KUALA LUMPUR : Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.
Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.
"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.
"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.
"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.
"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.
"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://n12adunpenanti.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
No comments:
Post a Comment