Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Dec 31, 2008

KeADILan Gesa Kerajaan Segerakan Tabung Pemberhentian Pekerja

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyeru agar kerajaan menyegerakan inisiatif bagi menubuhkan Tabung Pemberhentian Pekerja dalam masa terdekat memandangkan trend pemberhentian pekerja diramal serius. KeADILan juga akan mengadakan dialog dengan kesatuan pekerja dan ahli akademik dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan untuk mengatasi isu kehilangan kerja yang dijangka makin serius. Pertemuan ini akan dikelolakan oleh Biro Pekerja KeADILan.

Menurut laporan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan, dan sekurang-kurangnya 200,000 pekerja akan hilang kerja pada akhir tahun nanti. Angka ini tidak termasuk lagi 300,000 pekerja daripada jumlah 500,000 pekerja Malaysia bekerja di Singapura yang akan diberhentikan kerja.

Berbanding dengan krisis ekonomi tahun 1998, di mana seramai 284,000 pekerja hilang kerja dengan kadar pengangguran 3.2%, kemelesetan ekonomi tahun ini jelas jauh lebih serius dan pasti mendatangkan kesan yang lebih teruk. Namun apa yang dikesali adalah sehingga ke hari ini kerajaan masih belum mewujudkan apa-apa langkah konkrit untuk menangani cabaran ini.

Malah usaha sekadar memantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Membantu Pekerja-pekerja yang Diberhentikan adalah tidak mencukupi. Kementerian Sumber Manusia juga harus mempastikan majikan tidak membuang pekerja-pekerja hanya untuk mengurangkan kos pembelanjaan.

Di saat-saat kritikal ini, kerajaan harus memainkan peranan menjaga kebajian pekerja, dan tiba waktunya untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang menjamin kebajikan pekerja sebelum isu pengangguran terjebak ke dalam masalah sosial yang lebih besar impaknya.


TIAN CHUA
Ketua Penerangan
Ahli Parlimen Batu, WP
Parti Keadilan Rakyat

dari web rasmi KeADILan.

Dec 30, 2008

'Alu-alukan' kehadiran Ezam bersama 6 kotak rahsia - AMK.

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu mengalu-alukan kehadiran bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor untuk berkempen dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu dengan turut membawa 6 kotak rahsia besarnya.




Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang dikatakan telah dijemput oleh calon Barisan Nasional Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh bagi membantunya kerana pertarungan yang sengit dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita (AMK Terengganu) meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN.

"Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam ketika menjadi Ketua AMK Malaysia, mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN," kata Fariz ketika ditemui Buletinonline semalam.

Beliau berkata sekiranya Ezam masih konsisten dan serius dalam menentang rasuah maka PRK Kuala Terengganu adalah medan yang terbaik untuk beliau mendedahkan rahsia 6 kotak masih menjadi tanda tanya.

"Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno- BN,

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam Umno- BN," katanya.

Ezam pada Mei lalu, menyertai semula Umno setelah menjadi pemimpin muda KeADILan selama satu dekad dengan alasan kononnya menyokong Perdana Menteri Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah. - azm _



-dari Harakahdaily.

Dec 29, 2008

Media Statement by Dr. Syed Husin Ali.



Media Statement

I wish to urge and plead to various leaders in Pakatan to stop taking their differences and conflicts through the media, especially the BN government controlled ones. This includes not only the Selangor MB and the Kapar MP, but also the Selangor Speaker and the Klang MP.

They should sit down to discuss and settle these differences and conflicts internally. There are various channels and procedures existing to do so.

In the absence of the President, Dr Wan Azizah Ismail and the Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim, who are away until January 6, I shall be calling a meeting of the Political Bureau this Wednesday, to discuss the main and related issues in order to find suitable solution.

The issue on the Kapar MP threat to leave PKR has been blown out of proportion by certain BN government party controlled media. They have distorted statements by some Pakatan leaders in order to portray as if the opposition alliance is in disarray.

Obviously, their intention is to draw public attention away from the series of crises in the BN and also within major components of the government coalition, leading to the upcoming Kuala Terengganu by-election.


Kenyataan Media

ISU MP KAPAR


Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.

Merka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008


-seperti yang disiarkan dari anwaribahimblog.com

Dec 28, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430H Bersamaan 29hb Disember 2008.


Salam Reformasi...!!! Salam Sejahtera...!!!

