar dari PKR di Perak hari ini iaitu Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai sebenarnya tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai. Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

"Hanya dia sendiri yang cakap dia ini Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai.Hairan macamana dia ini letak jawatan sedangkan tiada apa -apa jawatan yang pernah di sandang oleh perempuan ini?" Jelasnya.

~ blog Cina Islam

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat Bayan Baru di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN. ~ malaysiakini

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 18, 2010

Kerajaan Negeri Akan Pinda Enakmen Faedah Kematian ADUN

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 bagi membolehkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Ketua Menteri dan Speaker Dewan Undangan Negeri dilindungi faedah saraan kewangan jika mereka meninggal dunia semasa memegang jawatan masing-masing.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini akan membuat pindaan kepada Enakmen itu bagi menambah faedah kepada anggota keluarga ADUN sekiranya ADUN meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan.
Beliau berkata pindaan itu adalah bagi memasukkan perkataan "atau kematian" selain dari faedah kemalangan dalam enakmen tersebut, namun kematian yang dimaksudkan tidak termasuk dengan cara bunuh diri.

Katanya berdasarkan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 sedia ada, faedah itu hanya terhad kepada "Faedah Kemalangan" sahaja, dan menurutnya pindaan itu adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Lim berkata berdasarkan pindaan enakmen itu, jika Ketua Menteri meninggal dunia dengan cara biasa ataupun akibat bencana atau kemalangan, waris beliau akan menerima faedah berjumlah RM750,000.

Menurutnya bagi Speaker Dewan Undangan Negeri dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri yang meninggal dunia secara biasa ataupun akibat kemalangan pula, waris mereka akan menerima faedah sebanyak RM500,000.

Lim berkata bagi ADUN biasa yang meninggal dunia, waris mereka akan menerima faedah RM120,000.

Antara faedah lain dalam enakmen itu ialah jika Ketua Menteri ditimpa bencana yang mengakibatkan beliau hilang upaya kekal yang tidak dapat dipulihkan termasuk hilang penglihatan, beliau akan diberi faedah RM1.5 juta.

Bagi Speaker DUN dan Anggota Exco yang ditimpa bencana seumpama itu pula, mereka akan menerima faedah RM1 juta manakala bagi ADUN biasa pula akan menerima faedah RM240,000. — Bernama
gambar di celok dari blog Putera Oren

Apr 17, 2010

4 Cawangan MIC Dibubar, 1,200 Sertai KeADILan...

BUKIT SENTOSA 16 Apr - Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional petang semalam.

Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.

"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.

"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.

"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.

Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.


- kerabubersuara

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 10, 2010

Pakatan Rakyat Lancar Jentera Pilihan Raya P094 Hulu Selangor

PAKATAN Rakyat (PR) nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk menghadapi pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April nanti. Baru sekejap tadi PKR telah melancarkan jentera pilihan rayanya yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR Selangor bersama para pemimpin Pas dan DAP.

Majlis itu bertempat di Dewan Komuniti, Kuala Kubu Baru .

Lebih 1,500 hadir pada majlis tersebut. Kebanyakan yang hadir ada para petugas jentera berkenaan dan juga pemerhati dari luar yang sudah mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor.

Melihat kepada semangat yang ditunjukkan pada majlis itu seolah-olah Pakatan Rakyat sudah meninggalkan UBN jauh ke belakang. UBN yang akan menurunkan calon dari MIC masih belum muktamad siapakah calon mereka. Antara tiga nama yang disebut, Kamanathan, Mugilan dan Palanivel calon yang tewas dalam pilihan raya lalu.

PKR pula sudah pasti akan menurunkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim. Tidak ada persoalan lagi yang kedengaran mengenai calon PKR, semuanya sepakat menerima Zaid sebagai calon.

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Hassan Ali, yang mewakili Pas dan Tan Seng Giaw, Teresa Kok dan mewakil DAP menyerlahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat. Selain dari mereka turut hadir pemimpin PKR Selangor, Mohd Azmin Ali, Syed Shahir Syed Mohamud, Teresa Kok, Abdullah Sani dan lain-lain.

