SUNGAI NIBONG BESAR, BAYAN BARU [12.26 am] - Akibat ketakutan melihat gelombang kebangkitan suara rakyat di seluruh pelusuk negara, mana nampaknya kerajaan terus menjalankan agenda untuk menyekat ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Sebelum ini mereka mengharamkan sebarang ceramah politik di Perak. Kini terbaru malam tadi, Ahad 15hb Feb 2009, ceramah YB Dato' Paduka Haji Husam Musa telah dibatalkan oleh pihak polis. Ini amatlah memalukan, dan ternyata menunjukkan puak-puak UMNO dan BN semakin tertekan melihat kebangkitan rakyat di mana-mana. Insiden "rampasan kuasa" di Perak baru-baru ini jelas sekali memberi gambaran buruk kepada UMNO dan BN di mata rakyat.
Lantaran itu mereka semakin bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN yang dilihat kini telah melaksanakan strategi politik jahad ala "mosad" di Israel. Tindakan menculik, mengugut serta merasuah pemimpin politik "pembangkang" dilihat sebagai satu langkah terdesak Najib Razak sebelum beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi.
Ceramah YB Husam bersama Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang menggantikan YB Dr. Ust Mujahid Yusof Rawa anjuran PAS Kawasan Bayan Baru, yang sepatutnya diadakan di perkarangan rumah Pak Leh, Sungai Nibong disini telah dibatalkan oleh pihak polis di saat-saat akhir malam tadi. Ini menyebabkan hampir 2,000 orang ramai yang hadir begitu kecewa dengan tindakan pihak keselamatan itu. Selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, mereka bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah di dalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara. Walau bagaimanapun orang ramai terus membanjiri lokasi terbabit tanpa menghiraukan arahan polis.
Tepat jam 11.00 malam, majlis ceramah penerangan tersebut terpaksa dihentikan atas arahan pihak polis dan YB Husam dengan tidak semena-mena langsung terus membaca doa untuk mengakhiri ceramah beliau. Tindakan dan tekanan sedemikian adalah PERTAMA kali berlaku di lokasi rumah Pak Leh Sungai Nibong kononnya untuk menakutkan orang ramai hadir mendengar isu semasa, walhal sebelum ini tiada masalah untuk mengadakan ceramah isu politik semasa. Ini berikutan isu yang kian PANAS di negeri Perak dan kedatangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dijadualkan 1 hari selepas Perhimpunan tanpa Permit Parti Umno di ibu negara.
[Menurut maklumat sejak awal-awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar lokasi terbabit dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, lima buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. Lain-lain ialah dua buah black maria dan dua buah land rover pihak PDRM. Apa sudah jadi dengan Malaysia hari ini, semakin hari semakin menzalimi rakyat sendiri yang sebenarnya mempunyai hak untuk berhimpun dan mendengar ceramah pemimpin mereka dalam negara demokrasi ini]
- berita asal : http://www.pahangdaily.co.cc/
- sumber gambar : blogger Hijat Panjang http://bloghijat.blogspot.com/
--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..
http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
http://007malaya.blogspot.com/
http://chetokun.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
JELAS ISU PENIAGA BELON.
4 hours ago
2 comments:
Jangan dikacaunya FRU dgn polis tu. Mereka ibarat suis perangkap tikus, Tersentuh je sikit mulalah menangkap. KiTa buat ceramah dengan aman dan pulang dengan aman. Jangan ikut provokasi spy UMNO. Setiap ceramah, bagitau pengikut yang PR buat ceramah secara aman. Kalau mana yang ingkar tu kemungkinan besar bukan pengikut kita. KERAjaan BN khasnya UMNO masih menyimpan dendam x sudah atas kehilangan pengaruh mereka. 4 Tahun lagi masih panjang untuk mereka melakukan apa yang mereka boleh bagi me'lupus'kan pengaruh PR dalam sanubari rakyat. Mereka akan cuba menangkap pemimpin utama PR. Mereka tahu tanpa pemimpin yang berkaliber PR akan menjadi lemah. Tayangan jentera FRU dan ketumbukan anggota polis merupakan 'senjata psikologi' untuk melemahkan kuasa rakyat. Lawan tetap lawan. Ceramah dengan aman. Raja yang dipergunakan harus kita bela dengan apa jua pun dari kongkongan UMNO dan BN. Daulat Tuanku, Patik mohon derhaka, Walaupun terhiris hati tuanku, patik semua lebih rela berjuang membela dan menegakkan kebenaran di belakang tuanku. Usah tuanku risau.
view website high end replica bags take a look at the site here Prada Dolabuy click to find out more replica bags
Post a Comment