Selamat Datang & Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430H Dari Kami Warga Kerja & Jawatankuasa Komiti Blog keADILan Bayan Baru™ Kepada Semua Muslimin Dan Muslimat Serta Semua Rakyat Malaysia walau dimana jua anda berada.

Semoga dengan kehadiran 1 Muharram Tahun Baru 1430H dalam kalendar Islam dan hanya beberapa hari lagi juga dalam kalendar Masihi akan menyambut tahun baru 2009, agar hubungan antara saf-saf kepimpinan di Bahagian Bayan Baru dapat diperkukuhkan lagi dan turut bersama masyarakat setempat menambaheratkan lagi hubungan silaturahim, tanpa mengira batas kaum dan agama.


Selain daripada itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Program berikut :-

Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1430H Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tarikh: 29 Disember 2008 (Isnin)

Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi.

Tempat: Dewan Millenium, Bertam, Kepala Batas,
Seberang Perai Utara.


ATURCARA MAJLIS :

8.00 pagi : Ketibaan Dif-dif jemputan / Orang Ramai.

8.30 pagi : Ketibaan Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan Y. Bhg. Puan Nurusa’adah bt. Jelani.

8.35 pagi : Ketibaan T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A. Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff.

: Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita.

8.45 pagi : Bacaan Doa.

8.50 pagi : Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Berqiraat Oleh: En. Mohd Fakhrulradhi bin Kamarudin Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3.

9.05 pagi : Ucapan Aluan Oleh Y.B. Muhammad Fairus b. Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

9.20 pagi : Ucaptama Oleh T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

9.40 pagi : Persembahan Puisi Islam Oleh Kumpulan UNIC.

10.00 pagi : Ceramah Oleh : Y.Bhg. Dato’ Hj. Md. Hashim bin Haji Yahaya Pensyarah Syariah Kuliah Undang-undang, UIA.

Tajuk : “ Menjana Ummah Gemilang”

11.00 pagi : Majlis Penyampaian Anugerah & Tokoh Maal Hijrah.

: Lagu Negaraku dan Lagu Untuk Negeri Kita.

11.30 pagi : Bersurai.



-sumber program dari blog JKKK Batu Uban (DTL) P.Pinang.

Dec 27, 2008

PRK P.036 Kuala Terengganu Pertandingan 6 Penjuru...???


Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan 6 penjuru apabila selain PAS dan Barisan Nasional, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding.

Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas. Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland, 28 November lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon dan 17 Januari pula sebagai hari mengundi.


-sumber dari blog Kerajaan Rakyat.


[Nota: Jikalau betul seperti dikata, memang jelas dan nyata umno-bn amat sangat terdesak untuk menidakkan kemenangan besar kepada calon PAS, kerana mereka lah yang akan menaja kesemua calon-calon BEBAS ini bertanding... Percayalah...!!!]

Dec 25, 2008

Tahniah buat lantikan Ketua Perhubungan baru dan Salam hangat buat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim..!!


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti.

Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman

2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim

3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas

4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim

5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim

7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir

8. Perlis - Johari bin Shafie

9. Melaka - Khalid Jaafar

10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa

11. Perak - Osman Abdul Rahman

12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Tahniah buat yang baru dilantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI

Dalam perkembangan lain pula, begitu kuat khabar angin mengatakan kononnya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat (yang kini sudah pun SAH menyertai PAS). Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.



Selaku ahli MPT keADILan, penyertaan Datuk Zahar dan teman - temannya amat di alu-alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.

keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

dan juga rujukan dari Harakahdaily, "Ahlan Wasahlan Kapten Zahar!"




-sumber dari blog ahli MPT keADILan, che'gu Bard.

Dec 24, 2008

KENYATAAN MEDIA AMK; Angkatan Muda Keadilan akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
A-1-09, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-78850530 Faks: 03-78850531
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel Perhubungan: penerangan@angkatanmuda.org


Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pandangan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan kepentingan penubuhan struktur rasmi Pemuda Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri. Ini selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Kerjasama dan dialog yang erat telah sedia wujud sebelum ini di antara organisasi pemuda parti-parti Barisan Alternatif. Hubungan yang sama diteruskan antara Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS (DPPP). Malah menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.

AMK percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.

