Singgah sebentar di salah sebuah gerai di pasar malam Bukit Gedung.
Beramah mesra dengan pengunjung di pasar malam.
bertemu dengan Jawatankuasa Pengendali Pasar Malam kelihatan Sdr Zikri, Sdr Marzuki dan Sdr Izzudin (terlindung).
Selain dari pasar malam rombongan tersebut juga melawat ke Sekitar kawasan Astaka Bukit Gedung. (penempatan kelompok gerai-gerai makanan)
bertemu dengan Jawatankuasa Pengendali Pasar Malam kelihatan Sdr Zikri, Sdr Marzuki dan Sdr Izzudin (terlindung).
Pada hari Isnin, 26hb Januari 2009, YB Haji Abdul Malik Kassim bersama Ketua Angkatan Muda keADILan Bahagian Bayan Baru, Sdr Azrizal Tahir telah melakukan lawatan ke Pasar Malam Bukit Gedung.
Lawatan tersebut disertai oleh Jawatankuasa JDM Bukit Gedung Sdr Aidifitri, Sdr Zaini, Sdr Sha'ari dan Sdr Izzudin. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Bendahari Bahagian Bayan Baru Sdr Zikri Fadzil dan Ketua Penerangan Angkatan Muda keADILan Bayan Baru, Sdr Marzuki Ahmad.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk sesi ADUN turun bertemu dengan penduduk sekitar Bukit Gedung dan peniaga-peniaga di Pasar Malam tersebut. Program lawatan telah bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.
Selain dari pasar malam rombongan tersebut juga melawat ke Sekitar kawasan Astaka Bukit Gedung. (penempatan kelompok gerai-gerai makanan)
Selesai program tersebut rombongan telah ke Surau Bukit Gedung untuk Solat Maghrib dan menyampaikan sumbangan naskah al-quran serta terjemahan dan juga rak bahan bacaan kepada Jawatankuasa Surau tersebut.
Rombongan juga berkesempatan menziarahi sepasang suami isteri yang lumpuh di Bukit Gedung dan kemudian melakukan ziarah ke rumah Sdr Yusmar, Penolong Setiausaha AMK Bayan Baru, dimana kakak beliau baru sahaja keguguran kandungan yang berusia 7 bulan.
Program ziarah bersama YB ADUN telah tamat sekitar jam 9.00 malam.
1 comment:
Assalamuaikum YB,semoga Yb berada didalam keadaan sihat-sihat selalu bagi menjalani amanah pengundi di ADUN BATU MAUNG.
Shabas,saya ucapkan ada ruang bagi Yb melawat disekitar Bukit Gedung di bawah ADUN Yb. Cara begini dapat diharap dapat memfaatkan kemesraan penduduk.
Kalau boleh disusuli dikawasan-kawasan dipastikan adalah kawasan HARDCORE seperti dimarket-Market kebanyakkan wanita-wanita ini dari kelompok ini.Pemuda kawasan memainkan peranan sunggoh besar untuk memrealisikan kehendak Pakatan Rakyat.
Post a Comment