SUNGAI BAKAP - Penduduk di Kampung Datuk Harun Jalan Aman di sini, kini boleh menarik nafas lega apabila masalah parit tersekat dan dipenuhi semak-samun yang menjadi masalah banjir sejak lapan tahun lalu telah selesai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee berkata, keadaan parit yang tidak diselenggarakan sejak lapan tahun lalu menimbulkan masalah kepada penduduk kampung kerana sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat.
Menurutnya, keadaan parit yang terbiar bukan sahaja dipenuhi semak-samun, malah hanya tinggal kesan parit dan keseluruhannya hampir tertimbus menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.
Maktar berkata, masalah itu diselesaikan dalam masa seminggu melalui inisiatif yang diambil Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap.
"Tindakan segera kita ambil dengan segala kos mengorek dan mendalamkan parit itu ditanggung Pusat Khidmat kita kerana tidak mahu masalah yang sering menyusahkan penduduk dibiarkan berlarutan.
"Kita harap penduduk dapat hidup dalam keadaan selesa dan tidak lagi bimbang dengan masalah yang sering berlaku sebelum ini," katanya.
--Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://n37batumaung.blogspot.com/
http://kerissilau.blogspot.com/
http://n12adunpenanti.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
2 comments:
other replica ysl handbags Your Domain Name bag replica high quality from this source bag replica high quality
replica bags karachi helpful site e9o53m0t07 replica bags wholesale in divisoria visit their website t5a51g4t36 replica designer backpacks replica bags nancy replica bags and watches hermes replica handbags y1n04z5g32 replica bags australia
Post a Comment