Setiausaha PKR Cabang Bayan Baru, Sdr.Salehuddin turut hadir di Balai Polis Bayan Baru (berbaju hijau, disebelah Sdr.Azrizal)
Risalah-risalah provokasi & fitnah dihantar melalui pos ke rumah ahli-ahli PKR kebanyakan disekitar Bayan Baru.
Petang tadi (26hb Mac 2010, Jumaat) PKR Cabang Bayan Baru melalui Sdr Azrizal Tahir, Ketua AMK Cabang Bayan Baru telah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Bayan Baru. Laporan pertama berkenaan penyebaran risalah fitnah dan senaskah buku bertajuk ' 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim ' yang memburuk-burukkan Pemimpin Pakatan Rakyat manakala laporan kedua berkenaan SMS (khidmat pesanan ringkas) provokasi berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru.
3 jenis risalah yang bertajuk :-
1. KEDUDUKAN ISLAM TERCABAR
2. KESUCIAN ISLAM TERCABAR
3. DISKRIMINASI DAP
telah dihantar melalui pos bersama senaskah buku yang bertajuk " 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim " kepada beberapa AJK Cabang B.Baru.
1 SMS provokasi untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru seperti berikut " Mesyuarat Agong Cabang pd 27/03/10 ditunda, tarikh akan diberitahu kelak, sebab R.O.S tidak beri kebenaran, tlg sebarkn kpd semua ahli pkr Bayan Baru. (salehudin bin pandak s/u Cabang Bayan Baru) " telah dihantar kepada kebanyakan ahli PKR Cabang Bayan Baru.
Bagi pihak kami dari Cabang Bayan Baru menyanggah fitnah dan tohmahan serta provokasi yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bayan Baru yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 Sabtu bertempat di B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru yang telah dihantar oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengucar-kacirkan PKR Cabang Bayan Baru dengan "menjual" nama setiausaha PKR Cabang Bayan Baru.
- sumber gambar & berita dari blogger zulmamakpng,...
--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
2 comments:
supreme new york
westbrook shoes
longchamp
air max 270
off white shoes
nike air max 95
nike air max 90
golden goose outlet
converse outlet
jordan retro
b7p28g0z85 j6r12w4i31 g8a08q1w50 n5g66f3j20 w0l75d4v69 k9x56n4w59
Post a Comment