Ini adalah gambar-gambar semasa lawatan ke kampung Sg Nibong Tengah, oleh ADUN Pantai Jerejak Y.B Sim Tze Tzin bersama Dr Thomas dari Jerman dan seorang wakil dari International Transparent. Juga tidak ketinggalan AJK JDM Sungai Nibong Tengah, Sdr. Hazali, Tuan Imam Yusuf dan Sdr. Samsudin.
Tarikh: 22hb Disember 2008.
Masa: 6.36 petang.
Sikap Yang Berbeza
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....
Kelmarin saya berkesempatan mengikuti rombongan melawat kampung Sungai Nibong Tengah, Bayan Baru...atau lebih dikenali sebagai kampung setinggan.
Ketua rombongan ialah ADUN Pantai Jerejak, Y.B Sim Tze Tzin dan diikuti bersamanya ialah Dr Thomas dari Jerman dan seorang wakil dari International Transparent.
Tujuannya ialah Dr Thomas ingin melihat keadaan kemiskinan di kawasan perkampungan. Apa yang menarik, beliau tidak kekok bergaul dan bertegur sapa dengan penduduk yang beliau jumpai, beliau juga mengutip sampah botol kosong dan memasukkan ke dalam tong sampah, sikap perihatin mereka sungguh tinggi.
Dari perbincangan semasa berjalan di dalam kampung, beliau mengatakan sepatutnya kita tidak susah, miskin dan keadaan ini tidak patut berlaku disini. Menurut beliau lagi jika dibandingkan dengan kemiskinan ditempat lain, jauh lebih baik disini. Kita tidak kurang sumber, semua memihak kepada kita.
Menurut beliau lagi, kita sepatutnya menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada untuk membantu meningkatkan pendapatan, namun sikap orang kita amat berbeza, ada lagi yang menarik tangan, menanyakan ada apa datang ke kampung ni? Ada nak beri sumbangan ka?... Kenapa tak datang lihat rumah saya..?? Bocor sana bocor sini..bila hujan, tapi bila di jenguk....nah..!! Ada tv 29 inci flat screen lagi.
Disebelah malamnya pula, Dr Thomas ini mengadakan perbincangan, apa yang perlu untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk, berasaskan pada lawatan sebelah petangnya...
Malang sekali saya tidak dapat menghadirkan diri kerana mengikuti program yang lain, di tempat lain.
Inilah contoh lawatan kerja ke tempat seperti kampung dan sebagainya yang mana tidak sia- sia, pergunakan apa kita temui, lihat dengar dan balik adakan perbincangan.
Saya berharap benar tiada lagi suara suara kurang enak dari orang atasan ..mengatakan melawat kampung suatu yang sia-sia...
Kalau balik melawat kawasan sesuatu yang sia sia...si Dr Thomas ni..datang dari jauh..datang buat apa?
Nak kata bukan profesional kerja ni...aik..dia tu sapa..kita ni siapa....???
Kepada Y.B-Y.B yang tak mahu balik kampung melawat kawasan dengan berbagai-bagai alasan...ubah lah sikap...
Andalah harapan baru...yang kami nantikan...
HARAPAN BARU...RAKYAT MALAYSIA.....BAYAN BARU....YANG BARU.
-sumber email & gambar dari AJK Bahagian Bayan Baru dan JDM Kampung Sungai Nibong Tengah, Sdr. Hazali Yahaya. Terima Kasih..!!
2 comments:
komen membina dari sdr. zulkifli ibrahim ke email sdr. hazali..
Tahniah,kepada anda dan rombongan
Mengenai sikap golongan yg hanya tanyakan sumbangan.inilah mentality
yg d tanam pemerintah trdahulu
Sbb itu sy setuju pendapat saudara inisiatif Yb2 kita amat perlu bg
tujuan menggunakan sumber negara membasmi kemiskinan.bukan cara adakan program sekadar mengisi kekosongan bg menampakkan kita turun padang tetapi pengisian tiada d laksanakan
Konsep memberi pancing lebih baik dari beri ikan,kita sedap nk sebut.. persoalannya apa itu 'pancing' & 'ikan' mana yg nk d pancing
Klau perniagaan 'pancing adalah sumber kewangan,produk yg nk d hasil serta lokasi tpt penghasilan dan perniagaan'
'Ikan pula ialah pelanggan, pasaran, agensi membantu & lain brkaitan pembelian drpd pengeluaran kita'
Fikir2kn lah maksud trsebut,buang sikap pemerintah dulu d mana Yb2 tmpat menagih projek..bila brlaku sedemikian,timbul isu mengampu, penting projek diri sendiri & kroni serta brlaku sikap 'yes man' hanya menjaga kedudukan walaupn Yb2 tak turun kawasan...
Sebab apa jadi yes man! tegur saja, projek hilang sbb semua tu 'ikan' yg d
jamu..semua jaga perut sj...perut org lain lapar tak mengapa..
Dari perbincangan semasa berjalan di dalam kampung, beliau mengatakan sepatutnya kita tidak susah, miskin dan keadaan ini tidak patut berlaku disini. Menurut beliau lagi jika dibandingkan dengan kemiskinan ditempat lain, jauh lebih baik disini. Kita tidak kurang sumber, semua memihak kepada kita.
buy stitched pakistani suits online
pakistani lawn suits stitched
Post a Comment