Feb 17, 2010

Pemimpin Contoh : Presiden PAS Terjun Laut Selamatkan Mangsa Lemas


Saya dapat berita dari Trengganu, hari Ahad yang lalu 14 Februari, Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa yang hampir lemas di laut ketika mandi di Pantai Rusila. Orang ramai terkejut besar dengan keberanian dan ketangkasan Tuan Guru Presiden yang mendahului orang lain dalam usaha menyelamatkan mangsa. Pada hal ramai anak-anak muda yang berada di situ.

Usia 63 tahun tidak menghalang Datuk Presiden bertindak pantas terjun dan berenang menyelamatkan mansgsa. Inilah sikap pemimpin yang sebenar, sayangnya pada rakyat mengatasi keselamatan nyawanya sendiri. Pada hak Datuk Presiden boleh menjerit mengarahkan anak buahnya menyelamatkan mangsa, tetapi beliau tidak berbuat demikian, beliau sanggup mempetaruhkan nyawa demi nyawa orang lain. Sikap inilah yang wajar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

Kalau inilah sifatnya pemimpin, beliau sangat layak menerajui kepimpinan negara yang dikuasai oleh pemimpin yang rakus dan mementingkan diri dan kroni dari kepentingan rakyat jelata.

5 comments:

  1. berita serta artikel pautan untuk lanjutan lengkap ada juga di - http://www.malaysiakini.com/news/124520

    ReplyDelete
  2. salam,

    Kalau yang tahu berenang eloklah membantu semasa kejadian lemas...tetapi yang tak tahu berenang jangan dok cuba....

    Alhamdulillah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Kalau yang tahu berenang eloklah membantu semasa kejadian lemas...tetapi yang tak tahu berenang jangan dok cuba....

    Alhamdulillah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  4. my response w8x39q2o35 buy replica bags replica bags india replica bags seoul gucci fake r9s52z6i94 replica bags vuitton why not check here g7s59r2b23 louis vuitton fake best replica bags online 2018 z3v30r6i50

    ReplyDelete

Harap Komen ANDA Adalah KOMEN yang MEMBINA ataupun Pandangan...