Sudut Khidmat Pengisian Jawatan Kosong

Sila Klik di link berikut untuk kemaskini Jawatan Kosong yang perlu diisi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

http://www.mppp.gov.my/web/guest/jawatan_kosong

Portal ADUAN RASMI Kerajaan Negeri Pulau Pinang (ePintas)

Sila layari di link berikut untuk Sebarang Aduan mengenai perkhidmatan di negeri Pulau Pinang . Klik di [SINI]


Media Terkini Pakatan Rakyat [klik pada logo untuk terus ke laman web]


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Kami Arus Perjuangan ~ lagu rasmi KeADILan

Memori Reformasi ~ blogger SharpShooter..

selamatkan malaysia...

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

Tahniah MaT MonGGoL... 1ApCo

keADILan Untuk Semua...

keADILan Untuk Semua...

Mar 31, 2010

700 Keluar PKR Satu Penipuan Besar!


IPOH 31 Mac - Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

"Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

"Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.
"Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.
Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar. ~ suara keadilan

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Pengundi Kulim Bandar Baharu Naikkan Banner Anti Ahli Parlimen BEBAS

Pengundi di kawasan Parlimen Bayan Baru bila lagi nak tunjukkan ketidakpuasan hati pada mantan Ahli Parlimen PKR yang sekarang ini dah isytihar Ahli Parlimen BEBAS 'tidak mesra' AmNo-Beer EnD...???

Anda Semua Tak DiTipu ka...???

- sumber gambar dari :~ sharpshooter

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Polis Ceroboh DUN Perak...

Dewan Undangan Negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pad

a sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini.

Mesyuarat pertama penggal ketiga Sidang DUN Perak ke-12 semalam dirasmikan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Bagaimanapun, semalam ia berjalan lancar.

Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.

11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.

10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan.

10.55 pagi: Pihak kerajaan menyambung pembentangan rang undang-undang. Kebanyakan wakil pakatan tidak lagi berada di tempat duduk mereka lagi.

10.50 pagi:
Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.

10.42 pagi: Yee Seu Kai (DAP-Pokok Assam) diberikan peluang untuk bertanya soalan. Yee cuba membenarkan Nga untuk membangkitkan soal peraturan dewan. Ganesan berpindah kepada soalan berikutnya.

10.40 pagi:
Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".

Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.

10.30 pagi:
Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.

Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.

Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: "Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?"

Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika. - M'kini

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


Mar 28, 2010

LGE : " See U In Court Zahren.."

Tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau, Lim Guan Eng dianggap usaha mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi beliau.

Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.

"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.

Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamah diteruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.

"Kami mengesyaki Zahrain samada beliau benar-benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil," jelasnya.

Yap Hwa berkata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23 Mac lalu mempersoalkan tindakan Zahrain menggelar Guan Eng sebagai komunis kerana tidak mendapat sebarang bentuk imbuhan dari kerajaan negeri.

Ghafur dalam ucapannya di Parlimen dipetik sebagai berkata, "Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis.

"Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana 'umpan' yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat," tegas Yap Hwa lagi. -SK

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 27, 2010

Laporan Polis Terhadap Provokasi Cubaan Gagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Bayan Baru

Setiausaha PKR Cabang Bayan Baru, Sdr.Salehuddin turut hadir di Balai Polis Bayan Baru (berbaju hijau, disebelah Sdr.Azrizal)

AJK serta ahli-ahli PKR Cabang Bayan Baru bersama AMK Cabang Bayan Baru turut hadir bersama memberi sokongan moral terhadap laporan polis oleh Sdr. Azrizal di Balai Polis Bayan Baru.

Risalah-risalah provokasi & fitnah dihantar melalui pos ke rumah ahli-ahli PKR kebanyakan disekitar Bayan Baru.



Petang tadi (26hb Mac 2010, Jumaat) PKR Cabang Bayan Baru melalui Sdr Azrizal Tahir, Ketua AMK Cabang Bayan Baru telah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Bayan Baru. Laporan pertama berkenaan penyebaran risalah fitnah dan senaskah buku bertajuk ' 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim ' yang memburuk-burukkan Pemimpin Pakatan Rakyat manakala laporan kedua berkenaan SMS (khidmat pesanan ringkas) provokasi berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru.