AMK sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.
Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya dijadikan peluang untuk membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat. AMK menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan DPPP dan DAPSY bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, semua organisasi pemuda Pakatan Rakyat diharap akan dapat memperincikan mengenai struktur formal yang diperlukan, termasuk mengenai perlantikan pengerusi yang seharusnya mencerminkan realiti komposisi kaum, mengambilkira jumlah kerusi Parlimen setiap parti dan pandangan Ketua Pembangkang.

Walaubagaimanapun, AMK komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.


Memimpin Harapan Rakyat


Shamsul Iskandar Mohd. Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.wordpress.com/

Dec 23, 2008

Makluman: Forum Perdana Ehwal Islam.



Tajuk: Dillema Ummah Dan Cabaran Masa Kini.

Anjuran Bersama: Pemuda Amal Sungai Ara & Jawatankuasa Qaryah Masjid Al-Huda, Sungai Ara.

Tarikh: 24hb Disember 2008 (Rabu)

Jam: 9:00 Malam.

Bertempat Di: Perkarangan Masjid Al-Huda, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ahli Panel: Ustaz Ahmad Jailani (Peguam Syarie) & Y.B Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai)



"SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR"



Dec 18, 2008

Seminar Bimbingan Usahawan Rakyat di Dewan Budaya, USM.



14 DIS, USM, BAYAN BARU - Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majis Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang berjaya mengadakan Seminar Bimbingan Usahawan Rakyat secara percuma selama 2 hari, seramai 1200 orang bakal perniaga menghadiri program yang diusahakan oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mohamad Fairus Khairuddin yang merupakan exco pembangunan usahawan dan koperasi.



"Program ini telah menarik minat ramai pengusaha, pada mulanya jumlah yang telah ditentukan adalah 200 orang bagaimanapun permintaannya meningkat melebihi sasaran" menurut Mohamad Fadzil Hashim (gambar atas) yang merupakan penceramah program ini serta Jurulatih Perniagaan Antarabangsa bersama Action COACH International melatih dan membentuk perniagaan bermula dari kecil kepada syarikat multinational.




Berita Pautan boleh dilayari di weblog PKR Bayan Baru dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi. Terima Kasih atas ehsan gambar.

Dec 17, 2008

Forum Wanita, Kerjaya, Keluarga & Politik di Dewan Sri Pinang.

Ketua Wanita KeADILan Negeri P.Pinang, Puan Norhayati.


13 Disember, GORGETOWN - Wanita terbukti berjaya untuk menguruskan keluarga serta boleh menguasai serta mempimpin kerjaya dan politik, jika dirasai mampu itulah antara rumusan tersirat yang dibuat dalam forum Wanita, Kerjaya, Keluarga dan Politik anjuran Wanita Keadilan Pulau Pinang yang dihadiri YB Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim, Peguam Wanita, Fellicia, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr' Lo Lo dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.


"Ibarat Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika wanita meletakan sasaran dari segi jumlah sahaja untuk menguasai dan memimpin" jelas Dato' Zahrain yang merasai bahawa sememangnya wanita boleh bersaing dan mengasingkan tanggapan gender dalam kerja mereka.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mohamad Fairus Khairuddin.


Kanak Kanak diberi perhatian dalam Dewan Rakyat



YB Dato' Zahrain dalam majlis berbeza anjuran Smart Reader Kids, Sungai Ara beliau menyatakan bahawa perkara melibatkan keselamatan dan pendidikan kanak-kanak sering dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Dato' Zahrain turut mengingatkan kenangan keriangan kanak-kanak adalah suatu masa yang begitu indah, disitulah mereka memerlukan sokongan dan kasih sayang ibu bapa.
Oleh itu menurut beliau, ibubapa hendaklah menggunakan masa ini untuk merangsang perkembangan kanak-kanak ini untuk dengan didikan yang sempurna.

Pendidikan anak-anak ini juga selalu dibangkitkan di Dewan Rakyat, supaya memastikan pendidikan mereka ini tidak ketinggalan.



-sumber berita pautan dari weblog PKR Bayan Baru. Terima Kasih atas ehsan gambar.


Dec 16, 2008

Siaran Media dari Pejabat Ketua Pembangkang: Usul Tubuh SPRM Masih Mempunyai Kelemahan.



Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim---
Kuala Lumpur, 15 Disember 2008---


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.

"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.

Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan. (tamat)

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim


-- For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.



