Dec 25, 2008

Tahniah buat lantikan Ketua Perhubungan baru dan Salam hangat buat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim..!!


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti.

Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman

2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim

3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas

4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim

5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim

7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir

8. Perlis - Johari bin Shafie

9. Melaka - Khalid Jaafar

10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa

11. Perak - Osman Abdul Rahman

12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Tahniah buat yang baru dilantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI

Dalam perkembangan lain pula, begitu kuat khabar angin mengatakan kononnya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat (yang kini sudah pun SAH menyertai PAS). Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.



Selaku ahli MPT keADILan, penyertaan Datuk Zahar dan teman - temannya amat di alu-alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.

keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

dan juga rujukan dari Harakahdaily, "Ahlan Wasahlan Kapten Zahar!"




-sumber dari blog ahli MPT keADILan, che'gu Bard.

No comments:

Post a Comment

Harap Komen ANDA Adalah KOMEN yang MEMBINA ataupun Pandangan...