3 jenis risalah yang bertajuk :-
1. KEDUDUKAN ISLAM TERCABAR
2. KESUCIAN ISLAM TERCABAR
3. DISKRIMINASI DAP
telah dihantar melalui pos bersama senaskah buku yang bertajuk " 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim " kepada beberapa AJK Cabang B.Baru.

1 SMS provokasi untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru seperti berikut " Mesyuarat Agong Cabang pd 27/03/10 ditunda, tarikh akan diberitahu kelak, sebab R.O.S tidak beri kebenaran, tlg sebarkn kpd semua ahli pkr Bayan Baru. (salehudin bin pandak s/u Cabang Bayan Baru) " telah dihantar kepada kebanyakan ahli PKR Cabang Bayan Baru.

Bagi pihak kami dari Cabang Bayan Baru menyanggah fitnah dan tohmahan serta provokasi yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bayan Baru yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 Sabtu bertempat di B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru yang telah dihantar oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengucar-kacirkan PKR Cabang Bayan Baru dengan "menjual" nama setiausaha PKR Cabang Bayan Baru.

- sumber gambar & berita dari blogger zulmamakpng,...

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 26, 2010

Al-Fatihah : Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia...

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut

peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. - malaysiakini

Semoga roh mantan ahli parlimen ini dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan para sholihin di syurga Allah...

Al-Fatihah...

Mar 23, 2010

Ghapur: Zahrain Penipu Besar...!!!


Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Dato' Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.




Selain Ghapur (kiri), MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.




* - bila pemimpin gerombolan ubn pun kata dia ni penipu besaq, apa lagi pandangan umum dan pakatan rakyat...MP paling hampehhh...


--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 22, 2010

Siapa Bersahabat Dengan Israel-Yahudi...???



SAH:UMNO BERGOMOL DENGAN YAHUDI!!!


klik pada gambar surat untuk baca lebih lanjut...

CISSSS..DARI DULU SAMPAI SEKARANG TAK PERNAH BERUBAH...MEREKA MENGKHIANATI PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN ISLAM...MEREKA SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI DEMI KUASA MEMERINTAH DAN MEMPERBODOH KAN BANGSA MELAYU KITA..CILAKA..http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/03/umno-ada-hubungan-bau-bau-taik-dengan.html#comments

Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BRIGED MP SEGAMBUT. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.

Mar 20, 2010

Zahrain Muka Tak Malu! Melutut Pada Komunis Mintak 'Dato' Seri'..

Kelancangan melulu DatukSeri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan
Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,


Bercakap pada sidang media di
lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.

"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan. "Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

"Ini karektor dia (Zahrain). Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.



- sharpshooter (penembak tepat)

--
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 19, 2010

Apa Agenda Tak Mahu Daftar Pemilih Automatik..???

KOTA BHARU, 18 Mac: Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) memberitahu sejumlah 4.39 juta pengundi belum berdaftar, sebaliknya menteri pula kata kerajaan tidak akan memaksa rakyat untuk mengundi.

"Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

"Mungkinkah ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan apabila tuntutan rakyat dan parti-parti pembangkang supaya mengguna daftar secara automatik tidak dihiraukan," kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Sedangkan sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Mohd Khir yang juga Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali memberi analogi mudah, mana lebih baik menangkap ayam dan dikurung dalam reban sebelum disembelih atau menangkap ayam di luar kandang sebelum dikorbankan.

"Kerajaan sudah ada jalan yang begitu mudah dan menjimatkan masa bagi mendaftar pengundi, namun kerajaan masih enggan melakukan.

"Ini menimbulkan satu persoalan. Kalau tidak ada agenda sulit yang tidak diketahui umum, sudah tentu pendaftaran pengundi secara automatik yang lebih telus dan menjimatkan wang kerajaan diterima pakai," katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof berkata, setiap kali pengerusi baru SPR dilantik tentunya ada cadangan pembaharuan yang cuba dibawa bagi mengelakkan badan itu daripada terus dikritik pembangkang.

Katanya, begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Tan Sri Aziz, beliau cuba untuk melakukan reformasi, namun kerajaan enggan menerimanya.

"Ini bermakna kita terpaksa menunggu pengerusi baru SPR lain pula untuk melihat ada ketelusan dalam sistem pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Mungkin juga kenyataan pengerusi SPR baru sekarang hanya sekadar untuk meredakan kemarahan dan mengelakkan menjadi sasaran kritikan pembangkang," katanya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional ternyata takut dengan kehadiran pengundi muda sehingga cadangan daftar automatik tidak dihiraukan kerajaan.