Biro Penerangan
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

Dec 12, 2008

Program Qurban 1429 Hijrah Di Pejabat KeADILan Bayan Baru, JDM Sg Nibong Kechil.


















Salam Aidiladha....


Selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, AJK-AJK, AMK & Wanita Bahagian bersama JDM, JKKK Mk 13, serta penduduk Kampung Sungai Nibong Kechil telah bersama-sama bergotong-royong menjalankan program Qurban dan kenduri secara sederhana di perkarangan Pejabat KeADILan Bayan Baru (rumah Pak Salim).

Sebanyak 3 ekor lembu korban telah selamat disembelih dan daging-daging korban telahpun berjaya diagihkan kepada seluruh penduduk sekitar.

Ustaz Syed Nazli (bekas calon keADILan DUN Pantai Jerejak 2004) serta Sdr. Zainuddin Hanif (Setiausaha Kerja Pusat Khidmat Parlimen) telah diberikan amanah untuk menyempurnakan upacara penyembelihan lembu-lembu Qurban tersebut.

Turut hadir pada sebelah tengahari, tetamu jemputan, Timbalan Ketua Menteri 1 Y.B Fairus Khairuddin, ADUN Batu Maung Y.B Haji Malik Kassim, Setiausaha Perhubungan Negeri Sdr. Mustafa Kamal (Pak Mus), Ketua Bahagian KeADILan Balik Pulau, Dr. Mansor Othman, pegawai Khas Ahli Parlimen Bayan Baru, Sdr. Jamil Mohamad Nor dan Pemangku Ketua Wanita Bahagian Bayan Baru Puan Fauziah Mahadi.

Ahli JawatanKuasa Bahagian Bayan Baru yang juga Pengasas Markas KeADILan Sungai Nibong Kechil, Sdr. Mohamad Salim Bin Said @ Pak Salim telah mengetuai kerja-kerja melapah daging-daging korban bersama petugas yang hadir, mengasingkan daging-daging yang telah dipotong kecil untuk dibungkus dan seterusnya menyiapkan bahan-bahan asas untuk majlis kenduri Qurban tersebut.

Program Qurban pada tahun ini yang turut disertai oleh kebanyakannya ahli Angkatan Muda KeADILan JDM & Bahagian Bayan Baru dan berjaya mengumpulkan anak-anak Muda PALING RAMAI di sekitar Parlimen Bayan Baru sejak parti ditubuhkan serta bergabungnya di antara Parti KeADILan Nasional (PKN) dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang tertubuhnya PARTI KEADILAN RAKYAT berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang mana Parti KeADILan Rakyat bersama Pakatan Rakyat belum memerintah negeri Pulau Pinang.

Dec 11, 2008

Y.B Datuk Arif Shah At PKR's Aidiladha Feast.


BUKIT MERTAJAM: Seberang Jaya assemblyman Datuk Arif Shah Omar Shah has set tongues wagging again after he was spotted at an Aidiladha kenduri (feast) organised by PKR here.

The Umno assemblyman was leaving the kenduri at Permatang Rawa near here when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived with his entourage.

Also present was Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, the man Arif Shah was rumoured to replace.

After exchanging smiles, both Anwar and Arif Shah shook hands.

When Arif Shah was asked to pose with Anwar for a picture, he declined saying that he was rushing to another kenduri.

”This is just a coincidence and not a planned meeting. I am just meeting up with my constituents,” he said.

Arif Shah explained that the chairman of the Permatang Rawa surau had invited him to the kenduri and he had no idea that the event was organised by PKR.

Asked if PKR was reaching out to Arif Shah, the PKR de facto leader said the party would reach out to the entire community.

He added that it was good of Arif Shah to come and it was the first time he was meeting Arif Shah after the Permatang Pauh by-election.

It has been rumoured that Arif Shah was being wooed by PKR to replace Mohammad Fairus as deputy Chief Minister but Anwar has denied that.

Earlier this month, Umno sacked former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim for attending events organised by opposition parties.

All news & information taken from anwaribrahimblog.com and the star online.

Dec 10, 2008

PROGRAM MASYARAKAT MADANI JKKK BATU UBAN






















Berkat usaha dan kerjasama anggota JKKK Batu Uban dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan NGO-NGO dari Haluan, Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Doktor-doktor sukarelawan, Doktor Perubatan Alternatif serta Jabatan Pertanian P.Pinang dan Persatuan RASSTA .membuatkan setiap aturcara berjalan lancar.Begitu juga acara Pertandingan Mewarna,penulisan Jawi,azan dan Takraw bulat mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk tempatan yang berlangsung seawal 8am disekitar kawasan KAFA & Masjid Batu Uban.

