Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Nov 28, 2008

Selamat Bersidang & Berkongres Kepada Perwakilan Serta Pemerhati Kongres 2008..


Selamat Bersidang & Berkongres di ucapkan kepada semua Perwakilan mahupun Pemerhati Angkatan Muda, Wanita dan Bahagian yang menghadiri Kongres Tahunan 2008 kali ke-5.


Kongres Angkatan Muda KeADILan & Wanita Tahunan 2008 akan berlangsung pada 28hb November 2008 (Jumaat) yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti, Dr. Syed Husin Ali di Stadium Malawati, Shah Alam. Manakala Kongres Nasional Tahunan 2008 pula akan berlangsung pada 29hb hingga 30hb November 2008 (Sabtu & Ahad) juga di Stadium Malawati, Shah Alam.

Majlis kemuncak pada Kongres Tahunan kali ini ialah Ceramah oleh pimpinan parti termasuk Ketua Umum Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada jam 9 malam 29hb Nov'08 (Sabtu).


Pautan lanjut Kongres boleh juga didapati di Suara Keadilan Online.

Nov 26, 2008

Kongres Nasional KeADILan ke-5: Medan Perwakilan dan Parti untuk bermuhasabah diri.


Kongres KeADILan yang bakal diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 28 hinga 30 November ini bakal menjadi medan kepada perwakilan dan parti untuk bermuhasabah diri.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin KeADILan yang dihubungi Suara Keadilan menyatakan bahawa Kongres kali ini pastinya akan membincangkan pencapaian parti pada pilihan raya umum ke-12, kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan isu-isu dalaman parti.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua turut menjangkakan isu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor yang diketuai oleh KeADILan akan dibincangkan sama.
Menurutnya, isu ekonomi, rasuah dan isu pentadbiran negara adalah antara topik yang akan menghiasi perbahasan perwakilan.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyatakan kongres kali ini akan mendapat sambutan hangat atau luar jangka di kalangan ahli dan penyokong.

Menurutnya pihak parti akan menjemput pemerhati dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan kepada parti.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) berkata kongres AMK bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

Menurutnya Angkatan Muda akan mengadakan kongres sayap parti itu di Stadium Malawati pada 28 November.

“Sehingga ke saat ini persediaan sekretariat AMK berada di tahap yang amat membanggakan. Sejumlah 1100 perwakilan AMK akan berkumpul di Shah Alam, jumlah terbesar yang pernah dikumpulkan oleh AMK dalam Kongres Tahunan sepanjang sepuluh tahun yang lepas.

Gerak kerja sekretariat juga amat produktif dalam memastikan kelancaran Kongres tahun ini. Setakat ini kita mendapat kerjasama yang memuaskan. AMK mempunyai keyakinan yang penuh kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Khalid Ibrahim dan pasukannya untuk mengendalikan persiapan kongres yang julung-julung kali diadakan selepas kemenangan besar Keadilan di dalam pilihanraya yang lalu.

Walau bagaimanapun, AMK merasakan terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu dibaiki iaitu antara lainnya masalah kewangan dan juga komunikasi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin berkata kongres ke-5 KeADILan bakal menjadi tumpuan setiap pihak khususnya apabila di peringkat pusat sendiri menjangkakan kongress tersebut bakal di hadiri sehingga 10,000 perwakilan dan juga pemerhati.

Menurutnya, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun dan kini Pakatan rakyat khususnya KeADILan berjaya membuat transformasi kepada lima buah negeri yang dimenangi bagi pihak rakyat.

“Ini ditambah pula Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Anwar Ibrahim menjadi Ketua pembangkang jelas menunjukkan perjuangan kita semakin menuju ke puncak kejayaan.

“Malahan Keberanian rakyat untuk berubah dari tradisi dan sokongan padu keseluruh rakyat khususnya telah berjaya melahirkan 31 Ahli Parlimen dan wanita tujuh orang wakil rakyat ini jelas membuktikan bahawa rakyat kini berani dan semakin mahukan perubahan,” katanya lagi.

Presiden keADILan Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan ucapan dasarnya pada 29 November di Stadium malawati manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pula akan merasmikan Kongres AMK dan Wanita secara serentak pada 28 November di tempat yang sama.



Nov 25, 2008

Fairus tidak akan letak jawatan TKM


PULAU PINANG, 21 Nov (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri (TKM) I, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan meletak jawatan walaupun ada usaha-usaha pihak tertentu mempertikaikan tanggungjungjawabnya.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, banyak program rakyat dibuat oleh beliau selaras dengan pembangunan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak akan lepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tanpa sebab kerana kemenangan saya adalah kemenangan rakyat.