"BN takut tidak lagi dapat memanipulasi daftar pemilih kalau dilakukan pendaftaran secara automatik. Itulah sebabnya kerajaan tolak untuk leksanakan daftar itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, kerajaan nampak berminat membelanjakan lebih banyak wang untuk mengadakan kempen daftar pemilih, sedangkan kaedah yang menjimatkan diketepikan.

"Penantian begitu lama rakyat untuk melihat pengendalian pilihan raya berlaku secara benar-benar telus belum mampu menjadi kenyataan," Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah.

- harakahdaily

p/s - ada udang disebalik mee niii...tak pun ada buaya disebalik batu...???

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://aidilsaloon.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://sangklibot.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

http://tunsabanbalek.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://usopsontoroyo.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Beribu OKU, Berjuta Rakyat...

Catatan ini orangkasai catatkan sebagai respon kepada berita yang disiarkan di beberapa akhbar hari ini tentang OKU hadiahkan kek hitam kepada Guan Eng. OKU yang dimaksudkan ialah Fauziah Abdul Kadir, 48 dari Permatang Janggus, Permatang Pauh. Beliau telah menyerahkan kek hitam yang tertulis, 2 tahun gelap di bawah pakatan. Beliau menjelaskan bahawa hadiah yang disampaikan bukan ingin menunjukkan perasaan amarah, jauh sekali melakukan perkara yang tidak baik namun terkilan sangat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dan wakil rakyat.
Beliau juga memaklumkan bahawa, beliau menerima bantuan bulanan sebanyak RM550, RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM250 lagi daripada Pusat Urus Zakat. Sekarang beliau tinggal menumpang di rumah keluarga angkat di Permatang Tengah, Permatang Pauh. Dan Fauziah juga masih giat meminta sedekah di sekitar Rope Walk, Georgetown.

orangkasai nampak Fauziah ini diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan kek hitam tersebut, supaya pentadbiran kerajaan negeri yang ada akan dipandang serong oleh rakyat jelata yang lain. orangkasai nak ingatkan Fauziah, bersyukurlah dengan pendapatan percuma RM550 sebulan. Ini bermakna Fauziah boleh berbelanja hampir RM20 sehari. Ingat masih ada beribu-ribu lagi OKU di Pulau Pinang yang nasib mereka mungkin lebih malang dari anda. Kerajaan Pulau Pinang bukan untuk kebajikan seorang OKU sahaja, malah ada beribu-ribu OKU lagi, berjuta-juta rakyat Pulau pinang yang perlu diberikan perhatian. Jangan nak mengada-ngada, menggunakan status OKU untuk meraih simpati.

Dengan apa yang telah dilakukan ini, orangkasai harap jangan ada lagi individu yang akan menghulurkan sedekah padanya jika dia masih berkeliaran meminta sedekah. Katakan padanya belanjalah RM550 tersebut dengan berhemah. Jangan nak kelentong konon sewa rumah RM300 sebulan, takkan tinggal dengan keluarga angkat pun kena bayar sewa rumah juga.

**** sekiranya Fauziah diperalat oleh pihak-pihak tertentu, orangkasai halakan rasa kesal ini kepada pihak tersebut. jangan bermain politik murahan sampai begitu sekali, melibatkan OKU yang tidak tahu hujung pangkal***


- Sungai Kasai


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 18, 2010

Ahli Parlimen BEBAS Baca Skrip AmNo-Bn

Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.

Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononnya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya.

Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata.

"Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

"Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka," tegas Anwar.

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN.

"Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti."Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN).

"Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti," komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup. - SK



" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 14, 2010

Ahli Parlimen Bebas Diberi Tempat Khas

Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin ini akan menyaksikan tujuh Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.

Mendahului kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang akan duduk di barisan ke-3, diikuti Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) di barisan ke-4 di blok F.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pula akan berada di barisan terakhir blok berkenaan bersama-sama dengan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, berkata kedudukan baru Ahli Parlimen Bebas itu sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu masih tertakluk kepada perubahan seperti kemungkinan beralih kerusi," katanya pada taklimat kepada media mengenai persiapan menjelang Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di sini, semalam.