YB Raveentharan Adun Batu Uban telah tiba di lokasi seawal 9.30am dikuti oleh TIMBALAN KETUA MENTERI 1,YB. Mohammad Fairus Khairuddin pada 10.10am (sepatutnya 11am) seterusnya Ahli Exco Pertanian Negeri YB Law Choo Kiang pada 10.20am dan Yang Di Pertua Pas Kawasan Bayan Baru merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar Perak iaitu YB.Ustaz Dr. Mujahid Yussof Rawa pada 10.30am.Uniknya golongan belia telah berkonvoi bermotosikal bagi setiap YB yang masuk ke Kg Batu Uban ini sehingga sampai ke tapak Majlis.Mereka adalah anak-anak muda kampung ini dari Persatuan RASSTA yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membuat kerja-kerja amal dan kebajikan kepada penduduk di sini dengan berkerjasama dibawah JKKK Batu Uban.

Di sebabkan ketibaan TKM1 agak awal dari yang dijadualkan ,sedikit perubahan berlaku pada aturcara dimana sebaik beliau tiba Kumpulan Kompang Kg batu Uban mengeringi TKM 1 ke pentas dan di ikuti acara pertunjukan pencak silat dan seterusnya beliau dan YB-YB yang lain berkunjung terus ke Dewan JKKK melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan dan gerai-gerai yang berada di sekitar Dewan JKKK.Beliau kemudian melawat dan memberi sumbangan hamper kepada masyarakat miskin.YB Ustad Dr.Mujahid juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan duit ringgit bagi pihak PAS Kawasan kepada masyarakat miskin.Pada 11.pagi kesemua Yang berhormat kembali ke pentas diringi Pengerusi JKKK Batu Uban iaitu Tuan Haji Othman Nordin.

Ucapan didahului bacaan doa selamat oleh Pengerusi Qariah Masjid Batu Uban iaitu En.Shaik Abdul Aziz .Ucapan di dahului oleh YB Ustaz Dr.Mujahid dimana beliau menegaskan dan meminta kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempertahankan nilai sejarah dan harta warisan MASJID BATU UBAN yang berusia hampir 300 tahun sebagai masjid tertua di Pulau Pinang yang dibuka pada 1734 oleh orang melayu islam iaitu sebelum kedatangan Ingeris Sir Francis Light ke pulau ini yang dahulunya bernama Pulau Kasatu pada 12th August 1786.YB.Law Choo Kiang sebagai Exco Pertanian Negeri begitu komited untuk memberi bantu dari segi latihan dan teknikal kepada penduduk Batu Uban dalam mengusahakan perternakan Ikan Keli dalam tangki atau kanvas sebagai mata pencarian alternatif bagi penduduk yang dahulunya majoriti nelayan.

TKM 1 YB.Mohmaad Fairus pula menegaskan bahawa kerajaan negeri menjadi negeri yang pertama menaikkan gaji guru-guru Kafa dan beliau amat komited untuk memastikan dan mengekalkan Kg Batu Uban sebagai kampung warisan yang dipelihara terutamanya Masjid Batu Uban berada di sini.Beliau juga menasihatkan supaya anggota JKKK bergerak dan membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dan latarbelakang parti tidak seperti mana JKKK semasa kerajaan Umno / BN dahulu yang hanya membantu suku sakat dikalangan ahli mereka sahaja menyebabkan penindasan berlaku dikalangan masyarakat.

Beliau berbangga JKKK Pakatan Rakyat di Batu Uban ini yang ditunjangi oleh PAS telah melakukan tugas dengan baik dan berkesan dalam menjadi penganjur PROGRAM MASYARAKAT MADANI yang berlangsung dengan baik dan lancar sekali.Beliau berkata seperti yang di maklumkan kepadanya inilah julung kali program sebesar ini diadakan oleh kerajaan negeri di kampung ini ,yang sebelum ini selama 51 tahun BN memerintah meminggirkan masyarakat melayu Batu Uban.

sumber maklumat dari blog jkkk batu uban
Related Posts with Thumbnails