Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan 6 penjuru apabila selain PAS dan Barisan Nasional, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding.
Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas. Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland, 28 November lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon dan 17 Januari pula sebagai hari mengundi.
-sumber dari blog Kerajaan Rakyat.
[Nota: Jikalau betul seperti dikata, memang jelas dan nyata umno-bn amat sangat terdesak untuk menidakkan kemenangan besar kepada calon PAS, kerana mereka lah yang akan menaja kesemua calon-calon BEBAS ini bertanding... Percayalah...!!!]
No comments:
Post a Comment