Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 20, 2010

Zahrain Muka Tak Malu! Melutut Pada Komunis Mintak 'Dato' Seri'..

Kelancangan melulu DatukSeri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan
Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,


Bercakap pada sidang media di
lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.

"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan. "Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

"Ini karektor dia (Zahrain). Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.



- sharpshooter (penembak tepat)

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Related Posts with Thumbnails