Dewan komuniti yang boleh memuatkan 1,500 orang penuh melimpah. Melihat kepada yang hadir termasuk Cina, India dan Melayu yang berkopiah menjelaskan kehadiran itu adalah kombinasi antara ketiga parti Pakatan Rakyat.

Semua pemimpin tertinggi parti turut memberi ucapan sebagai muqadimah dan alu-alu kepada pilihan raya berkenaan. Nasharudin dalam ucapannya, memberi perakuan Pas akan berkerja seperti mana parti itu sendiri yang bertanding bagi memastikan kerusi berkenaan kekal kepada PKR.

Katanya kemenangan di Hulu Selangor adalah penting dan menjadi anak tangga untuk ke Putrajaya. Kerana itu beliau menyeru supaya pilihan raya itu dihadapi dengan serius.

Sementra itu Khalid Ibrahim yang berucap dan melancarkan jentera berkenaan berkata, kemenangan boleh dicapai dengan berkerja kuat. Paling penting katanya petugas parti kena mendekati rakyat.

Sebagai simboliknya beliau telah menyerahkan name tag dan bendera kepada tiga ketua yang mewakili tiga Dun di kawasan parlimen berkenaan.

Dalam pada itu untuk menghadapi pilihan raya berkenaan PKR telah menyediakan 3,000 petugas jentera pilihan raya dan jumlah itu tidak termasuk mereka yang datang membantu secara sukarela samada dari PKR, Pas atau DAP.

Manakala menurut Nasharudin Pas juga sudah bersiap awal dan bersemangat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Katanya Pas telah menyewa 60 buah rumah untuk para petugas mereka dari seluruh negara turun ke Hulu Selangor.

Esok Pas akan melancarkan jenteranya sendiri untuk membantu memastikan pilihan raya berkenaan dimenangi Pakatan Rakyat. Nasharudin adalah Pengarah bagi pihak Pas dalam pilihan raya berkenaan. Gambar dan laporan seterus menyusul esok. [Hulu Selangor 1:27 am 10/04/10]

- MSO Melayu

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 8, 2010

MP BN Takut : Zahrain & Zul Jadi Pengiring PM...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.

"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.

"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.

"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.

"Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas," katanya di lobi parlimen.

Nazri (kiri) berkata MP BN menyedari peraturan itu dan mereka tidak ada masalah dengannya.

"Sebab itu hanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim yang akan pergi dengan Perdana Menteri," tambahnya.

Nazri juga menyalahkan Lim Kit Siang kerana ahli parlimen Ipoh Barat yang seringkali menuntut agar pengundian secara blok dijalankan.

Awa

l hari ini, Lim mendakwa adalah lebih baik menjadi MP Bebas kerana akan diplih mengiringi Najib sedangkan ahli parlimen BN adalah MP kelas kedua.

Belaiu jugamempersoalkan tindakan kerajaan kerana tidak berunding dengan Pakatan Rakyat atau menjemput ahli parlimen mereka menyertai rombongan itu.

"Ia seolah-olah parlimen hanya dianggotai oleh BN, ini tak benar," kata Lim.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan nada yang menyindir.

"Jika demikian, mereka seharusnya memanggil kaukus itu sebagai kaukus BN - Amerika". ~ malaysiakini

--

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 7, 2010

RM100 Setahun Lagi Mulia Dari Nilai Kain Batik & Kain Pelikat 5 Tahun Sekali...

sumber gambar dari : laman web Bank Negara M'sia

Dalam kesibukan tugas sebenarnya saya kesuntukan waktu untuk update blog ini. Tetapi apabila membaca kenyataan Shahrizat Jalil yang memperlekeh pemberian RM 100 oleh kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan.

Pemberian RM 100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihanraya lalu. Menurut Guan Eng kerajaan Pulau Pinang dapat memperuntukkan sejumlah wang kepada warga emas kerana hasil penjimatan dan usaha menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini di Pulau Pinang.

Memanglah pemberian itu tidak seberapa. Tetapi bagi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau berpendapatan rendah nilai itu sangat besar di sisi mereka. Ini terbukti sejak kelmarin ribuan warga emas mengunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan wang RM 100 yang dijanjikan.

