Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 7, 2010

Di Tujukan Khas Kepada Ahli Parlimen BEBAS...



Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru, Sdr.Tan Seng Kiat sedang menyusun Surat Bantahan @ Petisyen untuk Ahli Parlimen BEBAS... Tahniah! Sejumlah 4ribu pucuk Surat telah HABIS diisi oleh para pengundi Bayan Baru...


Petisyen.. kenapa, apa dia kata? tak faham ka? sat translate kat bawah...

Terjemahan petisyen..

Kepada : YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim

Saya pengundi di Parlimen Bayan Baru sangat marah dan kecewa atas tindakan YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim pada 12 Februari 2010 di mana YB telah mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini telah mengkhianati sokongan kami kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai pengundi, saya menyesal mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim dalam pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana kami, pengundi Bayan Baru mengundi Parti Keadilan Rakyat dan bukannya mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim sebagai Calon Bebas.

Maka dengan ini saya Pengundi Bayan Baru menuntut dengan segera agar YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi Bayan Baru yang telah memberi undi kepada YB atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tindakan keluar Parti adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah yang saya dan pengundi yang lain berikan. Tindakan ini kami hanya untuk kepentingan YB sendiri sahaja.

Oleh yang demikian saya dan Pengundi Bayan Baru dengan tegas menuntut supaya YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim meletak jawatan serta merta sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan mengembalikan mandat kepada Pengundi Bayan Baru.

HIDUP RAKYAT

Tandatangan.

……………………..

Nama: ………………………..
No.K.P:……………………….


Suara hati pengundi Bayan Baru..


Namanya ditulis dengan warna Merah.. Ada makna tu..


Ni.. memang betul-betul marah ni..





Seluruh gambar-gambar diatas telah dirakamkan pada malam program sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat pada 06 Mac 2010, Sabtu di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

- dari ehsan : Anak Sungai Derhaka

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

No comments:

Related Posts with Thumbnails