"Saya perlu amanah dengan apa yang ditugaskan kepada saya," jelasnya ketika ditanya adakah beliau akan melepaskan jawatan nombor dua negeri selepas diasak berbuat demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang selesai baru-baru ini.

Pihak UMNO Permatang Pauh khasnya Dun Penanti cuba mewujudkan suasana tidak tenteram kononya beliau gagal berperanan di situ setelah menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Semua andaian itu tidaklah benar sekali sebaliknya kesepakatan rakyat semakin kuat di Dun Penanti khasnya di Pulau Pinang. - mns_


-sumber dari Harakahdaily

Nov 24, 2008

Jadual Program Kongres Nasional Tahunan 2008

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3,
47410 Petaling Jaya, Selagor Darul Ehsan.
Telefon: 03-78850530 Faks: 03-78850531 Emel:
biropen@gmail.com
Website:
http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/


Sebaran Media 22November 2008

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat “Harapan Baru”
28-30 November 2008, Stadium Malawati, Shah Alam

28 November 2008 (Jumaat)

Stadium Malawati
Shah Alam
9:00 pagi
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9:30 pagi
Ucapan Perasmian Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda oleh Timbalan Presiden
DR SYED HUSIN ALI


Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda KeADILan (AMK) 2008

Stadium Malawati Shah Alam
10:45 pagi
Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda KeADILan
SHAMSUL ISKANDAR
11:45 pagi
Pembentangan Minit Mesyuarat, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan
12:30 petang
Rehat
2:00 petang
Perbahasan Ucapan Dasar oleh Perwakilan
4:36 petang
Perbahasan Usul oleh Perwakilan
6:35 petang
Pemilihan 30 perwakilan ke Kongres Nasional
7:00 malam
Persidangan ditangguhkan


Kongres Nasional Tahunan Wanita Nasional 2008

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
Seksyen 14
Shah Alam
11:30 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
11:45 pagi
Ucapan Dasar Ketua Wanita ZURAIDA KAMARUDDIN
1:00 petang
Rehat

Sidang Media bersama Ketua dan Exco Wanita
2:00 petang
Pembentangan Minit Mesyuarat, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan
2:30 petang
Perbahasan Ucapan Dasar oleh Perwakilan
4:30 petang
Perbahasan Usul oleh Perwakilan
5:30 petang
Pemilihan 30 perwakilan ke Kongres Nasional
6:30 petang
Ucapan Penggulungan Ketua Wanita
7:00 malam
Persidangan ditangguhkan
Quality Hotel
Shah Alam
9:00 malam
Pentas Wanita dan Sembang Santai
bersama Wakil Rakyat Wanita KeADILan
YB Zuraida Kamaruddin, YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Rodziah Ismail, YB Elizabeth Wong, YB Haniza Talha, YB Gan Pei Nei
11:00 malam
Bersurai


Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat

29 November 2008 (Sabtu)

Dewan Persidangan

9:05 pagi
Bacaan Doa
9:15 pagi
Ucapan Setiausaha Agung
9:22 pagi
Persidangan dimulakan
9:23 pagi
Pembentangan minit mesyuarat Kongres Nasional Tahunan 2007, Laporan Tahunan bagi tahun 2007, Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007
Lobi VIP
9:45 pagi
Ketibaan Para Jemputan Khas dan Ketua Umum
Dewan Persidangan
10:15 pagi
Ketua Umum dan para Jemputan Khas
masuk ke Dewan Persidangan
Persembahan Multietnik
10:35 pagi
Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
10:38 pagi
Ucapan Alu-aluan Menteri Besar Selangor
10:50 pagi
Ucapan Dasar Presiden
DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
11:47 pagi
Persembahan Video Dokumentari Khas
Permatang Pauh
11:51 pagi
Ucapan Pimpinan
12:31 pagi
Ucapan Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ruang Jamuan
1:15 petang
Makan Tengahari/Solat Zohor
Dewan Persidangan
2:15 petang
Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden
Ruang Jamuan
4:15 petang
Jamuan Teh/Solat Asar
Dewan Persidangan
4:45 petang
Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden disambung
6:45 petang
Persidangan ditangguh
Dewan Persidangan
9:00 malam
Ceramah Pimpinan Parti & Ketua Umum
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

30 November 2008 (Ahad)

Dewan Persidangan
9:00pagi
Perbahasan Usul-usul
Ruang Jamuan
12:30 petang
Makan Tengahari/ Solat Zohor
Dewan Persidangan
2:00 petang
Penggulungan dan Ucapan Penangguhan
4:00 petang
Persidangan Ditangguh

Sesi orang awam

29 Nov
10 pagi - 1 petang
Perasmian Kongres
Dewan Persidangan
9 malam - 11 malam
Ceramah Ketua Umum
28-30 Nov
10 pagi - 10 malam
Karnival Rakyat
Perkarangan Stadium Malawati

Sila rujuk suarakeadilan.com dan keadilanrakyat.org untuk maklumat selanjutnya.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Majlis Perasmian JDM Mukim 13 Sungai Nibong Kechil




















Logo Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat 2008











Nov 16, 2008

Blood Donation Campaign with Y.B Sim Tze Tzin.