Bagi pemimpin Umno seperti Shahrizat mungkin RM 100 tidak ada apa-apa nilai. Umpama sisa makanan di celah gigi sahaja yang dicungkil guna anak lidi yang kemudiannya di ludah ketepi. Maklumlah dah biasa buat untung 'atas angin' dengan mendapat projek dan saham tanpa perlu mengeluarkan walaupun setitik peluh. Malah dengan cuma bermodalkan syarikat dua ringgit mereka boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Sekurang-kurangnya Lim Guan Eng meletakkan nilai yang tinggi kepada warga emas RM 100 setahun berbanding Umno yang meletakkan nilai pengundi terutama warga emas di kampung-kampung cuma sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik setiap lima tahun sekali!

- angkasanuri

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Apr 5, 2010

Suspend Me If You Support Israel, Anwar Challenges Parliament

From Malaysian Insider

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has dared the government to suspend him from Parliament if it planned to continue its support for Zionist Israel.

In a fiery speech at Kampung Sungai Tengi here last night, the Permatang Pauh MP continued his attack on the government's purported link to Israel through international public relations firm APCO, adding that aside from outright denial, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never answered to the allegations.

"These are same people who govern us, who preach to us that the rights of the Malays and the Muslims must be protected. Najib is not brave enough to answer to this.

"I am willing to volunteer myself — you continue to support Israel, you suspend me from Parliament. Suspend me, three months, six months, a year, I do not know.

"God willing, let the people decide for themselves," he said.

Anwar condemned the BN administration for its willingness to seek advice from a company linked to "the murder of the Muslims in Palestine".

"Apco is led by these people and Najib is seeking advice from them.

"I revealed the names of APCO's leaders but they claimed I was wrong.

"I showed the agreement signed between Apco and Israel and still they denied.

"These people are advising Najib on strategic communication, on reform initiatives, on his New Economic Model, his education policies — all this, Apco carries out," he continued.

Anwar added that as a lawmaker himself, he often engaged with foreign leaders to seek their thoughts and opinions.

"But I never took them as my advisor. Najib is doing this, and its not even Muslim leaders — it is people who work for the Israeli Defence Agency," he claimed.

Anwar is currently facing the possibility of suspension over his attack on the government's link with Apco and his claim that the company was also the brains behind Ehud Barak's One Israel campaign.

Datuk Seri Nazri Aziz had said the government to refer Anwar to the parliamentary Rights and Privileges Committee over his allegations.

The Minister in the Prime Minister's Department had said Anwar had so far not been able to provide concrete evidence to support his allegation that 1 Malaysia was taken from One Israel.

APCO has however released a statement denying the allegations made by Anwar.


Apr 1, 2010

Laporan Polis Terlibatnya APCO Worldwide...

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menganggap campur tangan Apco Worldwide dalam urus tadbir negara, sebagai satu bentuk penjajahan jenis baru.

Demi mempertahankan kedaulatan tanah air, AMK Pulau Pinang membuat laporan bagi menggesa siasatan menyeluruh terhadap firma perunding yang didalangi Yahudi Israel berfahaman zionis.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut berikutan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang membangkitkan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan di negara ini.

Semalam, Anwar mendedahkan peranan APCO Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan UMNO-Barisan Nasional dengan menggunakan nama syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Kerajaan mahupun firma berkenaan cuba merahsiakan hakikat itu malah cuba mengelirukan rakyat berhubung tarikh sebenar firma itu mula campur tangan dalam urus tadbir negara.

APCO Worldwide bukan sebuah syarikat perunding yang biasa, sebaliknya didalangi individu berpengaruh termasuk penasihat antarabangsa kepada APCO adalah bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan Israel.

Naib Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tapi dibenarkan menjadi penasihat kerajaan Malaysia sekali gus mendedahkan Negara kepada risiko keselamatan.

Beliau menolak sekeras-kerasnya penjajahan jenis baru ini dan menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang "Neo-Colonialism" tajaan Zionis-Israel. -TVS



sumber video dari Kelab Greenboc


Related Posts with Thumbnails