Roosme berkata, mesyuarat Parlimen itu akan berlangsung selama 32 hari, dari 15 Mac hingga 15 April depan dan 11 hari (26 April hingga 6 Mei).

Tuanku Mizan yang menyempurnakan istiadat pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen itu akan turut bertitah di Parlimen sebelum titahnya dibahaskan selama tujuh hari, manakala tempoh empat hari diperuntukkan kepada menteri Kabinet untuk menjawab perbahasan.

Selain tujuh wakil Bebas, persidangan Parlimen kali ini menyaksikan 137 kerusi adalah wakil Barisan Nasional (BN) manakala 78 kerusi wakil pakatan pembangkang.

- tv selangor


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 13, 2010

‘I Will Not Quit As MP, Despite Pressure’ : Zahrain

PENANG: Bayan Baru Member of Parliament (MP) Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim has reiterated that he would not relinquish his position as MP.

He said he would not give in to pressure from those calling on him to vacate the seat as he was an elected representative for Bayan Baru.

"I am very clear about my stand and I would like to continue serving the people, especially in Bayan Baru, as an independent MP," he said in an exclusive interview with Bernama at his new office in Bayan Baru, here, Saturday.

He stressed that he had not betrayed the voters and would continue serving the constituents as he had informed the Parliament Speaker of his status as an independent MP.

"The PKR (Parti Keadilan Rakyat) members should know that I am not an MP for the party; I am an MP for the people. They cannot stop me from continuing to serve the people," he said.

Mohd Zahrain said in the 2008 general election, he received about 27,000 votes from the people of Bayan Baru in order for him to become their MP.

"I believe that not all of them want me to vacate the seat, but only a small group who may be influenced by PKR which wants me to quit.

"I think that in the democratic process, it is my right whether to vacate the seat or not."

He said he felt betrayed by the party instead.

"After the major loss in the 2004 general election, I was assigned to the task as the PKR state chairman to rebuild the party."

He said he had sacrificed for the party during its hard times but was eliminated after the party came into power (in Penang).

He added that the problem with PKR was that it was compromising too much with its coalition partner, the DAP.

"I am still all for reformation but succumbing to the DAP, especially to Lim Guan Eng who is Penang Chief Minister, will destroy Pakatan Rakyat," he said, adding that he left PKR because it had gone off-track.

Asked whether any Barisan Nasional MP had approached him, Mohd Zahrain said none so far but admitted that he had gone on a trip to the United States with several BN MPs and ministers from Feb 20 to 28.

"As far as I am concerned, I have no intention of joining any other party. I will remain an independent. I will stand on my own," he said.

In January, Zahrain had accused Lim, who is also DAP secretary-general, of being "a dictator, a chauvinist and communist-minded", setting off a verbal battle in the media among leaders of PKR, DAP and PAS before he quit PKR on Feb 12.

- Bernama

LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

SAPP Bergabung Dengan PR Untuk Tumbangkan BN

KUALA LUMPUR : Parti Progresif Sabah (SAPP) bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen adalah untuk menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional yang ada ketika ini.

"Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN dalam menyelesaikan masalah sabah yang semakin hari semakin buruk," kata presidennya, Datuk Yong Teck Lee yang dipetik media.

Menurut beliau, sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah.

Beliau sebelum itu menolak komen Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menjangkakan bahawa dua wakil rakyat Sapp itu berada di dalam 'blok bebas'.

Beliau menegaskan parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN dua tahun lalu tidak akan menyertai 'blok bebas' oleh anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

"Dua Ahli Parlimen (MP) Sapp, Sapp, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.

"Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.

"Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung," katanya dalam satu kenyataan di media di sini.

- Era Pakatan


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 11, 2010

Pengundi Bayan Baru, Ambik Peluang Ni...

Kepada Pengundi-pengundi Parlimen Bayan Baru..Ambiklah peluang nie...

Program : Dialog YB Bayan Baru

Hari : Sabtu

Jam : 2.30 petang

Tempat : Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Demikianlah adanya SMS tersebut... " DAILOG DATO SERI ZAHRAIN BERSAMA NGO'S ISLAM D DEWAN TABUNG HAJI PD 13.3.10 JAM 2.30 ptg.SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN D JEMPUT HADIR BAGI MENGUKUHKAN LAGI ASAS PERJUANGAN KITA///sebarkan! "

Jika tuan2 dan puan2 yang ada kelapangan, sudi-sudikan lah diri serta keluarga dan jiran-jiran tetangga yang mana keutamaan kepada pengundi-pengundi TEGAR Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru agar dapat kiranya HADIR berjumpa serta beramas mesra dengan YB Kesayangan anda sambil mengambil angin petang Sabtu.

