Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.
Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Abdul Wahid serta seluruh jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
Saya percaya Abdul Wahid Endut akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, bukan sahaja kepada warga Kuala Terangganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.
Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.
Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.
Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.
ANWAR IBRAHIM
2 comments:
penubuhan PKR menandakan bermulanya era politik yang tidak stabil dan tidak sihat di Malaysia,pembebasan anuar ibrahim dari penjara menandakan bermulanya politik penipuan,pembohongan dan perkauman di Malaysia.Kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri dan kejayaan mereka mengurangkan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat adalah satu petanda akan kehancuran negara dan rakyat Malaysia.Ayuh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sama-sama kita selamatkan negara tercinta ini daripada kedajalan,kerosakan,kehancuran dan kemusnahan yang bakal dibawa oleh anuar ibrahim yang bersekongkol dengan nik aziz,lim kit siang dan karpal singh.mereka inilah barisan perosak kepada negara dan rakyat...
SALAM..
Perosak yg macamana tu..??? Yang dah jadi Menteri, Perdana Menteri sebelum dan sekarang ni tak ROSAKKAN ke negara..?? Kenapa mereka yg belum memegang tampuk pemerintah di katakan PEROSAK..???
Post a Comment