Blood Donation Campaign (9 November 2008)


A blood donation campaign was held at the service center of YB Sim Tze Tzin on the 9 November 2008 in support of the Penang General Hospital Blood Bank.

More than 50 people turned up for the 4 hours event on that Sunday morning. The donors came from all walks of life, putting aside all the differences of race, religion, culture and languages to fulfill the act of a noble deed. Some took a day off from work even on a Sunday, while others simply sacrificed their weekend to participate. We even have an imam and a pastor as donors. That truly made Malaysia a multiracial country that we can all be proud of.

YB Sim plans to organize this blood donation campaign on a regular basis and hope that more people will sign up as a donor. Creating a healthy and caring community in Pantai Jerejak is as equally important as solving the infrastructure problems in this area.

Donating blood does not only saves other people's life but also benefits the donor with a better health.


Be a blood donor, it cost nothing but a little love.....


-see more pictures on PantaiJerejak.com

SEBARAN RASMI: Kongres Nasional Tahunan KeADILan


Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat “Harapan Baru” 29hb - 30hb November 2008, Stadium Malawati, Shah Alam


Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29-30 November 2008.

Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema “Harapan Baru” atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihanraya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

Kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati. Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Dijangka 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini yang akan dimeriahkan lagi dengan “Karnival Rakyat”.

Orang awam dijemput untuk mengunjungi “Karnival Rakyat” yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 29 November di Stadium Melawati.




-sumber berita dari Suara KeADILan

Nov 14, 2008

BN bakal kehilangan kerusi DUN Di Kedah..

Be-enD..

Oleh Masdar R Arifudin

BN berkemungkinan besar akan kehilangan satu kerusi Dun di Kedah apabila ADUN Kuala Nerang, Syed Sobri Syed Hashim diishtiharkan muflis oleh mahkamah setelah gagal melunaskan hutang banknya berjumlah RM100,000.

Syed Sobri yang dishtiharkan muflis 3 November lalu memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon Pas Zawawi Ahmad dengan majoriti tipis 805 undi dan Kesnya akan didengar awal Disember depan.

Speaker Dun Kedah Dr Abdul Isa Ismail telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Rashid yang akan bersara hujung tahun ini mengesahkan perkara berkenaan dan sedang menelitinya.

Sementara itu, Ketua angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin optimis bahawa Pakatan Rakyat (PR) melalui Pas mampu menawan kerusi berkenaan kerana Umno semakin rosak dan berpecah ke tahap yang amat teruk.

Shamsul berkata, perpecahan Umno jelas kelihatan menerusi pemilihan Umno yang disiarkan sendiri oleh media milik mereka sejak beberapa bulan yang lepas.

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil, ianya adalah medan terbaik untuk mengetahui sejauhmana sokongan dan penilaian rakyat kepada BN dan PR setakat ini.

Pada Pilihanraya 8 Mac lepas, PR berjaya menawan Kedah daripada BN apabila memenangi 22 daripada 36 kerusi Dun di Kedah.

Dun Kuala Nerang memiliki 18,394 jumlah pengundi berdaftar dan hampir 97% daripadanya adalah pengundi Melayu.



Klinik Ampang ‘tenat’ - Zuraida

oleh Ainuddin Ampang

PARLIMEN, 12 November (SK) - Setelah mendapat rungutan daripada lebih separuh penduduk di Ampang, Ahli Parlimennya Zuraida Kamaruddin membawa persoalan tersebut kepada Parlimen semalam.

Sebelum itu beliau sendiri telah membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan berkenaan baru-baru ini dan berjanji memperbaiki sistem yang lemah atas rintihan dan aduan dari orang ramai mengenai klinik berkenaan.

Zuraida yang juga Ketua Wanita KeADILan agak kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan dan sistem yang ada pada masa kini agak ketinggalan.

“Rakyat seharusnya mendapat yang lebih baik daripada sekarang dengan bayaran cukai yang agak tinggi berbanding dengan negara lain,” katanya.

Perkara yang dibangkitkan di Parlimen ialah isu kaunter dan rawatan khas untuk warga emas, perkhidmatan yang di katakan kurang memuaskan, pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan serta kelengkapan prasarana rawatan yang kurang.

“Malahan jika agak lewat hadir kira kira jam 4.30 pesakit terpaksa ke klinik swasta ataupun menunggu esok untuk mendapat kan rawatan di klinik berkenaan.

