Oleh Masdar R Arifudin
BN berkemungkinan besar akan kehilangan satu kerusi Dun di Kedah apabila ADUN Kuala Nerang, Syed Sobri Syed Hashim diishtiharkan muflis oleh mahkamah setelah gagal melunaskan hutang banknya berjumlah RM100,000.
Syed Sobri yang dishtiharkan muflis 3 November lalu memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon Pas Zawawi Ahmad dengan majoriti tipis 805 undi dan Kesnya akan didengar awal Disember depan.
Speaker Dun Kedah Dr Abdul Isa Ismail telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Rashid yang akan bersara hujung tahun ini mengesahkan perkara berkenaan dan sedang menelitinya.
Sementara itu, Ketua angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin optimis bahawa Pakatan Rakyat (PR) melalui Pas mampu menawan kerusi berkenaan kerana Umno semakin rosak dan berpecah ke tahap yang amat teruk.
Shamsul berkata, perpecahan Umno jelas kelihatan menerusi pemilihan Umno yang disiarkan sendiri oleh media milik mereka sejak beberapa bulan yang lepas.
Menurutnya lagi, sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil, ianya adalah medan terbaik untuk mengetahui sejauhmana sokongan dan penilaian rakyat kepada BN dan PR setakat ini.
Pada Pilihanraya 8 Mac lepas, PR berjaya menawan Kedah daripada BN apabila memenangi 22 daripada 36 kerusi Dun di Kedah.
Dun Kuala Nerang memiliki 18,394 jumlah pengundi berdaftar dan hampir 97% daripadanya adalah pengundi Melayu.
-sumber dari Suara KeADILan Online
No comments:
Post a Comment