Mar 13, 2009

Musim Bunga Menjadi Sungguh! ~ malaysiakini


Salam Semua,

Betapa indah bandar Bayan Baru dihiasi secara semulajadi, menyambut satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Musim bunga tahun ini sungguh menarik kerana pohon pohon Sakura berbunga dengan lebat sekali, berbeza dari tahun tahun yang sebelumnya.

Apa yang menariknya ialah jalan di sepanjang hadapan Hospital Pantai, jalan hadapan PISA, jalan Relau, jalan Sungai Ara, berwarna warni dan ramai pelancong luar dan dalam negeri tidak melepaskan peluang merakamkan gambar untuk kenang kenangan.

Saya ada bertanyakan seorang pelajar dari Yamen, apakah yang beliau amat mengingati tentang negaranya...kata nya "Suasana musim bunga",menurut beliau lagi, jika semua pohon berbunga lebat, itu membawa "petanda baik" dan mereka amat berharap agar musim bunga akan menjadi di setiap tahun.

Bagi kawan sekerja saya Mr Yoda yang berasal dari negara Jepun pula katanya, pada musim bunga penduduk sekitar akan berpakaian tradisi kimono dan beriadah dibawah pohon sambil menikmati makanan. Mereka amat mengharapkan musim bunga menjadi setiap tahun, kerana mereka amat mengharapkan temasya musim bunga...tambahnya yang bekerja untuk FPL...

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk menikmati keindahan pemandangan musim bunga jalan dikawasan Bandar Bayan Baru,saya paparkan untuk tatapan bersama .


2 comments:

  1. Salam Semua,
    Ramai benar pelancong merakamkan gambar disekitar pohon...namun paling tak menyenangkan ada segelintir orang membawa galah dan mengngait bunga bunga itu...
    biar apa pun alasan...perbuatan tersebut patut tidak berlaku...

    kita amat berbeza!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Semua,

    "Semoga demokrasi berkembang dan mewarnai politik Malaysia....seindah musim bunga di Bayan Baru"....

    Itulah..."HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA"....

    ReplyDelete

Harap Komen ANDA Adalah KOMEN yang MEMBINA ataupun Pandangan...