Mar 10, 2009

Pertemuan Dengan Pak Lah ~ malaysiakini

Pertemuan empat mata PM-Anwar cetus spekulasi

Mar 10, 09 8:18pm
Pertemuan empat mata antara perdana menteri dengan ketua pembangkang di sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini membuka spekulasi wujud rundingan antara dua tokoh politik negara itu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman yang diasaskan oleh seorang tokoh agama Syeikh Mahmud al-Majzub.

anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 04Majlis yang turut dihadiri beberapa ulama luar negara itu bersempena sambutan Maulud Rasul.

Isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengiringi suaminya ke majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir di situ, menafikan wujud rundingan sulit antara Abdullah dengan Anwar seperti dispekulasikan oleh seorang penulis politik.

Mohd Sayuti Omar, yang berada di madrasah waktu itu, berkata kedua-dua pemimpin itu berada di rumah Syeikh Mahmud lebih 90 minit, termasuk untuk makan.

"Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1.40 petang.

"Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.

"Satu perundingan juga dikatakan berlaku (antara dua tokoh politik itu) dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!" tulis Mohd Sayuti di blog peribadinya.

anwar and pak lah hulu langat meeting 100309 02Bagaimanapun satu sumber dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini petang ini, satu pertemuan tertutup dengan Abdullah berlangsung atas permintaan Syeikh Mahmud.

Pertemuan selama 20 minit itu membangkitkan beberapa isu, antaranya penyerahan kuasa Abdullah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ia sudah terlambat," kata perdana menteri, menurut sumber PKR itu, apabila dipersoalkan oleh Anwar berhubung kelayakan Najib memimpin negara.

Abdullah juga didakwa memberitahu Anwar bahawa masih ramai ahli-ahli parlimen Umno yang setia padanya walaupun parti itu bakal diketuai oleh Najib bulan depan.

Dalam pertemuan itu juga, perdana menteri dan penasihat PKR berjanji untuk sentiasa membuka ruang berkomunikasi antara mereka berdua.

Dalam blognya, tidak menafikan pertemuan empat mata itu, Anwar hanya berkata "terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan perdana menteri di Hulu Langat tengah hari tadi."

- dari sumber malaysiakini.

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama' dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama' yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

-dari anwar ibrahim blog.

dan pautan cerita boleh didapati di [sini] dan juga [di sini]


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 comment:

  1. INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



    NEGERI SELANGOR
    Warta Kerajaan
    DITERBITKAN DENGAN KUASA
    GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
    PUBLISHED BY AUTHORITY

    Jil. 48
    23hb November 1995
    TAMBAHAN No. 23
    No. 24
    PERUNDANGAN
    Sel. P.U 48.

    ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
    FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
    En. 2 / 1989

    PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

    ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
    FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

    En. 2 / 1989
    IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

    JADUAL/ SCHEDULE

    ( 1 )
    Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

    ( 2 )
    Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

    Dibuat pada 25hb Oktober 1995
    Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

    DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
    Mufti Negeri Selangor

    ReplyDelete

Harap Komen ANDA Adalah KOMEN yang MEMBINA ataupun Pandangan...