Selanjutnya baca kat SINI.

- Kak LuNa


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 7, 2010

Di Tujukan Khas Kepada Ahli Parlimen BEBAS...



Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru, Sdr.Tan Seng Kiat sedang menyusun Surat Bantahan @ Petisyen untuk Ahli Parlimen BEBAS... Tahniah! Sejumlah 4ribu pucuk Surat telah HABIS diisi oleh para pengundi Bayan Baru...


Petisyen.. kenapa, apa dia kata? tak faham ka? sat translate kat bawah...

Terjemahan petisyen..

Kepada : YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim

Saya pengundi di Parlimen Bayan Baru sangat marah dan kecewa atas tindakan YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim pada 12 Februari 2010 di mana YB telah mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini telah mengkhianati sokongan kami kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai pengundi, saya menyesal mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim dalam pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana kami, pengundi Bayan Baru mengundi Parti Keadilan Rakyat dan bukannya mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim sebagai Calon Bebas.

Maka dengan ini saya Pengundi Bayan Baru menuntut dengan segera agar YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi Bayan Baru yang telah memberi undi kepada YB atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tindakan keluar Parti adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah yang saya dan pengundi yang lain berikan. Tindakan ini kami hanya untuk kepentingan YB sendiri sahaja.

Oleh yang demikian saya dan Pengundi Bayan Baru dengan tegas menuntut supaya YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim meletak jawatan serta merta sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan mengembalikan mandat kepada Pengundi Bayan Baru.

HIDUP RAKYAT

Tandatangan.

……………………..

Nama: ………………………..
No.K.P:……………………….


Suara hati pengundi Bayan Baru..


Namanya ditulis dengan warna Merah.. Ada makna tu..


Ni.. memang betul-betul marah ni..





Seluruh gambar-gambar diatas telah dirakamkan pada malam program sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat pada 06 Mac 2010, Sabtu di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

- dari ehsan : Anak Sungai Derhaka

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 5, 2010

Cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 : Trio Norman-Jais-Rizal Terus Menikus...

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini sekali lagi menegaskan cabaran kami kepada Trio 'Norman-Jais-Rizal' untuk berani tampil menyahut cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran"

Tarikh 3 Mac 2010 semalam adalah merupakan tarikh akhir untuk mereka menjawab cabaran dari pihak kami. Tiada jawapan rasmi yang kami terima dari mereka bertiga, cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris (Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang) tidak mahu berdebat dengan 'ikan bilis' cuma mahu berdebat dengan 'ikan jerung', Jais Abdul Karim (Presiden GPMS) pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang) yang 'desperate' tidak mahu hadir, sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab kepada beliau.

Kepada Trio Norman-Jais-Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar 'Pembela Melayu' dan bukannya 'Pengeliru Melayu'.

Kepada Rizal, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu di negeri ini dan bukannya lari bila berdepan dengan kebenaran di saat Melayu Pulau Pinang amat memerlukan anda.

Kepada Jais, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bersungguh-sungguh komited berjuang membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukannya lebih gemar menikus, pada masa dan saatnya mereka memerlukan penjelasan dan pembelaan dari anda.

Kepada Norman, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu di Pulau Pinang dan bukannya 'terdesak' mengelak untuk hadir sehinggakan dengan biadabnya mengoyak surat jemputan rakyat pada anda, untuk bersama mereka.

Justeru, kami, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) mencabar Trio 'Norman-Jais-Rizal' untuk menyahut cabaran kami. Seluruh rakyat Pulau Pinang akan tunggu kalian hadir pada 7 Mac ini (hari Ahad) di Tapak Expo Seberang Jaya, sebagai 'Anak Jantan' dan bukannya lemah longlai seperti 'Puteri UMNO' adanya!

