Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Feb 16, 2020

Program-program Kadun Pantai Jerejak Pada 15&16 Febuari 2020











1. Sesi santai bersama penduduk-penduduk Lorong Mahsuri, Pantai Jerejak di Pulau Pinang.

Alhamdulillah, tengah hari ini diluangkan dalam sesi santai bersama penduduk-penduduk Lorong Mahsuri, Pantai Jerejak di Pulau Pinang.

Pejabat DUN Saya telah menganjurkan sesi gotong royong pada sebelah pagi bagi menceriakan persekitaran dan mengurangkan risiko terkena penyakit selain mengeratkan semangat kejiranan.

Sesi santai juga diadakan bagi mendengar sendiri permasalahan penduduk. Pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pihak Bomba dan Polis Diraja Malaysia ikut hadir.

Pelbagai maklumbalas telah diterima yang merangkumi permasalahan parking, kereta usang terbiar yang tidak ditunda, kereta yang park di bahu jalan dan menyebabkan kesesakan, perniagaan tanpa permit, pembuangan sampah secara meluas, tikus di surau, isu landskap dan lain-lain.

Pegawai-pegawai agensi Kerajaan yang hadir telah memberi respon dan ambil nota untuk tindakan susulan. Sebagi ADUN Pantai Jerejak, saya juga akan meneliti semua isu yang dibangkitkan dengan dekat dan bantu cari penyelesaian.

Saya juga sempat menyampaikan sumbangan barangan dapur berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan minuman daripada Mutiara Food Bank kepada beberapa warga yang memerlukan.

InsyaAllah, saya akan memperbanyakkan program seperti ini bagi menyantuni dan menjaga kebajikan rakyat terbanyak.

2. Sesi taklimat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang mengenai Projek Tebatan Banjir Bayan Baru

Dalam jadual balik kawasan yang padat, saya sempat menerima taklimat terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang mengenai Projek Tebatan Banjir Bayan Baru yang juga akan memberi manfaat besar kepada warga Pantai Jerejak.

Projek Tebatan Banjir ini bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan yang kerap terkesan dan telah bermula sejak Oktober 2018 lagi. Saya telahpun menerima taklimat awal tahun lepas daripada kontraktor.

Taklimat hari ini bagi saya mendapat maklumbalas terkini, cabaran-cabaran yang dihadapi serta bagaimana Kerajaan boleh tolong mempermudahkan pembinaan.

Projek ini dijangka siap akhir tahun ini. Saya telah menyatakan harapan saya bahawa projek ini akan menetapi jangka masa yang diberi bagi menawarkan kelegaan dan keselesaan kepada warga Pantai Jerejak.

Saya akan meneliti dengan dekat segala perkembangan dan bantu mempermudahkan urusan. Semoga berkat usaha semua, rakyat terbanyak akan menerima manfaat.

3. Perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Program balik kawasan yang padat kali ini diakhiri dengan perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Flat 13 tingkat dan 104 unit ini siap dibina pada tahun 1996. Penduduk flat ini mengalami dua permasalahan besar, iaitu bumbung dan piping bocor yang menjejaskan kehidupan isi rumah di banyak unit.

Kos kerja-kerja pembaikan bumbung dianggarkan berjumlah RM 81,775 dan kos kerja-kerja penukaran paip dianggarkan berjumlah RM 89,000.

Disebabkan kos yang banyak, Perbadanan Pengurusan Flat Taman Mas telah mendekati pejabat DUN saya untuk nasihat dan bantuan.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui "Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang" yang bersetuju menanggung 80% daripada kos pembaikan.

Baki 20% perlu ditanggung oleh Perbadanan Pengurusan Flat. Namun begitu, setelah permohonan daripada para penduduk Flat, Pejabat DUN saya bersetuju menyumbang RM 16,355, iaitu baki 20% untuk pembaikan bumbung.

Peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pejabat DUN Pantai Jerejak ini telah mengurangkan secara signifikan kos yang perlu ditampung oleh penduduk setempat.

Sebagai ADUN Pantai Jerejak, saya akan meneruskan usaha membela dan menjaga kebajikan warga Pantai Jerejak bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Adun Pantai Jerejak
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

No comments:

Related Posts with Thumbnails