“Bagaimana jika mereka yang pulang lewat bekerja?” soalnya yang merupakan Ketua KeADILan Setiawangsa.

Namun, katanya, kelengkapan yang ada perlu ditambahkan lagi dengan fesiliti yang bersesuaian agar ianya setanding dengan nama negara maju. - msh



-sumber dari Suara KeADILan Online

Nov 13, 2008

Anwar happy with new Election Commission head

By Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, Nov 11 - Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has welcomed the appointment of Tan Sri Abdul Aziz Yusof, the Secretary-General of the Home Ministry, as the new chairman of the Election Commission (EC) replacing Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Anwar commended Abdul Aziz for his professional integrity and competence, saying: “He is quite highly regarded, that I know for certain,.”

However, he held a very cautious view as to Abdul Aziz’s ability to effect change to the public perception of the EC. He noted that the EC has been known to be “badly tainted”, referring no doubt to the increasing allegations against the election body under the helm of Abdul Rashid.

“We have to wait for his personal views that he, as chairman, will make and not as a secretary-general of a ministry,” Anwar said.

“He is entrusted with a major task of ensuring that a democratic institution in the country is respected.”

Anwar, the de facto PKR chief, had just concluded a Pakatan Rakyat secretariat meeting in Parliament today which he described as routine.

He said that among the things discussed were the need for an immediate meeting of all PR MPs and a special seminar to discuss current issues, which had been postponed in the past few weeks following the by-election in Permatang Pauh and the recent Hari Raya festivities.

Asked to confirm rumours that PR was moving for a parliamentary caucus on the judiciary, Anwar replied that there had been suggestions, but that as the Leader of the Opposition, he would need to consult and notify the minister in charge of parliamentary affairs, Datuk Seri Nazri Aziz, before he could make the subsequent proposal.

Anwar said he would do so as soon as possible but did not commit to a specific date.

Nov 8, 2008

Kenyataan Media: Pembebasan Raja Petra Kamarudin..


—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–-

KUALA LUMPUR, MALAYSIA; 7 NOVEMBER 2008

Rakyat Malaysia hari ini meraikan kemenangan dengan bebasnya Raja Petra dari tahanan ISA. Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tidak berpihak kepada Kementerian Dalam Negeri telah menunjukkan betapa Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah usang dan tidak layak lagi digunapakai.

Saya memuji mahkamah kerana berani untuk menjadi benteng pelindung kepada rakyat bila berhadapan dengan kerakusan penguasa. Komitmen hakim tersebut untuk memastikan keadilan terlaksana membolehkan Raja Petra mengecapi kembali kebebasan yang sememangnya menjadi hak rakyat Malaysia.

Keputusan ini membuktikan kerajaan sekarang tidak layak untuk memerintah. Kerana keangkuhan, kerajaan sekarang tidak menghiraukan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi, kebebasan dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang.

Kepimpinan BN terutamanya para menteri kabinet sepatutnya menginsafi kesalahan mereka kerana menyokong penggunaan ISA dan terus menerus bertindak zalim ke atas Raja Petra, individu-individu yang masih ditahan tanpa dibicara dan para keluarga mereka.

Ahli parlimen yang bertindak mendiamkan diri terhadap saranan Pakatan Rakyat yang mahukan wacana serta perdebatan serius bagi menghapuskan ISA, wajar mempertimbangkan semula pendapat mereka. Keputusan mahkamah hari ini membuka peluang buat semua ahli parlimen untuk maju ke hadapan bagi menghapuskan undang-undang kuku besi ini.

Ramai yang masih ditahan oleh undang-undang kuku besi ini, termasuklah ahli-ahli Hindraf dan individu-individu tertentu yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah. Mereka semua berhak untuk dibicarakan dengan adil. Saya mengulangi gesaan agar semua tahanan ini dibebaskan dan sebarang tuduhan mestilah dibuktikan di mahkamah.

ANWAR IBRAHIM



-sumber dari blog Anwar Ibrahim

Nov 6, 2008

Program Skuad Mutiara di Pusat Latihan PBA, Ayer Itam, Pulau Pinang 31 Okt - 2 Nov 2008







Program Penubuhan "SKUAD MUTIARA" di Bungalow PBA, Empangan Ayer Itam, Pulau Pinang pada 31hb Oktober hingga 2hb November 2008.


Untuk maklumat serta gambar yang lebih lanjut dan terperinci boleh di dapati di weblog PKR Bayan Baru. dan juga melalui link ini http://www.flickr.com/photos/bayanbaru/

Nov 4, 2008

Kenyataan Media AMK Malaysia 4 November 2008..


Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia


4 November 2008


Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.


Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.


Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.


AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.


AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.


Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?


AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.


Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.


Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


-- Biro PeneranganAngkatan Muda Parti Keadilan Rakyat



Related Posts with Thumbnails