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat;
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
(Angkatan Muda KeADILan, Dewan Pemuda PAS & Pemuda Sosialis DAP)


--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mar 4, 2010

Gambar Sekitar Kebakaran Di Sungai Nibong Tengah, Bayan Baru

Juga boleh didapati makluman awal gambar & video dari posting di blog hijatpanjang

* sumber gambar-gambar diperolehi dari ahli Majlis MPPP yang juga Bendahari KeADILan Bayan Baru, Sdr. Zikri Fadzil, Terima Kasih atas sumbangan.


Mar 3, 2010

PKR Pulau Pinang Ramal 5 Lagi Ahlinya Akan Keluar Parti

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi.

Tanpa menyebut ahli parti dari negeri tertentu, Mansor (kiri) yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan ahli PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi.

"Saya nampak ada kira-kira lima ahli parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi," katanya ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli Exco negeri yang lain melawat mangsa kebakaran di Kampung Sungai Nibong Tengah di Bayan Baru, hari ini.

Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, keluar parti itu.

Mansor juga meminta ahli parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu.

"Kami tidak bimbang dengan ahli yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun," katanya.

- Bernama

* p/s - adakah antara mereka yang bakal 5 itu adalah :-
1) Fauziah Mahadi (mantan pemangku Ketua Wanita Bayan Baru & mantan ahli Majlis MPPP) ?
2) Jamil Mohd Noor (PA Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru & mantan Pengarah P/Raya Parlimen Bayan Baru) ?
3) Ismail Mohamed Ali (Pengerusi Tetap Bayan Baru, Setiausaha Kerja Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru & mantan Pegerusi JKKK) ?
4) Annuar Ismail (mantan Ketua Penerangan Bayan Baru & mantan Juru Kamera Ahli Parlimen BEBAS) ? atau
5) Jaafar Ismail @ Jaafar Botak (mantan Pengerusi JKKK & mantan Pegawai Khas Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru)...???

" LAWAN TETAP LAWAN...!!! SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Senarai Pengkhianat KeADILan

Oleh: Masdarwahid


Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kriteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran "Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.

"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR

1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Md Noor)

2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

3. Naib Presiden, Marina Yusof

4. Naib Presiden, Saidatul Badru Tun Said Keruak

5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

9. Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd. Noor

10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan

Wakil Rakyat Pengkhianat

1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim (BEBAS)

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng (BEBAS)

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi (BEBAS - tapi sokong BN)

4. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (BEBAS - tapi sokong BN)

5. Bekas TKM1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin. (ahli AmNo masuk AmNo)

6. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah (BEBAS)

7. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh (BEBAS)

8. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong (PCM -Parti Cinta Malaysia)

Lain-lain yang bermasalah

1. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

2. Ahli MPT PKR, Christina Liew (merajuk dan letak jawatan)

3. Datuk Zaid Ibrahim (renggang dengan individu tertentu)

4. Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)

5. Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)

6. MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

7. MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

8. MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti)


sumber :- wrlr

" LAWAN TETAP LAWAN...!!! SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Kenyataan Akhbar KeADILan Cabang Nibong Tebal

KENYATAAN AKHBAR
PARTI KEADILAN RAKYAT
CABANG NIBONG TEBAL
TARIKH : 2 MAC 2010

JAM : 9.00 MALAM

TEMPAT : PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG NIBONG TEBAL


Pengumuman keluar parti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng memang telah dijangkakan. Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, tindak tanduknya sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Beliau telah memulakan serangan terhadap YB Ketua KeADILan Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap YB ADUN Jawi.

Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja. Untuk pengetahuan semua, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporakperandakan keharmonian KeADILan Cabang Nibong Tebal. Beliau cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti. Namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa KeADILan Cabang Nibong Tebal.

Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan KeADILan Cabang Nibong Tebal. Kami mengalu-alukan kepergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti. Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi.

Dengan ini kami pendokong KeADILan Nibong Tebal mencabar Tee Beng untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rakyat memilih parti KeADILan sebagai wakil rakyat dan bukan Tee Beng secara peribadi. Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, sekiranya beliau anak jantan dan tidak bacul sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta merta bagi membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. KeADILan Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihanraya akan datang.

Sekian, terima kasih.


HJ. MOHD KAMIL BIN ABU BAKAR
Timbalan Ketua
KeADILan Cabang Nibong Tebal



--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://kerissilau.blogspot.com/

http://n12adunpenanti.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Related Posts with Thumbnails