Sehubungan itu, Pengarah Biro Pilihan Rayanya, Rodziah Ismail memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR berhubung kajian untuk melaksanakan pengundian awal bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan.
"Adakah ini jawapan SPR kepada kontroversi Undi Pos yang mengalami krisis kewibawaan akibat Daftar Pemilih yang tidak diyakini bersih, proses pengundian yang tidak telus dan undi yang tidak rahsia?
"Bila pula terdapat laporan bahawa golongan pekerja ini menghadapi kesulitan untuk membuang undi sebelum ini sehingga SPR mengambil langkah yang sebegitu penting ini sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum ke-13?" tanya beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Adun Batu Tiga Atau juga mempersoalkan adakah tindakan itu diambil berdasarkan 'khabar angin' semata-mata sama seperti keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas.
Sehingga kini, katanya SPR masih membisu apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas dengan hanya bersandarkan 'khabar angin' dan bukan atas sebab-sebab keselamatan.
Menurutnya, SPR sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kewibawaan kepada proses pengundian pilihan raya yang dijalankannya dengan belajar dari pengalaman negara-negara lain tentang proses pilihan raya yang lebih telus dan cekap.
--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://n12adunpenanti.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
1 comment:
browse around here article source her response my website look at here site link
Post a Comment