Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.
Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.
Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.
Pad
Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini.
Mesyuarat pertama penggal ketiga Sidang DUN Perak ke-12 semalam dirasmikan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
Bagaimanapun, semalam ia berjalan lancar.
Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.
11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.
10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan. 10.55 pagi: Pihak kerajaan menyambung pembentangan rang undang-undang. Kebanyakan wakil pakatan tidak lagi berada di tempat duduk mereka lagi.
10.50 pagi: Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.
10.40 pagi: Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".
Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.
10.30 pagi: Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.
Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.
Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.
Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: "Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?"
Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika. - M'kini
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://aidilsaloon.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
http://sangklibot.blogspot.com/
http://paksupir.blogspot.com/
http://tunsabanbalek.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://usopsontoroyo.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
1 comment:
vapormax
yeezy
michael jordan shoes
adidas tubular
louboutin shoes uk
golden goose
fila
kyrie 5
supreme hoodie
jordans
Post a Comment